Sharifah Hanim

Yang Mulia Sharifah Hanim (dilahirkan sebagai Sharifah Hanim binti Tuanku Syed Hamzah) merupakan seorang pelakon dan ahli perniagaan yang berasal dari Arau, Perlis.

Selain itu, beliau merupakan kerabat diraja Perlis dan merupakan anak perempuan pertama kepada Tuanku Syed Hamzah iaitu Raja Negeri Perlis semasa era pemerintahan Jepun. Beliau merupakan anak saudara kepada Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman.

Sharifah Hanim
Sharifah Hanim
Kelahiran
Y.M Sharifah Hanim binti Tuanku Syed Hamzah

1935
Meninggal dunia25 November 2003 (berumur 67–68)
Sebab kematiankencing manis, darah tinggi dan hati
DikebumikanMakam Diraja Lama Arau, Perlis
PekerjaanPelakon, ahli perniagaan
Tahun aktif1965–1977
Terkenal keranaWatak Norkiah Hanum dalam filem Masam-Masam Manis
PasanganJazamudin Baharuddin (k. 1957; c. 1974)
Anak-anak2
IbuSharifah Amina binti Syed Abbas Al-Sagoff
BapaTuanku Syed Hamzah Jamalullail
SaudaraTunku Abdul Rahman (bapa saudara)

Kehidupan awal

Beliau diputerikan di Bandar Diraja Arau, Perlis pada 1935 daripada bondanya, Sharifah Amina binti Syed Abbas Al-Sagoff yang merupakan isteri ketiga kepada Tuanku Syed Hamzah Jamalullail. Beliau mendapat pendidikan di Kolej Sultan Abdul Hamid sehingga peringkat Senior Cambridge. Beliau juga pernah bertugas sebagai juruhebah sambilan di Radio Malaysia dan juga sebagai operator telefon di Bank Negara Malaysia. Beliau juga merupakan juara pertandingan Ratu UMNO pada tahun 1956.

Perkahwinan dan kerjaya

Beliau pernah mendirikan rumahtangga pada tahun 1957 dengan Jazamudin Baharuddin yang merupakan seorang penulis dengan nama pena, Adi Muara. Hasil daripada perkahwinan ini, beliau dan suami telah dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan iaitu Sulasteri dan Sita Asma. Suami beliau telah memperkenalkannya kepada dunia perfileman dan filem Masam-Masam Manis merupakan kemuncak populariti beliau dalam industri perfileman Melayu pada tahun 1965. P. Ramlee sendiri telah mendapatkan kebenaran daripada pihak Istana Perlis sebelum beliau memulakan pengambaran filem berkenaan. Jodoh beliau bersama suaminya tidak berpanjangan dan pada tahun 1974, mereka bercerai. Penglibatan beliau dalam dunia lakonan agak terhad kerana beliau lebih menumpukan perhatian terhadap anak-anaknya. Selepas penutupan Studio Merdeka, beliau berhenti berlakon dan menceburkan diri dalam bidang perniagaan.

Kematian

Beliau mangkat di Kuala Lumpur akibat masalah kencing manis, darah tinggi dan hati dalam usia 69 tahun. Setelah dua bulan gering, beliau mangkat pada tahun 2003. Sebelumnya, beliau pernah menderita masalah tulang pinggul akibat terjatuh. Jenazah beliau telah dibawa ke Perlis dan dimakamkan di Makam Diraja Lama Arau.

Filemografi

Berikut merupakan senarai yang tidak lengkap mengenai filem dan drama lakonan beliau. Senarai ini akan ditambah dari semasa ke semasa.

Watak dalam filem
Tahun Tajuk Watak Catatan
1965 Masam-Masam Manis Norkiah Hanum Filem pertama
1966 Gadis Langkawi
1969 Bukan Salah Ibu Mengandong Pelakon undangan
1971 Asmara Kirana
Pedang Sakti Sunti
1972 Anak Ku Suami Ku
1973 Bunga Mas
Satu Penentuan Hanim
Penyamun Si Bongkok Tanjung
1975 Pertiwi
Rahsia Hatiku Filem terakhir
Kemunculan dalam televisyen
Tahun Tajuk Terbitan Catatan
1977 Membelah Awan TV1 Filem ini diarahkan oleh Roslee Jalil.

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Sharifah Hanim Kehidupan awalSharifah Hanim FilemografiSharifah Hanim RujukanSharifah Hanim Pautan luarSharifah HanimArauPerdana Menteri MalaysiaPerlisSyed Hamzah ibni al-Marhum Syed Safi JamalullailTunku Abdul Rahman

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Siti NurhalizaHaidMohd Noor Helmy Abdul HalemWak DoyokLembaga Hasil Dalam Negeri MalaysiaAlor SetarJudiPolis EVO 2Senarai lagu yang bertemakan Hari RayaBangladeshMK K-CliqueRomantisismeWadi AnnuarPerjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948Kesan rumah hijauPiala Asia B-23 AFCSabahLapangan Terbang Antarabangsa Kuala LumpurSM Faliq SM NasimuddinJalangkoteKedah TuaBella AstillahAb Rauf YusohBaju MelayuGabenor Bank Negara MalaysiaProton SatriaLee Zii JiaBarisan NasionalTakbirPenunggang AgamaFilipinaDataran MerdekaNegeri-Negeri SelatHot FMHassanal BolkiahJohan GhazaliRukun solatJasmine Suraya ChinPuteri BalqisRita NadiraDhabNajib RazakPasukan bola sepak kebangsaan MalaysiaAyamSyed Hamid bin Syed Jaafar AlbarJenis darahHarris AlifUpin & IpinAgama BuddhaAkar kuning semakSejarah MelakaHarimau SiberiaSeri KembanganFrekuensi radio di KelantanRawang, SelangorFilem Malaysia tahun 2024Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup MalaysiaTanah Melayu BritishSenarai penerima darjah kebesaran negeri Terengganu 2024HarumanisSofia JaneSifat-sifat AllahNabi Adam a.s.Al-Masih ad-DajjalShukri YahayaKitab suci IslamAndai Itu TakdirnyaHadha min fadhle RabbiHari Kebangsaan MalaysiaNadia BrianSenarai saluran AstroSekali Lagi Cinta KembaliShiqin KamalHospital Sultan Idris Shah SerdangTaipei CinaZahiril AdzimPerodua Kelisa🡆 More