Teritip

Teritip (Jawi: ‏تريتيڤ‎code: ms is deprecated ‎) merupakan sejenis artropod laut terdiri daripada subkelas Cirripedia dalam subfilum Krustasea sama dengan ketam dan udang karang.

Terdapat kira-kira 1,0000 spesies teritip yang diketahui kini.

Teritip
Julat zaman: Zaman Karbon–Kini
Teritip
Chthamalus stellatus
Pengelasan saintifik s
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Arthropoda
Kelas: Thecostraca
Subkelas: Cirripedia
Burmeister, 1834
Infrakelas
  • Acrothoracica (Gruvel, 1905)
  • Rhizocephala (Müller, 1862)
  • Thoracica (Darwin, 1854)
Sinonim
  • Thyrostraca
  • Cirrhopoda
  • Cirrhipoda
  • Cirrhipedia

Teritip didapati di perairan cetek dan pasang surut. Teritip mempunyai dua jenis atau kategori yang utama iaitu teritip bintil yang sesil dan mempunyai cangkerang yang tumbuh pada tapaknya, dan teritip yang melekat dengan tangkai.

Ciri fizikal

Teritip biasanya melekat pada batu, badan kapal, malah pada badan ikan paus. Ia ada kelenjar yang terletak pada pangkal pasangan antena pertamanya yang merembeskan sejenis simen segera semula jadi yang diperbuat daripada ikatan-ikatan protein kompleks (poliprotein) dan komponen-komponen surih lain seperti kalsium.:2–3 Simen semula jadi ini mampu menahan daya tarikan sebanyak 5,000 paun (2,000 kilogram) inci persegi dan kekuatan melekat sebanyak 22–60 paun (10–30 kilogram) setiap inci persegi.

Teritip mampu bertahan sekiranya ia terdedah kepada udara semasa air surut. Ketika itu, ia akan menutup cangkerangnya untuk mengekalkan kelembapan badannya.

Cangkerang teritip sangat tajam, oleh itu, orang yang ingin memanjat batu di tepi pantai dinasihatkan agar memakai kasut bagi mengelakkan daripada terluka. Teritip makan dengan menggunakan lapan pasang anggota sirus yang berbentuk seperti bulu pelepah panjang, sirus-sirus ini meregang untuk menapis makanan seperti plankton daripada air yang ditarik balik ke dalam mulutnya.

Deria

Teritip bergantung utama kepada deria sentuhan, lebih-lebih lagi dengan menggunakan bulu pada kaki yang peka sekali. Teritip dewasa juga mempunyai satu fotoreseptor (oselus) di tengah dan dua di sisi yang merakam perangsang untuk refleks bayangan teritip, persekitaran yang cepat gelap menyebabkan rentak penangkapannya terhenti dan plat-plat pengatupnya pun tertutup. Fotoreseptor ini mungkin hanya mampu mengesan perbezaan antara cahaya dan kegelapan.

Kitaran hidup

Teritip mempunyai dua peringkat larva berbeza, iaitu nauplius dan sipris (cyprid), sebelum berkembang menjadi dewasa.

Nauplius

Teritip 
Larva nauplius bagi Elminius modestus
Teritip 
Larva nauplius bagi teritip bertanduk lateral hadapan

Telur yang disenyawakan menetas menjadi nauplius, iaitu larva yang bermata satu dan berekor (telson) tanpa toraks mahupun abdomen. Ia menyalin kulit sebanyak enam kali sebelum berubah bentuk ke peringkat siprid. Biasanya, nauplius mula-mula dieram oleh induk dan dilepaskan selepas persalinan pertama sebagai larva yang bebas berenang menggunakan bulu-bulu halus. Mata satu larva naupilus membesar menjadi fotoreseptor tengah teritip yang dewasa.

Siprid

Larva teritip membesar sampai ke peringkat siprid sebelum menjadi dewasa. Ia tidak mencari makanan pada peringkat ini, sebaliknya mencari tempat yang sesuai untuk duduk kerana dewasanya sesil. Peringkat cyprid mengambil masa berhari-hari atau berminggu-minggu. Ia mencari permukaan yang sesuai dengan menggunakan antenul yang terubah suai; setelah jumpa, ia melekat kepala dahulu menggunakan antenul dan suatu bahan rembesan glikoprotein. Larva menilai mutu permukaan berdasarkan tekstur, kimia, keterbasahan relatif, warna, dan kehadiran dan komposisi biofilem permukaan; spesies-spesies yang berkerumuman juga lebih berkemungkinan melekat berdekatan dengan teritip-teritip lain. Apabila larva menghabiskan simpanan tenaganya yang terhad, ia menjadi kurang memilih dari segi tapak. Ia 'menyimen' diri secara kekal pada substrat (tapak) dengan satu lagi sebatian berprotein, kemudian bermetamorfosis menjadi teritip muda.

Dewasa

Teritip bintil lazimnya tumbuh enam plat keras berkapur untuk melindungi badannya. Ia menghabiskan sisa hidup terlekat pada substrat dan menggunakan kakinya (sirus) yang berbulu untuk menangkap plankton.

Setelah metamorfosis berakhir dan bentuk dewasa tercapai, teritip terus tumbuh dengan menambah bahan baharu pada plat kapurnya. Plat ini tidak disalin, tetapi seperti seluruh rumpun Ecdysozoa, teritip itu sendiri tetap akan menyalin kutikelnya.

Pembiakan seks

Kebanyakan teritip adalah hermafrodit (khunsa), tetapi ada sebilangan kecil spesies yang gonokorik [en] (setiap individu hanya ada satu jantina) atau androdiesius [en]. Ovari terletak pada tapak atau tangkai dan mungkin memanjang ke dalam mantel, manakala testis terletak di arah belakang kepala, sering menjangkau ke dalam toraks. Lazimnya, individu khunsa yang baru bersalin bertindak sebagai betina. Persenyawaan mandiri dalam teritip boleh terjadi secara teori tetapi terbukti jarang berlaku dalam eksperimen.

Cara hidup teritip yang tidak bergerak alih menyukarkan pembiakan seks kerana ia tidak boleh meninggalkan cangkerang untuk mengawan. Untuk memudahkan pemindahan gen antara individu-individu yang saling berjauhan, teritip mempunyai zakar yang sangat panjang, malah dikatakan mempunyai nisbah saiz zakar ke badan yang terbesar di alam haiwan, iaitu sebanyak lapan kali panjang badannya.

Teritip juga boleh membiak secara menaburkan sperma, sperma dilepaskan oleh jantan ke dalam air dan dipungut oleh betina untuk mensenyawakan telur.

Superorder Rhizocephala dahulunya dianggap hermafrodit tetapi akhirnya didapati bahawa jantan menyuntikkan diri ke dalam badan betina dan mendegradasi sehingga tidak lebih daripada sel-sel yang menghasilkan sperma.

Ekologi

Semibalanus balanoides sedang makan

Kebanyakan teritip adalah pemakan terampai, iaitu ia terus tinggal dalam cangkerang yang terdiri daripada enam plat sambil menjangkaui air dengan kaki-kaki yang terubah suai. Kaki teritip yang berbulu ini berdenyut mengikut ritma tertentu untuk menarik plankton dan detritus (zarah bangkai, kumuhan dsb.) ke dalam cangkerang untuk dimakan.

Teritip yang lain pula menjalani cara hidup yang berbeza. Contohnya, ahli-ahli superorder Rhizocephala, termasuk genus Sacculina, adalah parasit yang menghinggapi ketam.

Sungguhpun ada yang terdapat di air sedalam 600 m (2,000 ka), namun kebanyakan teritip hidup di perairan cetek dengan 75% spesies hidup di perairan kurang dari 100 m (300 ka) dalamnya, dan 25% lagi hidup di zon antara perbani [en]. Di dalam zon antara perbani hidupnya bermacam-macam spesies teritip dalam lokasi yang teramat terbatas, oleh itu ketinggian sebenar sekelompok teritip di atas atau bawah paras laut dapat ditentukan secara persis.

Memandangkan zon antara perbani mengering secara berkala, teritip telah menyesuaikan diri dengan baik terhadap kehilangan air. Cangkerang kalsitnya (kapur) tidak boleh diresapi air, malah ia mempunyai dua plat yang boleh mengatup di bukaan sewaktu teritip tidak makan. Plat-plat ini berguna sebagai perlindungan daripada pemangsa.

Teritip bersaing dengan siput berangas [en] dan siput sudu yang boleh mengganti di tempatnya, malah pemangsanya juga ramai. Terdapat dua kaedah untuk mengatasi pesaing, iaitu "pembanjiran" dan pertumbuhan cepat. Dalam kaedah pembanjiran, teritip menduduk secara berbanyak-banyak di satu tempat pada satu masa, meliputi sebahagian substrat yang besar, dan oleh itu sekurang-kurangnya membolehkan sesetengah individu terselamat dalam imbangan kebarangkalian. Pertumbuhan cepat pula membolehkan pemakan terampai mencapai paras yang lebih tinggi dalam kolum air daripada pesaingnya, dan juga menjadi cukup besar untuk menghindari penggantian; spesies-spesies yang menggunakan kaedah ini seperti Megabalanus [en], boleh mencapai kepanjangan 7 cm (3 in); malah ada lagi spesies yang boleh tumbuh lebih besar (Austromegabalanus psittacus [en]).

Antara pemangsa utama teritip ialah siput kong [en]. Siput kong mampu mengisar cangkerang teritip yang keras dan memakan isinya yang lunak. Larva teritip juga menjadi mangsa kepada siput sudu. Satu lagi pemangsa teritip ialah spesies tapak sulaiman Pisaster ochraceus [en].

Teritip parasit pada amnya lebih sederhana dari segi anatomi daripada teritip yang hidup bebas, iaitu tiada cangkerang mahupun kaki dan hanya tinggal jasad seakan pundi yang tidak beruas-ruas. Teritip parasit makan dengan melanjutkan bebenang rizom bersel-sel hidup dari tempat melekap ke dalam badan perumah.

Taksonomi

Nama Cirripedia dijejak kepada kata-kata bahasa Latin cirrus "keriting" dan pes "kaki". bermakna "kaki bergulung".

Pengelasan

Pada tahun 2001, Martin dan Davis meletakkan Cirripedia sebagai infrakelas Thecostraca dan membahagikannya kepada enam order:

  • Infrakelas Cirripedia Burmeister, 1834
    • Superorder Acrothoracica Gruvel, 1905
      • Order Pygophora Berndt, 1907
      • Order Apygophora Berndt, 1907
    • Superorder Rhizocephala Müller, 1862
      • Order Kentrogonida Delage, 1884
      • Order Akentrogonida Häfele, 1911
    • Superorder Thoracica Darwin, 1854
      • Order Pedunculata Lamarck, 1818
      • Order Sessilia Lamarck, 1818

Pada 2021, Chan et al. meningkatkan Cirripedia ke subkelas di bawah Thecostraca, dan superorder Acrothoracica, Rhizocephala, dan Thoracica ke infrakelas. Pengelasan terbaharu yang kini merangkumi 11 order telah diterima dalam World Register of Marine Species.

  • Subkelas Cirripedia Burmeister, 1834
    • Infrakelas Acrothoracica Gruvel, 1905
      • Order Cryptophialida Kolbasov, Newman & Hoeg, 2009
      • Order Lithoglyptida Kolbasov, Newman & Hoeg, 2009
    • Infrakelas Rhizocephala Müller, 1862
    • Infrakelas Thoracica Darwin, 1854
      • Superorder Phosphatothoracica Gale, 2019
        • Order Iblomorpha Buckeridge & Newman, 2006
        • Order † Eolepadomorpha Chan et al., 2021
      • Superorder Thoracicalcarea Gale, 2015
        • Order Calanticomorpha Chan et al., 2021
        • Order Pollicipedomorpha Chan et al., 2021
        • Order Scalpellomorpha Buckeridge & Newman, 2006
        • Order † Archaeolepadomorpha Chan et al., 2021
        • Order † Brachylepadomorpha Withers, 1923
        • (nirpangkat) Sessilia
          • Order Balanomorpha Pilsbry, 1916
          • Order Verrucomorpha Pilsbry, 1916

Rekod fosil

Fosil teritip sahih tertua adalah dari spesies Praelepas [en] dari pertengahan Karboniferus, iaitu sekitar 330-320 juta tahun dahulu. Spesimen lebih tua yang disangka teritip seperti Priscansermarinus [en] dari pertengahan Kambria (dalam 510 hingga 500 juta tahun dahulu) tidak jelas menunjukkan sifat-sifat morfologi teritip, tetapi Rhamphoverritor [en] dari usia Silures yang dijumpai di Formasi Coalbrookdale [en] di England, mungkin mewakili suatu pelopor [en] dalam evolusi teritip. Teritip mula-mula berpancar dan menjadi pelbagai pada akhir zaman Batu Kapur. Teritip menjalani pancaran kedua yang lebih besar bermula pada zaman Neogen (23 juta tahun dahulu) dan berterusan hingga kini. Teritip kurang terpelihara struktur rangkanya; antara sebabnya ialah ia terhad di persekitaran tenaga tinggi yang selalunya mudah menghakis, dan oleh itu selalunya cangkerang teritip diasah oleh tindakan ombak daripada teritip itu sendiri mencapai tanah enap.

Teritip boleh memainkan peranan penting dalam menganggarkan kedalaman air zaman purba. Setakat mana fosil terpisah dari sendinya menunjukkan sejauh mana teritipnya teralih, lagipun memandangkan kebanyakan spesies agak kecil julat kedalaman airnya, maka boleh dianggap bahawa teritip pernah hidup dalam air cetek dan berpecah apabila terhakis turun cerun. Oleh itu, kelengkapan fosil dan sifat kerosakannya boleh digunakan untuk menentukan sejarah tektonik sesebuah kawasan.

Hubungan dengan manusia

Teritip mendatangkan kesan pada ekonomi kerana ia sering terlekat pada struktur buatan manusia dan ada kalanya menjejaskan struktur tersebut. Khususnya bagi kapal, teritip tergolong dalam organisma pengotor (fouling). Berapa banyak dan berapa besarnya teritip yang melekat pada kapal boleh menjejaskan kecekapan kapal itu dengan menyebabkan seretan [en] hidrodinamik. Ini bukan masalah bagi perahu di jalan air pedalaman kerana teritip hanya terdapat di kawasan marin.

Isyarat isotop yang stabil dalam lapisan cangkerang teritip boleh digunakan sebagai kaedah pengesanan forensik untuk ikan paus, penyu tempayan dan bahan terlupus dalam laut seperti bangkai kapal atau anggota flaperon [en] pesawat yang disyaki datang dari Penerbangan 370 Penerbangan Malaysia.

Daging sesetengah jenis teritip sering dijadikan sumber makanan manusia, seperti teritip "tangan penyu" (Capitulum mitella) di Jepun, dan teritip angsa (cth. Pollicipes pollicipes) di Sepanyol dan Portugal. Keserupaan tangkai berisi teritip jenis ini dengan leher angsa menimbulkan mitos purba bahawa angsa tumbuh dari teritip berkenaan. Sesungguhnya, perkataan Inggeris untuk teritip iaitu barnacle pada asalnya memaksudkan suatu spesies angsa, iaitu angsa teritip [en] Branta leucopsis, yang telur dan anaknya jarang ditemui oleh manusia kerana ia membiak di kawasan Artik yang jauh terpencil.

Teritip picoroco digunakan dalam masakan Chile dan adalah salah satu ramuan dalam stu makanan laut yang dinamakan curanto.

Para penyelidik MIT mencipta sejenis bahan pelekat yang boleh membentuk pengadang ketat untuk menghambat pendarahan dalam 15 saat setelah dibubuh, diilhamkan daripada bahan "bio-gam" berasaskan protein yang dihasilkan oleh teritip untuk melekat kukuh pada batuan.

Rujukan

Tags:

Teritip Ciri fizikalTeritip Kitaran hidupTeritip EkologiTeritip TaksonomiTeritip Rekod fosilTeritip Hubungan dengan manusiaTeritip RujukanTeritip

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Trisha OoiZUS CoffeeParti Islam Se-MalaysiaMenteri Pendidikan MalaysiaJabatan Akauntan NegaraBendera ThailandGeografi IndonesiaTengku Zafrul Abdul AzizKasih Iris LeonaSenarai Yang di-Pertuan AgongWan RajaFrekuensi radio di Negeri SembilanSyamim FaridPerang BadarRazarudin HusainShiqin KamalNegeri-negeri Melayu BersekutuSultan Muhammad VSarafYasmin NapperSeri KembanganAyamNegeri dan Wilayah Persekutuan di MalaysiaGoogleMohammed Hanif OmarAsmidarNicol Ann DavidNusantaraMati syahidPendidikan di MalaysiaPASKAL (filem)Astro RiaKata sendi (bahasa Melayu)Kota KinabaluNasi lemakSemenanjung MalaysiaIntegritiKelantan F.C.Profesionalisme1NegarakuLee Kee HiongMark AdamRiena DianaDaun salamPak Ketipak KetipungIslam di MalaysiaSenarai bank di MalaysiaProton PersonaSiti MuslihaPokok MambuTuanku Abdul RahmanKedah TuaPembentukan MalaysiaAbang Long Fadil 3Farah AhmadAliff AzizPrivate BodyguardTerengganuZarina ZainoordinBumiputera di SabahKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup MalaysiaKhulafa al-RasyidinAisyah Abu BakarAbdul Taib MahmudJabatan Kastam Diraja MalaysiaDe FamSalahuddin al-AyyubiTeluk IntanMaria OzawaPenggunaLumut, PerakKerana Dia SukaAerofonElly MazleinJabatan dan agensi kerajaan MalaysiaAzad Jasmin🡆 More