Tuna Wisma

Tuna wisma memaksudkan golongan yang tidak mempunyai tempat tinggal (rumah) yang tetap.

Mereka yang tuna wisma biasanya disifatkan sebagai tiada tempat tinggal yang tetap, selamat dan lengkap, tetapi juga memaksudkan mereka yang biasa bermalam di tempat perteduhan, pondok sementara atau kediaman ad hoc yang seumpamanya. Kajian pengiraan tuna wisma kerajaan oleh Amerika Syarikat turut mengambil kira mereka yang tidur di tempat awam mahupun persendirian yang tidak direka khas sebagai penginapan bermalam yang tetap untuk manusia. Kira-kira 100 juta orang di seluruh dunia ketiadaan tempat tinggal pada tahun 2005.

Tuna Wisma
Seorang tuna wisma di Paris
Tuna Wisma
Seorang warga emas tuna wisma di New York

Takrifan

Pada tahun 2004, Jabatan Ekonomi dan Hal-Ehwal Sosial Bangsa-Bangsa Bersatu menakrifkan isi rumah yang tuna wisma seperti berikut:

Isi rumah tuna wisma adalah isi rumah tanpa tempat perteduhan yang tergolong dalam skop kawasan kediaman. Mereka membawa harta benda yang serba sedikit sekali, tidur di jalanan, jalan pintu mahupun jeti, ataupun di mana-mana ruang yang lain secara lebih kurang sembarangan.

Pada 2009, Suruhanjaya Ekonomi Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Sidang Ahli Statistik Eropah (CES) yang diadakan di Geneva, Kumpulan Pakar-Pakar Banci Kependudukan dan Perumahan menakrifkan tuna wisma seperti berikut:

Dalam Syor-Syornya untuk Banci Kependudukan dan Perumah, CES mengecamkan golongan tuna wisma dalam dua kumpulan yang am:
(a) Ketuna wismaan primer (atau ketiadaan bumbung). Kategori ini termasuk mereka yang tinggal di jalanan tanpa tempat untuk berteduh yang tergolong sebagai kawasan kediaman;
(b) Ketuna wismaan sekunder. Kategori ini boleh merangkumi mereka yang ketiadaan tempat kediaman biasa dan kerap berpindah-randah di antara pelbagai jenis penginapan (termasuk kediaman, perteduhan dan institusi untuk tuna wisma atau lain-lain kawasan kediaman). Kategori ini merangkumi mereka yang tinggal di kediaman persendirian tetapi melaporkan ‘tiada alamat tetap’ dalam borang banci mereka.
CES mengakui bahawa pendekatan tersebut tidak menyediakan takrifan yang lengkap bagi ‘tuna wisma’.

Punca

Tuna Wisma 
Tuna wisma yang mendiami jalan-jalanan di Mumbai, India.

Sebab-sebab dan punca-punca utama ketuna wismaan yang disuratkan oleh banyak laporan dan kajian termasuklah:

  • Ketiadaan peluang pekerjaan.
  • Kemiskinan yang disebabkan oleh banyak faktor termasuk pengangguran dan guna tenaga tak penuh.
  • Kekurangan kemudahan penjagaan kesihatan. Mereka yang mengalami penyakit yang kronik atau melemahkan tetapi tidak boleh menerima jagaan kesihatan kerana ketiadaan wang untuk mampu membelinya, atau kerajaan tidak menyediakan kemudahan itu kepada mereka semata-mata kerana mereka terlalu lemah untuk pergi bekerja setiap hari.
  • Penindasan oleh kerajaan atau pihak-pihak lain yang berkuasa.
  • Peperangan atau sengketa bersenjata.
  • Bencana alam
  • Gangguan jiwa, di mana ketiadaan atau kesukaran mencapai khidmat kesihatan mental.
  • Kecacatan, terutamanya di mana khidmat OKU tiada atau tidak berkesan.
  • Penyisihan sosial, termasuk yang disebabkan oleh orientasi seks dan identiti jantina
  • Penyalahgunaan dadah
  • Keganasan rumahtangga.
  • Keruntuhan hubungan keluarga, terutamanya antara golongan muda dengan ibu bapa.
  • Pembebasan dari penjara untuk menyertai semula masyarakat.
  • Pengusiran paksa  – Di kebanyakan negara, orang ramai kehilangan tempat tinggal setelah diarah oleh kerajaan untuk membuka laluan kepada bangunan tinggi mewah, jalan raya dan lain-lain kehendak kerajaan. Pampasannya mungkin tidak mencukupi, yang mana bekas penduduk tidak boleh mencari perumahan yang baru lalu menjadi tuna wisma.
  • Penutupan gadai janji yang mana pemegang gadai janji mendapati bahawa penyelesaian yang terbaik kepada kegagalan membayar balik pinjaman adalah merampas dan menjual rumah untuk melangsaikan hutang, seperti yang dihebohkan pada tahun 2008.

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Tuna Wisma TakrifanTuna Wisma PuncaTuna Wisma RujukanTuna Wisma Pautan luarTuna Wisma

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Universiti Teknologi MalaysiaSolat subuhAmelia HendersonPerbadanan Tabung Pendidikan Tinggi NasionalNegeri PalestinRuminah SidekNabi Harun a.s.KeperibadianBunga rayaPerlembagaan MalaysiaJenis air untuk bersuci dalam IslamJumaat AgungHari Raya AidiladhaPembasuhan kakiPutri Jannah16 Lagu Lagu Hari Raya Aidil FitriPersekutuan Pengakap MalaysiaAzhan RaniKecerdasan buatanIntan LadyanaBubur lambukSultan Mizan Zainal AbidinRangka manusiaSabronzoJohor BahruTerlanjur Cinta (drama)HinduismePerempuan Itu (drama)Masjid Sri SendayanWarna liturgiRadio Televisyen MalaysiaQiamullailPenyakit koronavirus 2019Ulul AzmiSolat Sunat Tahiyyatul MasjidPukimakSarimah IbrahimAzira ShafinazGombakAssalamualaikumSijil Tinggi Persekolahan MalaysiaUniversiti Sains MalaysiaIndera BangsawanTulisan JawiTuakMahathir MohamadAlif SatarNur SajatSingapuraProton WiraMelakaHun HaqeemKedah TuaMalek MccroneAriz LufiasPitt HanifPasukan bola sepak kebangsaan Korea UtaraMuhamad Akmal SalehPutrajayaGiacinto FacchettiSiakapZUS CoffeeTanda-tanda KiamatTrisha OoiHari Kebangsaan MalaysiaSurah Al-AlaqTony EusoffKetumbarAzhar IdrusKuchingPerang UhudPembukaan Kota MekahMohamed Fadzli HassanNeelofaSultan Iskandar ibni Sultan IsmailFadhli MasootHari Bumi🡆 More