Rodolfo Hernández Suárez

Rodolfo Hernández Suárez (lahir 26 Mac 1945) ialah ahli politik, jurutera awam dan ahli perniagaan Colombia, dan merupakan senator Colombia.

Beliau ialah Datuk Bandar Bucaramanga dari 2016 sehingga peletakan jawatannya pada 2019. Beliau menduduki tempat kedua dalam pusingan pertama pilihan raya presiden Colombia 2022, tetapi dikalahkan oleh Gustavo Petro dalam pemilihan pusingan kedua. Beliau ialah pemilik syarikat Constructora HG.

Rodolfo Hernández Suárez
Rodolfo Hernández Suárez
Senator terpilih Colombia
Memegang jawatan
20 Julai 2022
MenggantikanGustavo Petro
Datuk Bandar Bucaramanga
Dalam jawatan
1 Januari 2016 – 10 September 2019
Didahului olehLuis Francisco Bohórquez
Digantikan olehJuan Carlos Cárdenas Rey
Butiran peribadi
LahirF
(1945-03-26) 26 Mac 1945 (umur 79)
Piedecuesta, Santander, Colombia
Parti politikBebas
Sekutu gabungan
politik lain
Parti Liberal (1992–1995)
Liga Gabenor Antirasuah
PendidikanUniversiti Kebangsaan Colombia

Biografi

Hernández dilahirkan di Piedecuesta, jabatan Santander, pada tahun 1945, dan dibesarkan di Bucaramanga berdekatan.

Sebelum memasuki dunia politik, beliau ialah seorang jurutera awam dari 1971 selepas tamat pengajiannya dari Universiti Nasional Colombia, dan bekerja dalam industri pembinaan sebagai usahawan melalui syarikatnya HG Constructora yang menumpukan pada perumahan mampu milik di Bucaramanga dan kawasan sekitarnya, memperoleh lebih AS$100 juta.

Hernández memasuki politik dan pertama kali menjadi ahli Parti Liberal Colombia. Beliau berkhidmat sebagai ahli majlis tempatan di Piedecuesta dari 1990 hingga 1992. Pada 2011, beliau membiayai dan berkempen bagi Lucho Bohórquez, ahli Parti Liberal Colombia, yang akhirnya memenangi pemilihan datuk bandar Bucaramanga.

Hernández bertanding jawatan datuk bandar Bucaramanga pada 2015, membiayai kempennya sendiri dan memenangi pilihan raya datuk bandar. Beliau berkhidmat sebagai datuk bandar Bucaramanga dari 2016 hingga 2019. Sebagai datuk bandar, beliau dikenali di seluruh negara melalui siaran Facebook mingguan di mana beliau menjawab soalan-soalan rakyat, serta terkenal dengan pertelingkahannya dengan ahli majlis bandaran yang dituduhnya sebagai "tikus" pencuri. Beliau turut mendapat pengiktirafan dengan memberi gaji kepada pelajar universiti awam. Pada kesempatan yang berbeza, beliau bertemu dengan pemimpin masyarakat dan pemimpin belia. Pada 2018, beliau digantung tiga bulan kerana menampar seorang ahli majlis. Pada 2019, Pejabat Peguam Negara memberi sekatan kepadanya kerana didakwa terlibat secara tidak wajar dalam politik semasa memegang jawatan datuk bandar, dan dengan itu, Hernández dengan meletak jawatan. Semasa memegang jawatan, beliau dikenali sebagai pejuang menentang rasuah, dan apabila beliau meninggalkan jawatan, beliau mendapat penilaian kelulusan sebanyak 84%. Beliau juga menghadapi tindakan mahkamah oleh kerana dakwaan penyelewengan dalam pelaksanaan kontrak perundingan dalam melaksanakan teknologi baharu untuk pengurusan sisa di tapak pelupusan sampah El Carrasco, yang akan ditanggungnya sebagai datuk bandar Bucaramanga.

Hernández sebelum ini mencetuskan kontroversi dalam kalangan komuniti ekspatriat Venezuela di negara itu selepas menyatakan wanita Venezuela sering menjadi "kilang bayi" yang perlu disokong oleh kerajaan. Hernández juga menimbulkan kontroversi apabila berkata semasa wawancara 2016, "Saya pengikut seorang pemikir Jerman yang hebat, bernama Adolf Hitler." Hernández kemudian meminta maaf dan berkata bahawa beliau bermaksud untuk mengatakan Albert Einstein.

Kedudukan politik

Hernández tidak mengisytihar dirinya berada dalam mana-mana belah spektrum politik, dengan NACLA menggambarkan kedudukan politiknya sebagai seorang sentris pragmatik, sementara Reuters menyifatkan beliau sebagai berhaluan tengah-kanan, manakala The New York Times menggambarkan beliau sebagai berhaluan kanan, dan penganalisis lain menghadapi kesukaran untuk menentukan fahamannya. Patricia Muñoz, penganalisis politik Universiti Xavier Pontifikal, menilai kedudukan politik Hernández sebagai sinkretik (bercampur), berkata; "jika anda terpaksa meletakkan beliau dalam spektrum ideologi, kebanyakan orang akan mengatakan dia berhaluan kanan tengah atau sayap kanan, tetapi apabila anda melihat usul-usulnya, ia adalah eklektik." Beliau telah digambarkan sebagai seorang populis dan dibandingkan dengan Donald Trump dan Silvio Berlusconi kerana menekankan imejnya sebagai ahli perniagaan berjaya yang boleh mengubah Colombia dan sering menggunakan bahasa kasar terhadap penubuhan politik negaranya.

Hernández menyatakan sokongan kepada perkahwinan sejenis, pengambilan anak angkat oleh pasangan sejenis, penghalalan ganja perubatan dan rekreasi, eutanasia dan bunuh diri terbantu. Mengenai pengguguran, Hernández memberi jaminan bahawa kerajaannya akan mendukung hak itu sepenuhnya dan menegaskan bahawa "ia adalah keputusan wanita itu sama ada untuk menggugurkan kandungan atau tidak". Beliau juga turut menyokong untuk menurunkan cukai nilai tambah daripada 19% kepada 10%, pendapatan asas bagi semua warga emas tanpa mengira sumbangan terdahulu atau kekurangannya, dan berkemungkinan mereka yang hampir atau di bawah garis kemiskinan. Beliau juga menyokong untuk menghapuskan hutang secara progresif bagi pelajar kelas bawahan, dikenali sebagai estrato 1 dan 2, sambil turut memasukkan pelajar aktif, dan mereka yang mempunyai gred terbaik. Beliau telah berikrar meningkatkan akses kepada pendidikan tinggi di wilayah, penjagaan kesihatan sejagat, beralih daripada tindakan menghukum kepada pemulihan terhadap penagih dadah, memberikan pencen kepada atlet Olimpik dan pemegang rekod dunia warga Colombia, meningkatkan bayaran sosial untuk ahli sukan yang berjaya kepada sehingga 100,000 peso setiap hari, kuota 50% bagi wanita dalam perkhidmatan awam dan kabinet presiden; bayaran kebajikan bagi mereka yang menyelenggara dan menjaga kawasan hutan; serta mengehadkan fracking melainkan memenuhi keadaan persekitaran. Mengenai proses perdamaian Colombia, beliau telah menyatakan bahawa beliau akan melaksanakan sepenuhnya perjanjian damai FARC dan telah menyatakan kesediaan untuk menambah addendum kepada perjanjian damai FARC untuk memasukkan Tentera Pembebasan Kebangsaan. Beliau memihak untuk memulihkan hubungan konsular dengan Venezuela untuk menangani keganasan di sempadan, berkata; “Hubungan konsular adalah perlu bagi memastikan sirkulasi yang baik, baik dalam aspek komersial dan pelancongan, dan juga kerana sempadan adalah tempat peningkatan keganasan yang dialami Colombia juga paling dirasai.”

Rujukan

Nota kaki

Tags:

Rodolfo Hernández Suárez BiografiRodolfo Hernández Suárez Kedudukan politikRodolfo Hernández Suárez RujukanRodolfo Hernández SuárezBucaramangaGustavo PetroPilihan raya presiden Colombia 2022

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Bank Negara MalaysiaPeristiwa Bukit KepongAedy AshrafNabi Isa a.s.Surah Al-QadrHadha min fadhle RabbiLondonTempoh haram puasaLailatulqadarBendera PalestinHero RemajaYusof HaslamSemenanjung MalaysiaLengkuasSenarai filem Malaysia berdasarkan kutipan tertinggiJuventusAngkor WatPertubuhan Keselamatan SosialJata MalaysiaBola sepakYang di-Pertuan Besar Negeri SembilanNasi kandarFrekuensi radio di PerakKhalid Mohamad JiwaCabang dan mazhab IslamHari Kebangsaan MalaysiaPangsapuriBrazilKerisPerang Dunia PertamaDini SchatzmannNazim OthmanAbdullah bin Ahmad BadawiInna lillahi wa inna ilaihi raji'unSel (biologi)Halim RadziSyed Danial Syed AhmadUnited KingdomSayu Yang SyukurJangan Menangis Cinta (drama)Nabila HudaAdi PutraThe GadysCibaiAzira ShafinazTwitterSepak takrawKerajaan TarumanagaraMierul AimanSiti HariesaUthman bin AffanZiana ZainPembantu perubatanHemoroidSyed Mokhtar Al-BukharySonu SoodAsertifKrisis pencerobohan Lahad Datu 2013Sultan Sharafuddin Idris ShahNabila RazaliMenteri Pendidikan MalaysiaLiza Abdullah12 Dewa OlympusSenarai Saintis IslamAssalamualaikumKitab suci IslamAdab menyambut kelahiran bayi menurut IslamMaklumatAliff AzizAzzim ZahidHannah DelishaJasmine Suraya ChinSultan Ibrahim ibni Sultan IskandarGabenor Bank Negara MalaysiaPertubuhan Bangsa-Bangsa BersatuFolikel buluBukan Kahwin PaksaNabi Syu'aib a.s.Ampang🡆 More