Tasik Tanganyika

Tasik Tanganyika ialah sebuah tasik besar terletak di selatan benua Afrika dikelilingi negara-negara Burundi, Republik Demokratik Congo (45% pesisiran tasik), Tanzania (41% pesisiran) dan Zambia; ia sebahagian daripada rangkaian tasik-tasik besar terbentuk hasil rengkahan merentasi timur benua Afrika.

Tasik Tanganyika
Tasik Tanganyika
Peta Tasik Tanganyika
Tasik Tanganyika is located in Bumi
Tasik Tanganyika
Tasik Tanganyika (Bumi)
Koordinat6°30′S 29°40′E / 6.500°S 29.667°E / -6.500; 29.667 29°40′E / 6.500°S 29.667°E / -6.500; 29.667
Jenis tasikTasik purba, tasik rengkahan
Aliran masuk utamaSungai Ruzizi
Sungai Malagarasi
Sungai Kalambo
Aliran keluar utamaSungai Lukuga
Kawasan tadahan231,000 km2 (89,000 bt2)
Negara lembanganBurundi, DR Congo, Tanzania dan Zambia
Panjang maksimum673 km (418 bt)
Lebar maksimum72 km (45 bt)
Luas permukaan32,900 km2 (12,700 bt2)
Kedalaman purata570 m (1,870 ka)
Kedalaman maksimum1,470 m (4,820 ka)
Isi padu air18,900 km3 (4,500 bt3)
Masa mastautin5500 years
Panjang pesisir11,828 km (1,136 bt)
Ketinggian permukaan773 m (2,536 ka)
PetempatanKigoma, Tanzania
Kalemie, DRC
Bujumbura, Burundi
Rujukan
Nama rasmi
Tanganyika
Ditetapkan2 Februari 2007
No. rujukan
1671
1 Panjang pesisir bukanlah ukuran yang jelas.

Ia dianggarkan sebagai tasik air tawar kedua terbesar di dunia, tasik air tawar terpanjang di dunia dan tasik kedua paling dalam di dunia selepas Tasik Baikal di Siberia. Air daripada tasik berkenaan mengalir ke dalam Sungai Congo seterusnya ke Lautan Atlantik di barat benua Afrika.

Geografi

Tasik ini terletak di Lurah Gelinciran Barat di Lembah Lurah Gelinciran Besar. Ia adalah tasik lurah gelinciran terbesar di Afrika dan kedua terbesar bagi kawasan permukaan di benua ini. Ia adalah tasik yang mempunyai kedalaman yang paling tinggi di Afrika dan mengandungi jumlah air tawar yang banyak. Ia terbentang sejauh 673 km di arah utara-selatan dan lebar sebanyak 50 km. Tasik ini meliputi 32,900 km², dengan pinggir tasik seluas 1,828km dan kedalaman maksima sebanyak 1,470 m (4,823 kaki) (di lembangan utara). Suhu permukaan sederhana tasik ini ialah 25 °C dan pH sekitar 8.4.

Pengaliran masuk utama ialah daripada Sungai Ruzizi melalui bahagian utara tasik ini terus dari Tasik Kivu. Manakala bagi Sungai Malagarasi, iaitu sungai kedua paling besar di Tanzania mengalir dari bahagian timur Tasik Tanganyika.

Biologi

Tasik Tanganyika 
Neolamprologus cylindricus: Salah satu spesies ikan di Tasik Tanganyika

Terdapat lebih kurang 250 spesies ikan cichlid dan 150 ikan bukan spesies cichlid, kebanyakannya tinggal di pesisir tasik. Biojisim terbsar ikan ialah di zon pelagik (perairan terbuka) dan kawasan ini didominisasi oleh enam jenis spesies - dua spesies "Sardin Tanganyika" dan empat spesies pemangsa Lates. Hampir semua (98%) spesies cichlid Tanganyika adalah endemik kepada tasik ini.

Spesies-spesies

  • Ular Tedung Akuatik.
  • Cyphotilapia frontosa, ikan berjalur yang sememangnya berasal dari Tasik Tanganyika.
  • Altolamprologus Calvus, ikan yang sememangnya berasal dari Tasik ini.

Industri

Tasik Tanganyika 
Nelayan di Tasik Tanganyika
Tasik Tanganyika 
Pemandangan Tasik Tanganyika dari angkasa lepas, Jun 1985

Ikan-ikan daripada tasik ini menjadi sumber protein utama bagi penduduk tempatan. Buat masa sekarang, terdapat lebih kurang 45,000 orang yang terbabit secara khusus dalam bidang perikanan di tasik ini. Mereka beroperasi di lebih 800 tapak dan lebih kurang 1 juta orang bergantung kepada aktiviti perikanan ini. Ikan-ikan daripada tasik ini juga dieksport ke Afrika Timur. Perikanan komersial bermula pada pertengahan tahun 50-an.

Pengangkutan

Terdapat dua buah feri yang mengangkut penumpang dan kargo di sepanjang pesisir timur tasik ini - MV Liemba diantara Kigoma dan Mpulungu dan MV Mwongozo, yang beroperasi diantara Kigoma dan Bujumbura.

Sejarah

Orang Eropah pertama yang menemui tasik ini ialah Richard Burton dan John Speke (1858). Mereka menemui tasik ini ketika mencari sumber kepada Sungai Nil. Speke menyambung pencariannya dan menemui sumber berkenaan iaitu Tasik Victoria.

Tasik ini menyaksikan berlakunya dua pertempuran yang terkenal, di bawah pemerintahan pegawai Bitish Geoffrey Spicer-Simson.

Pengrevolusi Argentina, Che Guevara menggunakan Tasik Tanganyika sebagai kem latihan untuk pasukan gerila. Daripada kemnya, Che dan pasukannya cuba untuk menggulingkan kerajaan tetapi terpaksa menarik diri dalam masa kurang daripada satu tahun oleh kerana Agensi Keselamatan Kebangsaan (NAS) mengawasi Che dan pasukan gerilanya.

Lihat juga

  • Senarai tasik-tasik
  • Senarai tasik-tasik terbesar di dunia

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Tasik Tanganyika GeografiTasik Tanganyika BiologiTasik Tanganyika IndustriTasik Tanganyika PengangkutanTasik Tanganyika SejarahTasik Tanganyika Lihat jugaTasik Tanganyika RujukanTasik Tanganyika Pautan luarTasik TanganyikaAfrikaBurundiRepublik Demokratik CongoTanzaniaTasikTasik-Tasik Besar AfrikaZambia

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Solat sunatIsteri HalalBryan DomaniPosisi seksualBella AstillahSaleemWan SharmilaMata anginDaerah di SabahSunan Gunung JatiMazlan AlimanFilem Malaysia tahun 2024Qistina RaisahTerengganuBumiputeraRedza RosliCibaiI.D.Lebuhraya Utara–Selatan Jajaran SelatanPerceraian dalam IslamKumpulan Wang Simpanan PekerjaRadius OneSultan Nazrin Muizzuddin ShahRukun solatRaja Zarith SofiahSiti NurhalizaPilihan raya umum Malaysia 2022Atikah SuhaimeFuad RahmanTwitterPenanda wacanaAngel (penyanyi)Sungai BulohJenis darahTerlanjur Cinta (drama web)Shahrulezad MohameddinKetumKedah TuaNusantaraSusukSenarai filem Malaysia berdasarkan kutipan terendahRuhainiesKhairulamingSaronGambir SarawakSabronzoMuhammad al-FatihAerofonTanam paksaGeografi JohorUniversiti Utara MalaysiaStadium Nasional Bukit JalilLembaga Hasil Dalam Negeri MalaysiaNabi Nuh a.s.Angkatan Tentera MalaysiaKuala KangsarIntan LadyanaPiala Asia B-23 AFCCiri-ciri orang munafikSyazuwan HassanErysha EmyraMohd Shukri RamliSlot AkasiaAhmad Zahid HamidiHot FMKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup MalaysiaZaki AzemanErma FatimaSarafLapangan Terbang Antarabangsa Kuala LumpurRahmad AyobNombor dalam budaya CinaRatu SofyaShah IskandarAdab menyambut kelahiran bayi menurut IslamSingapura Dilanggar TodakSolat Sunat Tahiyyatul MasjidKelantan🡆 More