Senarai Juara Carta Radio Muzik Rtm 1998

Carta Radio Muzik adalah program carta lagu popular bertaraf nasional yang disiarkan setiap minggu (lazimnya pada hari Sabtu, jam 2 petang) di saluran Radio Muzik (kini digelar Nasional FM).

Lagu-lagu yang ditabalkan sebagai juara mingguan ini berjaya mendapat permintaan tertinggi daripada pendengar seluruh negara. Permintaan lagu dibuat menerusi poskad dan kemudiannya melalui e-mail dan juga laman sesawang Amboi.net .

Radio Muzik Top Tune 1998
PenganjurRadio Televisyen Malaysia

Pada pertengahan 90an, program carta Radio Muzik kelolaan juruhebah Maznah Abdul ini menjadi carta radio utama di Malaysia setelah era Carta Pujaan 10 RTM yang disiarkan di Radio Klasik (dahulunya digelar Radio 1). Ini berikutan penarafan (rating) Radio Muzik yang menduduki tangga tertinggi sebagai radio paling kerap didengar rakyat Malaysia dari tahun 1995 hingga 1999 sebelum kehadiran stesen radio swasta.

Bagaimanapun program carta Radio Muzik sudah diberhentikan sejak tahun 1999 dan digantikan dengan Carta Pujaan 10 Nasional FM.

Turutan Juara Carta Radio Muzik 1998

Senarai Juara Carta Radio Muzik Rtm 1998 
Kumpulan baharu Spoon mencipta kejutan apabila meraih gelaran juara carta sebanyak 9 minggu sekaligus menjadikan lagu ciptaan Eddie Hamid berjudul "Rindu Serindu-rindunya" sebagai lagu paling hits pada tahun 1998. Eddie mengulangi kejayaan setelah lagu "Kita Ditakdirkan Jatuh Cinta" oleh Spring tahun lalu.
Senarai Juara Carta Radio Muzik Rtm 1998 
Komposer lagu-lagu pop tradisional Suhaimi Mohd Zain (Pak Ngah) berjaya meraih gelaran juara carta menerusi dua buah lagu pop etnik ciptaannya iaitu "Cindai" (Siti Nurhaliza) dan "Dikir Puteri" (Noraniza Idris). Kedua-dua lagu itu meraih kejayaan luar biasa pada tahun 1998. Sebuah lagi lagu Pak Ngah yang hampir berjaya menjadi juara carta adalah "Yayadan" dendangan Sharifah Aini tersekat di tangga kedua.
Senarai Juara Carta Radio Muzik Rtm 1998 
Penyanyi remaja Elly Mazlein menghiasi carta dengan tiga buah lagu iaitu "Biar Pilu Ada Penawarnya", "Disapu Awan" dan "Tega" setelah kemunculan perdananya pada tahun 1997 menerusi "Sutera Kasih". Lagu "Disapu Awan" duet bersama Acong Sweet Child berjaya meraih kedudukan nombor satu yang pertama buat Elly, dan ketiga buat Acong yang sebelum ini bergelar juara bersama Sweet Child melalui lagu "Yang Terlarang Itu Godaan" dan "Kau Guriskan Perasaan".

Berikut adalah senarai lagu-lagu yang pernah menjuarai carta ini untuk tahun 1998.

Latar belakang hijau menunjukkan lagu dengan prestasi terbaik pada tahun 1998.
Jilid Tarikh Lagu Penyanyi Rujukan
RE9720 4 Januari "Mengapa Sukar Melafazkan Maaf" Rozita Izlyn dan Aju
9801 11 Januari "Cinta Tak Perlu Dipaksa" Budak Kacamata
9802 18 Januari "Cindai" Siti Nurhaliza
25 Januari
1 Februari
9803 8 Februari "Andai Aku Terluka" Fair
RE9802 15 Februari "Cindai" Siti Nurhaliza
22 Februari
9804 1 Mac "Hanya Segenggam Setia" Rahmat Ekamatra
9805 8 Mac "Tiada Jodoh Antara Kita" Ziana Zain
15 Mac
9806 22 Mac "Untuk Apa Bersengketa" Iza Fazly, Wan Lestari dan Poey
9807 29 Mac "Terima Kasih" Awie
5 April
9808 12 April "Ku Pohon Kemaafan" Fauziah Latiff
19 April
9809 26 April "Kita Ditakdirkan Berpisah" Screen
9810 3 Mei "Rindu Serindu Rindunya" Spoon
10 Mei
17 Mei
24 Mei
31 Mei
7 Jun
14 Jun
9811 21 Jun "Di Sapu Awan" Elly Mazlein dan Acong
RE9810 28 Jun "Rindu Serindu Rindunya" Spoon
9812 5 Julai "Aku Cinta Aku Rindu" Ajai & Nurul
9813 12 Julai "Dikir Puteri" Noraniza Idris
9814 19 Julai "Meniti Perjalanan" Hattan
RE9813 26 Julai "Dikir Puteri" Noraniza Idris
RE9814 2 Ogos "Meniti Perjalanan" Hattan
RE9813 9 Ogos "Dikir Puteri" Noraniza Idris
RE9810 16 Ogos "Rindu Serindu Rindunya" Spoon
9815 23 Ogos "Dalam Diam Aku Mencintaimu" Stings
30 Ogos
9816 6 September "Kerana Cinta Aku Turutkan" Success
9817 13 September "Kerana Budi Ku Jatuh Hati" Spring
20 September
27 September
4 Oktober
9818 11 Oktober "Nur Nilam Sari" Search + Awie
9819 18 Oktober "Sendu Di Hatimu, Rindu Di Jiwaku" Arrow
25 Oktober
RE9818 1 November "Nur Nilam Sari" Search + Awie
RE9819 8 November "Sendu Di Hatimu, Rindu Di Jiwaku" Arrow
15 November
9820 22 November "Rindu Rinduan Jadi Kenangan" Scoin
29 November
6 Disember
9821 13 Disember "Ikrar Cinta" Smash
RE9820 20 Disember "Rindu Rinduan Jadi Kenangan" Scoin
27 Disember

Rujukan

Tags:

Nasional FM

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Ciri-ciri orang munafikSalasilah keturunan Nabi MuhammadTwitterFattah AminLiga Super Malaysia 2024–25Cabang dan mazhab IslamHang TuahPeristiwa Memali 198512 Dewa OlympusInternazionale Milano F.C.Jumaat AgungWanita SyurgaSharifah HusnaSabahRiz AminSyafiq KyleNajua NasirAyu RaudhahTeknologi hijauBella DallyMat KilauPerempuan Itu (drama)Azhan RaniSenarai Saintis IslamPersekutuan Tanah MelayuLesen memandu MalaysiaDoa IftitahThe Original GangsterHubungan seksAisha RetnoKanun KeseksaanTunku Abu BakarGolongan kata (bahasa Melayu)BaksoOrang LampungJenayah kolar putihRamadanSSC NapoliKementerian Dalam Negeri MalaysiaSimpulan bahasaA. Samad Said1KerisKabungJohan GhazaliNuzul QuranSurah Al-InsyirahKota KinabaluKK Super MartAdat resam kahwin MelayuMyKadBella AstillahSukanLee Chong WeiPembentukan MalaysiaLengkuasPerang AhzabNasrizal NgasriRakaatRangka manusiaThailandKebudayaan MalaysiaRaja berperlembagaanErma FatimaKota BharuAaron AzizKelayakan Piala Asia AFC 2027BadarKhadijah binti KhuwailidEmpayar Rom SuciPilihan raya umum Malaysia 2022Rukun ImanSultan SelangorEtikaTengku Ahmad Ismail Mu’adzam ShahFarid KamilAstrolabSophia Liana🡆 More