Zeti Akhtar Aziz

Yang Mulia Ungku Tan Sri Dr.

Beliau juga dilihat sebagai salah seorang wanita yang begitu berkuasa di Malaysia.


Zeti Akhtar Aziz

DK II (Johor); PSM; SSAP (Pahang); SUMW (WP); DPMJ (Johor)
Zeti Akhtar Aziz
Pengerusi
Permodalan Nasional Berhad
ke-4
Dalam jawatan
1 Julai 2018 – 30 April 2021
Didahului olehAbdul Wahid Omar
Digantikan olehArifin Zakaria
Ahli Majlis Penasihat Kerajaan
Dalam jawatan
12 Mei 2018 – 29 Februari 2020
Gabenor Bank Negara Malaysia
Dalam jawatan
1 Mei 2000 – 28 April 2016
Didahului olehAli Abul Hassan Sulaiman
Digantikan olehMuhammad Ibrahim
Butiran peribadi
LahirUngku Zeti Akhtar binti Ungku Abdul Aziz
(1947-08-27) 27 Ogos 1947 (umur 76)
Johor Bahru, Johor, Malayan Union (kini Malaysia)
PasanganDato' Dr. Tawfiq Ayman
Anak-anakAlif Ayman
Aziz Ayman
IbuSharifah Azah Mohammad Alsagoff
BapaUngku Abdul Aziz
Alma materUniversiti Malaya
Universiti Pennsylvania
Laman web rasmiBank Negara Malaysia

Pada 13 September 2010, Zeti terpilih sebagai antara Ketua Bank Pusat Terbaik Dunia oleh majalah Global Finance.

Kehidupan awal

Beliau dilahirkan di Johor Bahru, Johor dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Assunta, Petaling Jaya pada 1958. Pada tahun 1970, beliau menerima Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dalam bidang Ekonomi Analitikal dan kemudiannya melanjutkan pengajian beliau ke peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah dalam bidang kewangan dan ekonomi antarabangsa pada 1978.

Kerjaya

Beliau memulakan kerjaya sebagai Penyelidik ekonomi di Pusat Penyelidikan dan Pembelajaran Bank Pusat Asia Tenggara (South-East Asia Central Bank Training & Research Centre) pada tahun 1979 hingga 1984. Kemudian beliau dilantik sebagai Penolong Pengurus Jabatan Ekonomi di Bank Negara Malaysia.

Pada tahun 1994, beliau telah dilantik sebagai Ketua Jabatan Ekonomi Bank Negara Malaysia. Pada 1 September 1998, beliau dilantik sebagai Pemangku Gabenor Bank Negara Malaysia selepas Datuk Ahmad Mohd Don mengundurkan diri. Kemudian pada 1 Mei 2000, beliau dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia ketujuh dan wanita pertama dilantik dalam jawatan tersebut.

Beliau juga pernah dilantik sebagai Pengarah Pengurusan Danaharta Nasional Berhad dari tahun 1998 - 2000. Beliau juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah Khazanah Nasional Bhd sejak tahun 2004.

Pada 20 April 2011, beliau telah dilantik semula sebagai Gebenor Bank Negara Malaysia (BNM) bagi tempoh lima tahun berkuat kuasa 1 Mei 2011.

Keluarga

Beliau berkahwin dengan Dr Taufik Ayman dan dikurniakan 2 orang cahaya mata, iaitu Alif dan Aziz Ayman. Bapa beliau ialah Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid manakala ibu beliau ialah Sharifah Azah Mohamed Alsagoff.

Ketua Bank Pusat Terbaik Dunia

Pada 13 September 2010, Dr Zeti terpilih sebagai antara Ketua Bank Pusat Terbaik Dunia oleh majalah Global Finance. Ia berdasarkan faktor kawalan inflasi, sasaran pertumbuhan ekonomi, kestabilan mata wang dan pengurusan kadar faedah. Turut menerima anugerah ialah Ketua Bank Pusat Australia Glenn Stevens, Stanley Fischer (Israel), Lee Seong-tae (Korea Selatan), Fai-Nan Perng (Taiwan), Durmus Yilmaz (Turki) dan Trichet (Kesatuan Eropah).

Darjah Kebesaran

Kehormatan Malaysia

Kehormatan Antarabangsa

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar

{{Gabenor

Tags:

Zeti Akhtar Aziz Kehidupan awalZeti Akhtar Aziz KerjayaZeti Akhtar Aziz KeluargaZeti Akhtar Aziz Ketua Bank Pusat Terbaik DuniaZeti Akhtar Aziz Darjah KebesaranZeti Akhtar Aziz Lihat jugaZeti Akhtar Aziz RujukanZeti Akhtar Aziz Pautan luarZeti Akhtar AzizAzah AzizBank Negara MalaysiaDarjah kebesaran MelayuKedoktoranMalaysiaUngku Abdul Aziz

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Golongan kata (bahasa Melayu)Sistem pembiakan perempuanTok JanggutMohd Noor Helmy Abdul HalemFrekuensi radio di Negeri SembilanAbdul Rahim Mohd NoorPerodua KancilLiberalismeAmir NafisTalasemiaAin EdruceSejarah MelakaPutri JannahCongkakRinggitMata anginRujukan kehormatHukum madFattah AminAl-Masih ad-DajjalTuanku Ja’afarOrang Asli di MalaysiaKuala Kubu BharuMalaysia MadaniAisyah Abu BakarJean Retno AryaniProton SagaTracie SinidolPiala Asia B-23 AFCSenarai bank di MalaysiaHuruf syamsiah dan qamariahIslam di MalaysiaRicheese FactoryNegeri-negeri Melayu Tidak BersekutuDewan Negeri PerakCik Siti Wan KembangDewan Bahasa dan PustakaMierul AimanInflasiPilihan raya kecil Kuala Kubu Bharu 2024Parti Rakyat India MalaysiaAn-Nuayman bin AmrKata adjektifMuhyiddin YassinQistina KhaledNeelofaAngel (penyanyi)Rita RudainiPneumoniaSekali Lagi Cinta KembaliSyarikat swastaNabi Isa a.s.Sulfur dioksidaSingapuraAyu RaudhahJamrahNabila HudaMuhamad Akmal SalehGas rumah hijauPemboleh ubahShah RezzaRemangSuruhanjaya Syarikat MalaysiaKhalid bin al-WalidNepenthesHarris AlifSheriff (filem)Khalid Mohamad JiwaAbdullah bin Ahmad BadawiGajahKerajaan Bani UmaiyahWings (kumpulan muzik Malaysia)Zahirah MacWilsonZUS CoffeeAdnan bin SaidiRangka manusiaBendera Palestin🡆 More