Berikut adalah senarai baka-baka angsa domestik dan separa domestik.
Angsa dibiakkan untuk tujuan mendapatkan daging yang mana popular di negara-negara berbahasa Jerman sekitar Kristmas. Selain itu, ia juga bertujuan untuk mendapatkan telur, schmaltz, atau hati (foie gras). Beberapa baka-baka terpilih telah dibiakkan dengan tujuan utama untuk mengawal rumpai (seperti angsa Cotton Patch), atau sebagai haiwan pengawal dan laga angsa (seperti angsa Steinbach Fighting dan angsa Tula Fighting).
Baka-baka angsa biasanya dikelaskan kepada tiga kelas berat iaitu; Berat, Sederhana dan Ringan. Kebanyakan angsa domestik berasal daripada angsa Greylag (Anser anser). Angsa China dan Afrika pula merupakan baka-baka domestik daripada angsa swan (A. cygnoides); ia boleh dikenali melalui paruh bertombol yang jelas.
Beberapa baka seperti angsa Obroshin dan angsa Steinbach Fighting, berasal daripada hibrid spesies-spesies ini (hibrid jantan biasanya subur -; lihat Peraturan Haldane). Selain itu, dua spesies angsa yang dibela sebagai haiwan domestik di beberapa kawasan, tetapi tidak diternak sepenuhnya lagi dan tiada baka-baka yang berbeza telah dibangunkan.
Warna bulu pada angsa jantan dan betina biasanya adalah serupa. Bagaimanapun, terdapat beberapa baka angsa yang memiliki ciri penjantinaan automatik, yang mana adalah Dimorfisme seks dan jantinanya boleh dikenal pasti berdasarkan warna bulu. Secara umumnya, angsa gander jantan berwarna putih manakala betina pula sama ada berwarna kelabu, kelabu bertompok putih.
Wiki Commons mempunyai media berkaitan Senarai baka angsa |
Templat:Poultry
This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article Senarai baka angsa, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses.
®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.