Yang Mulia Profesor Diraja Dr.
Beliau merupakan seorang tokoh yang paling disegani terutamanya dalam bidang pendidikan dan ekonomi di Malaysia. Beliau mendapat gelaran Profesor Diraja (Royal Professor) dan satu-satunya pemegang gelaran tersebut di Malaysia. Beliau pernah memenangi Hadiah Budaya Asia Fukuoka IV pada tahun 1993.
Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid PhD (Waseda); Decon; DipArts; BA (UM); HonDLitt (Pitt); HonEdD (Chulalongkorn); HonLLD (Waseda); HonDLitt (Warwick); HonLLD (Strathclyde); DeEkon (Keh)(UKM); HonLLD (Buckingham) | |
---|---|
Naib Canselor ke-3 Universiti Malaya | |
Dalam jawatan 1968–1988 | |
Didahului oleh | J. H. E. Griffiths |
Digantikan oleh | Syed Hussein Alatas |
Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka | |
Dalam jawatan 1956–1957 | |
Didahului oleh | Jawatan diwujudkan |
Digantikan oleh | Syed Nasir Syed Ismail |
Butiran peribadi | |
Lahir | Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Hamid 28 Januari 1922 London, United Kingdom |
Meninggal dunia | 15 Disember 2020 Hospital Prince Court, Kuala Lumpur, Malaysia | (umur 98)
Sebab kematian | Sakit Tua |
Tempat persemadian | Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur |
Kerakyatan | British, Malaysia |
Pasangan | Sharifah Azah Mohammad Alsagoff (k. 1946; m. 2012) Rohayah Ahmad Bahiran @ Rahaiah Baheran (sehingga kematiannya) |
Anak-anak | Zeti Akhtar Aziz |
Pendidikan | Maktab Sultan Abu Bakar |
Alma mater | Universiti Malaya Universiti Waseda |
Pekerjaan | Ahli ekonomi, pensyarah |
Dikenali kerana | Satu-satunya pemegang gelaran Profesor Diraja di Malaysia |
Beliau merupakan keturunan diraja Johor. Bapanya, Ungku Abdul Hamid Ungku Abdul Majid merupakan seorang Leftenan dalam pasukan tentera Timbalan Setia Negeri Johor (JMF). Ibunya bernama Hamidah binti Abdullah, seorang wanita Inggeris. Pada 1924, ibunya meninggal dunia ketika Ungku Aziz berusia dua tahun. Setelah dilahirkan di London, beliau dibawa pulang ke Batu Pahat, Johor. Datuknya, Ungku Abdul Majid membawanya menjelajah ke serata Eropah.
Ayahnya seorang yang pintar dan pernah belajar di Universiti Cambridge dan boleh menguasai bahasa Parsi, Arab dan Sanskrit.
Beliau telah berkahwin dengan Sharifah Azah Aziz dan telah dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Y.M. Tan Sri Dato' Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz, bekas Gabenor Bank Negara Malaysia. Beliau juga merupakan sepupu kepada intelektual Muslim tersohor, Y.M. Tan Sri Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas.
Setelah isteri pertamanya meninggal dunia, beliau telah berkahwin dengan bekas Naib Yang Dipertua Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad, Rohayah Ahmad Bahiran @ Rahaiah Baheran.
Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Ngee Heng, Johor Bahru, kemudian di Sekolah Bukit Zahrah dan seterusnya di English College, Johor Bahru, Sekolah Melayu Batu Pahat, kemudian menyambung pengajiannya di Raffles College, Singapura (kini Universiti Malaya) untuk mendapatkan Diploma Seni dan di Universiti Malaya, Singapore (kini Universiti Malaya di Kuala Lumpur) pada tahun 1951 untuk mendapatkan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Ekonomi). Pada tahun 1964, beliau mendapat Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang ekonomi di Universiti Waseda, Tokyo.
Beliau menyertai Perkhidmatan Awam Johor (JCS) pada 1951, kemudian sebagai Pensyarah Ekonomi di Universiti Malaya Singapura (1952-1961). Pada tahun 1961-1965, beliau telah dilantik sebagai Profesor dan Dekan di Fakulti Ekonomi, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Kemudian dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Malaya dari 1968 hingga 1988. Beliau merupakan rakyat Malaysia pertama yang memegang jawatan tersebut dan Naib Canselor yang paling lama berkhidmat dengan universiti tersebut kira-kira 20 tahun.
Atas inisiatifnya, di Universiti tercipta Taman Botani, Muzium Seni Asia, dan sebuah kedai buku koperasi. Waktu beliau memimpin UM, pertukaran mahasiswa mula dilaksanakan antara Universiti Malaya dan Institut Bahasa-Bahasa Timur (kemudian Institut Negara-negara Asia dan Afrika) di Universiti Negara Moscow (sejak tahun 1970)..
Beliau yang dianugerahkan gelaran "Profesor Diraja Ekonomi" (Pembangunan Luar Bandar) oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 17 Jun 1978.
Ungku Aziz juga merupakan pengasas ANGKASA dan Yang di-Pertua ANGKASA sejak ditubuhkan pada 1971. Pada 21 Julai 2002 beliau telah dianugerahkan Tokoh Koperasi Negara sempena Hari Koperasi Negara.
Beliau pernah memenangi Hadiah International Academic Prize of The 4th Fukuoka Asian Cultural Prizes 1993 by the City of Fukuoka.
Pada 1997, beliau telah dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Beliau juga menempa sejarah negara apabila menjadi penerima pertama ‘Anugerah Melayu Terbilang’ sempena sambutan ulang tahun Ke-59 UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) 11 Mei 2005. Anugerah disampaikan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Pada 25 Jun 2005, beliau telah dianugerahkan 'Tokoh Ekonomi Melayu' oleh Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM). Pada 2006, beliau menerima 'Anugerah Akademik Negara' sempena Majlis Pengisytiharan Universiti Penyelidikan dan Anugerah Akademik Negara 2006 pada 2 Ogos 2007 oleh YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
Antara sumbangan, peranan utama dan jawatan yang dipegang Ungku Aziz kepada negara ialah:-
Pada hari Selasa 15 Disember 2020, beliau meninggal dunia di Hospital Prince Court, Kuala Lumpur pada pukul 4:30 akibat sakit tua. Jenazah beliau dimandikan di hospital tersebut sebelum dibawa ke Masjid At-Taqwa, Taman Tun Doktor Ismail lalu tiba pada pukul 8:50 malam. Jenazah disembahyangi selepas solat Isyak pada pukul 8:55 malam sebelum diibawa ke Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara lalu tiba pada pukul 9:15 malam. Jenazah beliau selesai dikebumikan pada sekitar pukul 9:50 malam.
This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article Ungku Abdul Aziz, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses.
®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.