Super Junior (슈퍼주니어; sering digaya sebagai SUPER JUNIOR) yang kadang kalanya digelar SJ atau SuJu (슈주) merupakan sebuah kumpulan boy band dengan 13 orang ahli yang berasal dari Seoul, Korea Selatan.
Ahli-ahli Super Junior ialah Leeteuk (ketua), Heechul, Han Geng, Yesung, Kang-in, Shindong. Sungmin, EunHyuk, DongHae, Siwon, Ryeowook, Kibum dan Kyuhyun. Di antara ahli-ahli Super Junior, terdapat seorang ahli yang berasal dari China yang terpilih melalui ujibakat di China yang dikendali oleh SM Entertainment pada tahun 2001 iaitu Han Geng. Pada mulanya Super Junior hanya mempunyai 12 orang ahli dan seorang ahli ditambah (KyuHyun) menjadikan jumlahnya 13 orang pada 23 Mei 2006..
Super Junior 슈퍼주니어 | |
---|---|
Latar belakang | |
Juga dikenali sebagai | SJ, SuJu |
Berasal dari | Seoul, Republik Korea |
Genre | K-pop, tarian, hip hop, R&B, trot |
Tahun aktif | 2005–kini |
Syarikat rakaman | SM Entertainment Avex Asia (ROC) Rhythm Zone (JPN) GMM (THAI) |
Pengkarya berkait | SMTown Super Junior-K.R.Y Super Junior-T Super Junior-M Super Junior-Happy M&D D&E |
Laman sesawang | www.super-junior.co.kr |
Ahli | |
Bekas ahli |
Super Junior telah mengeluarkan dua buah album dan sebuah single sejak 2005. Album paling laris Super Junior merupakan album kedua keluaran mereke berjudul Don't Don yang telah menggondol gelaran album paling laris pada tahun 2007 daripada Persatuan Industri Muzik Korea. Selain itu, Super Junior turut memenangi empat anugerah muzik daripada M.NET/KM Music Festival, empat anugerah dari Goden Disk Award dan merupakan kumpulan kedua memenangi Artis Kesukaan Korea di MTV Asia Awards selepas JTL.
Ahli | |
---|---|
Bekas ahli |
Sejak tahun 2000, syarikat rakaman SM Entertainment mengadakan ujibakat tahunan bagi mencungkil bakat baru di Korea berikutan kejayaan artis-artis dibawah syarikat rakaman ini seperti H.O.T dan S.E.S. Pada tahun 2010, syarikat rakaman itu mengadakan ujibakat di luar negara di Beijing di mana Han Geng telah dipilih di antara 3000 peserta. Leeteuk, Heechul, Yesung, EunHyuk, Siwon dan Kibum dipilih daripada ujibakat tahunan syarikat tersebut manakala Kang-In, Shindong, SungMin, DongHae dan Ryeowook pula dipilih daripada ujibakat yang ditaja oleh SM Entertainment.
Wiki Commons mempunyai media berkaitan Super Junior |
This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article Super Junior, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses.
®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.