Ular Tedung

Ular Tedung (Jawi: اولر تدوڠ) adalah ular berbisa beberapa genus dari keluarga Elapidae.

Ia biasanya terdapat di kawasan tropika dan bergurun di Asia dan Afrika. Ular tedung membunuh mangsa mereka, biasanya burung dan tikus kecil, dengan menyuntik neurotoksin melalui taring berliang mereka. Ular Tedung Selar terkenal kerana makan ular yang lain; ia makan hampir sepenuhnya ular yang lain, walaupun ular berbisa (ofiofagi). Ular tedung sembur juga mampu melemahkan mangsa dengan menyembur bisa pada mata mangsa. Ular tedung terdapat dalam pelbagai warna daripada hitam atau perang gelap dan putih kekuningan. Ular tedung hitam terdapat di India Utara dan dianggap sub-spesies ular tedung.

Ular Tedung
frames
Pengelasan saintifik

Sifat ular tedung yang paling dikenali adalah hud, kepingan kulit dan otot di belakang kepala yang boleh dikembangkan, kemungkinannya bertujuan menjadikan dirinya kelihatan lebih besar dan mengerunkan kepada pemangsa. Pemangsa ular tedung termasuk cerpelai dan sesetengah burung pemangsa.

"Cobra" adalah is istilah bahasa Portugis bagi ular; ia di ambil dari perkataan Latin akhir *colobra (bagi klasik coluber, colubra). Apabila juragan Portugis tiba di persisiran Afrika dan Asia Selatan pada abad ke 16, mereka menamakan cobra sebagai "cobra-capelo" = "ular-bertudung"; dari gabungan ini, nama tersebut diserap oleh bahasa Sepanyol, Perancis, Inggeris, dan bahasa Eropah lain.

Ular tedung merupakan simbol Hindu yang penting.

Ular digelar "tedung"

Cobra yang bukan tedung

Sungguhpun digelar Cobra (dalam bahasa Inggeris), ular berikut tidak dikelaskan sebagai cobra dan tidak termasuk genus Naja.

  • Eastern Water Cobra, Boulengerina annulata stormsi
  • Gold's Tree Cobra, Psuedohaje goldii
  • Shield-Nosed Cobra, Aspidelaps lubricus lubricus
  • Ular Tedong Selar, Ophiophagus hannah
  • False Cobra, Malpolon moilensis

Pautan luar

Tags:

AfrikaAsiaBurungElapidaeNeurotoksinTikusTulisan JawiUlarUlar Tedung Selar

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Unifi TV4U2CSemenyihFrekuensi radio di Negeri SembilanParti Islam Se-MalaysiaKumpulan Wang Simpanan PekerjaKedah TuaHantu rayaAzan dan iqamatLaluan Shah AlamYasmin AhmadKOZ EntertainmentKesultanan Melayu MelakaMonyetAisha RetnoProton PersonaTracie SinidolSekolah Menengah Kebangsaan TebobonMustapha KamalDarjah kebesaran MelayuHamidin Mohd AminMustaqim BahadonAyob Khan Mydin PitchayTikTokPegawai WaranRicheese FactorySultan Mizan Zainal AbidinSoffi JikanTengku Hassanal Ibrahim Alam ShahErnie ZakriBendera PalestinSolat jamakMasjid Sri SendayanNadia AqilahSharifah HusnaProton SatriaKaabahPiala Sumbangsih 2024Surah At-TaubahAlicia AminHarvey NormanNabi Yusuf a.s.Sekali Lagi Cinta KembaliSultan SelangorKlangNoor AzizahTanam paksaMasjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz ShahMusa HitamFahrin AhmadMenteri Pendidikan MalaysiaShaheizy SamAnwar IbrahimSungai TerengganuSaronSenarai lagu yang bertemakan Hari RayaMarissa YasminBella DallyBahasa Melayu SabahGayatri Su-Lin PillaiAisyah AzizHadha min fadhle RabbiAliff AzizMarwilis YusofWings (kumpulan muzik Malaysia)Syafiq KylePilihan raya kecil Kuala Kubu Bharu 2024Lencana pangkat TLDMOrang Melayu IndonesiaThe Original GangsterSiti MuslihaSenarai pesawat Tentera Udara DiRaja MalaysiaBani IsraelTom (penyanyi)Mat KilauJudiFrancissca Peter🡆 More