Terier Wales: Baka anjing dari Wales

Terier Wales berasal dari Wales dan pada asalnya dibiakbakakan untuk pemburuan rubah, rodensia, dan bejar; namun semasa pada abad lepas, ia terutamanya telah dibiakbakakan untuk pertunjukan.

Sungguhpun begitu, ia telah mengekalkan kekuatan ciri terier. Terier Wales telah didakwa sebagai baka anjing terlama yang wujud di United Kingdom.

Terier Wales
Terier Wales: Perihal, Kesihatan, Terier Wales terkenal
Nama ringkasWelshie
WT
Negara asalWales
Anjing (Canis lupus familiaris)

Terier Wales merupakan pendatang lewat ke dalam gelanggang pertunjukan British (kerana terutamanya digunakan sebagai anjing pekerja) dan tidak didaftarkan secara rasmi sebagai baka sehingga abad ke-19. Ia berada dalam senarai baka yang rentan pupus oleh The Kennel Club, dengan hanya sesedikit kira-kira 300 ekor anak anjing yang didaftarkan pada setiap tahun. Baka-baka paling popular didaftarkan dengan angka berpuluh-puluh ribu pada setiap tahun.[perlu rujukan]

Perihal

Penampilan

Terier Wales: Perihal, Kesihatan, Terier Wales terkenal 
Terier Wales di Tallinn

Terier Wales berwarna sawo matang pada kepala, tungkai, dan bawah perut dengan pelana hitam atau kadang-kadang grizzle. Betina kadang-kadang berwarna sawo matang gelap sederhana menyeluruh. Baka ini ialah anjing tegap dan padat yang bersaiz sederhana dan dapat membesar sehingga setinggi 15.5 in (39 cm) dengan berat 20–22 paun (9.1–10.0 kg). Ekornya biasanya terpotong sehingga ini dilarang di United Kingdom pada tahun 2006, yang lebih diutamakan untuk melengkapkan imej anjing segi empat sama, setinggi dengan panjang. Rupa bentuk tubuh ialah segi empat tepat, dengan muka memanjang "mirip bata". Rupa bentuk ini dibentuk oleh misai dan janggut. Dengan pedigri, muka dapat memilik rupa bentuk lebih bujur dan bertulang lebih halus dan lebih tersendiri. Bulunya mengandungi dua lapis, lapis bulu bawah yang menebat dan bulu melelas di bahagian atas yang melindungi anjing daripada kotoran, hujan, dan angin. Terier Wales lahir dengan warna kebanyakannya hitam dan, semasa tahun pertama, ia bertukar warna kepada grizzle hitam dan sawo matang piawai.

Baka ini tidak bersalin bulu. Walau bagaimanapun, lapis bulunya memerlukan penyelenggaraan dandanan kerap termasuk pemberusan dan pelucutan tangan.

Ekor tidak terpotong pada terier Wales hanya lebih panjang sebanyak satu inci atau lebih berbanding dengan ekor terpotong dan tidak memberikan banyak perbezaan kepada penampilan keseluruhan. Lapis bulunya tidak gugur tetapi bulu lama akhirnya akan dilucutkan melalui permainan dan pergerakan jika lapis bulunya tidak kerap disisir. Lapis bulu tidak terdandan juga dapat memudar dan menipis kerana bulu lama kehilangan warna dan tekstur.

Terier Wales hampir menyerupai terier Airedale padat.[perlu rujukan]

Perangai

Terier Wales: Perihal, Kesihatan, Terier Wales terkenal 
Terier Wales yang berehat
Terier Wales: Perihal, Kesihatan, Terier Wales terkenal 
Terier Wales pemenang dalam pertunjukan anjing

Terier Wales mempunyai perangai tipikal terier. Dengan pengendalian betul, ia merupakan anjing gembira, bersemangat, dan jarang malu atau takut, tetapi kadang-kadang dapat menunjukkan kerenah.[perlu rujukan] Terier Wales pada umumnya ramah dengan orang dan anjing tetapi apabila cabaran ditanggap, ia tidak berundur. Anjing baka ini dapat menjadi kawan setia dan dapat berfungsi sama ada sebagai anjing bandar atau sebagai anjing desa.

Terier Wales dikembangkan untuk berburu secara berdikari dan ini memerlukannya untuk menjadi anjing sangat tegas dan tabah. Hasilnya, pembentukan kepatuhan pada terier Wales ialah cadangan jangka panjang dan perlu sentiasa ada usaha untuk pengukuhan pelatihan. Ia menduduki tempat ke-101 dalam The Intelligence of Dogs karya Stanley Coren sebagai anjing yang mempunyai kecerdasan kerja/kepatuhan purata. Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna bahawa terier Wales gagal untuk mempelajari atau memahami arahan, hanya bahawa ia cenderung untuk membuat keputusan sendiri; oleh itu, terdapat keperluan pengukuhan malar. Apabila bertindak sendiri, ia agak kreatif dan cepat dalam membuat keputusan. Ia juga mempunyai potensi untuk menyalak secara berlebihan. Seperti baka terier lain, terier Wales gemar menggali.[perlu rujukan]

Terier Wales penuh dengan tenaga dan memerlukan senaman kerap. Larian mengelilingi halaman pada waktu siang tidak mencukupi. Ia menjadi teruja, dan jika bosan, ia mungkin meneroka dan berpotensi untuk menyebabkan kekacauan dan kerosakan. Terier Wales memerlukan cabaran untuk mengekalkannya terhibur. Contohnya, ia suka mengejar mainan dan suka berenang (contoh baik ialah aktiviti tasik bersama dengan keluarga).[perlu rujukan]

Terier Wales bergaul mesra dengan kanak-kanak; ia suka bermain dan mengikuti kanak-kanak semasa bermain, walau bagaimanapun, dan ia kerap menarik seluar dan mampu menjatuhkan anak-anak kecil ke tanah. Jika ia berada di sekeliling kanak-kanak kecil pada usia awal, ia akan mudah belajar untuk bermain dengan lebih lembut.[perlu rujukan]

Seperti semua baka, ada kepentingan untuk mensosialisasi terier Wales seawal yang mungkin terhadap pelbagai jenis anjing, orang, dan pengalaman.[perlu rujukan]

Kesihatan

Tubuh terier Wales adalah normal dan sihat supaya susuk tubuhnya tahan lama dan berkekalan. Sesetengah kajian telah mencadangkan kecenderungan genetik terhadap kehelan kanta primer yang mengakibatkan glaukoma sekunder. Onikodistrofi, iaitu gangguan pertumbuhan kuku yang menyebabkan kuku menjadi lemah dan rapuh, adalah agak lazim pada baka ini.[sumber terbitan sendiri] Terier Welsh sihat hidup sekitar 12 hingga 13 tahun pada purata dan kekal aktif dan berwaspada sehingga usia tinggi jika dijaga dengan baik dan sihat.[perlu rujukan]

Terier Wales terkenal

  • Dalam filem animasi Balto III: Wings of Change, watak Mel ialah seekor terier Wales. Ia sangat neurotik dan disuarakan oleh pelakon calon Oscar, David Paymer.
  • Dalam novel P. G. Wodehouse Money for Nothing, anjing milik John Carroll, Emily, ialah seekor terier Wales.

Lihat juga

Catatan

Rujukan

Tags:

Terier Wales PerihalTerier Wales KesihatanTerier Wales terkenalTerier Wales Dalam kebudayaan popularTerier Wales Lihat jugaTerier Wales CatatanTerier Wales RujukanTerier Wales Pautan luarTerier WalesRodensiaRubah merahWales

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi NasionalNabi Ya'akub a.s.WudukNafiez ZaidiSenarai Saintis IslamKhunsaPenjaga gawang (bola sepak)Amerika SyarikatYang di-Pertuan AgongHukum Kanun MelakaLaura AnnaSolatShukri YahayaAin EdruceKesumUpin & IpinPerodua AxiaPiala Asia 2019Senarai lagu yang dirakamkan oleh Britney SpearsKedahPencemaran udaraNajua NasirPerseikatanAngkatan Pertahanan Awam MalaysiaPenjodoh bilangan bahasa MelayuGeografi JohorAngel (penyanyi)Daim ZainuddinSurah QuranSiakapRuminah SidekMasjid Sri SendayanPolitik balas budiThe GadysBaksoMartabakNegeri PalestinMarlia MusaTunku Abu BakarUNICHinduismeAmen KhalidNombor perdanaUbur-uburPerang UhudRoy AzmanWarna liturgiKata kerjaOrang Melayu IndonesiaKuswadinataNabi Syu'aib a.s.Nabi Sulaiman a.s.Syafiq KyleAmira OthmanTakwim HijrahMuhamad Akmal SalehMakiyyahAsiah binti MuzahimKonsep Raja Berperlembagaan di MalaysiaPilihan raya umum Malaysia 2022Liga Negara-Negara UEFA 2020–21Umar bin Al-KhattabElizabeth IISalomaTV3Kitab suci IslamPerakSharifah ShahirahPolis Diraja MalaysiaZiana ZainTurkiJambatan Pulau PinangSemenyihPenggunaAngkorIslamBak kut tehHero Remaja🡆 More