Perlanggaran Kereta Api Odisha 2023: Perlanggaran kereta api di Balasore, Odisha, India pada 2 Jun 2023

Suatu perlanggaran yang melibatkan dua kereta api penumpang 12841 Coromandel Express dan 12864 Bengaluru–Howrah Superfast Express serta satu kereta api barangan berlaku pada 2 Jun 2023, berdekatan bandar Baleshwar, Odisha, India.

Sekurang-kurangnya 295, atau mungkin sebanyak 380 orang terbunuh dan lebih daripada 1,175 lagi orang tercedera dalam kejadian itu. Insiden tersebut merupakan salah satu bencana kereta api termaut pada abad ke-21 dan kemalangan rel yang paling teruk di India sejak bencana kereta api yang berlaku di Firozabad pada tahun 1995.

Perlanggaran kereta api Odisha
Perlanggaran kereta api Odisha 2023 is located in Bumi
Perlanggaran kereta api Odisha 2023
Perlanggaran kereta api Odisha 2023 (Bumi)
Butiran
Tarikh2 Jun 2023
18:50 IST (13:30 GMT)
Koordinat21°20′17″N 86°45′52″E Sunting ini di Wikidata
Lokasi
  • Bahanaga Bazar railway station Sunting ini di Wikidata
  • Bahanaga Sunting ini di Wikidata
NegaraIndia Sunting ini di Wikidata
PengendaliIndian Railways Sunting ini di Wikidata
Jenis insidenPerlanggaran kereta api Sunting ini di Wikidata
Perangkaan
Kereta api2 buah kereta api penumpang (12841 Coromandel Express; 12864 SMVT Bengaluru–Howrah Superfast Express) dan sebuah kereta api barangan
Meninggal dunia292 (secara kasar) Sunting ini di Wikidata
Tercedera1,175 (secara kasar) Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Latar belakang

Perlanggaran ini merupakan kemalangan rel abad ke-21 yang paling teruk di India. Walaupun terdapat pelaburan besar oleh pihak pemerintah untuk meningkatkan prasarana, kemalangan kereta api tetap kerap berlaku di India, yang memiliki salah satu rangkaian kereta api terbesar di dunia. Kemalangan kereta api terburuk dalam sejarah di India berlaku pada tahun 1981, semasa taufan di negeri Bihar apabila kereta api penumpang yang sesak tergelincir dan terjunam ke dalam sungai, mengakibatkan lebih 800 meninggal dunia.

Kemalangan

Kira-kira jam 7 malam waktu tempatan (13:30 GMT) pada 2 Jun 2023, dua kereta api penumpang bertembung di laluan utama Howrah–Chennai berdekatan Bahanaga Bazar di daerah Balasore, Odisha menyebabkan sekurang-kurangnya 288 orang meninggal dunia dan lebih 900 yang lain cedera. Adalah dipercayai bahawa kereta api pertama tergelinciri dan beberapa gerabaknya terbalik dan berada di landasan bertentangan di mana ia terlanggar dengan kereta api kedua. Sebuah kereta api barangan juga terlibat dalam kemalangan tersebut.

Kereta api penumpang yang terlibat dalam kemalangan itu ialah 12841 Coromandel Express (di antara Shalimar dan MGR Pusat Chennai) dan 12864 SMVT Bengaluru–Howrah Superfast Express (di antara Terminal Sir M. Visvesvaraya Bengaluru dan Howrah).

Respons

Pihak Kereta Api India serta pemerintah negeri Odisha dan Benggala Barat mengeluarkan nombor talian bantuan. Menurut Ketua Setiausaha Odisha, Pradeep Jena, 3 unit Pasukan Gerak Balas Bencana Kebangsaan (NDRF), 4 unit Pasukan Tindakan Pantas Bencana Odisha (ODRAF), lebih daripada 15 pasukan bomba dan penyelamat, 100 orang doktor, 200 orang kakitangan polis dan 200 bua ambulans telah digerakkan dalam operasi menyelamat. Dilaporkan bahawa empat lagi pasukan NDRF dikerahkan di tempat kemalangan. Syarikat-syarikat bas tempatan membantu dalam membawa para penumpang yang tercedera. Orang-orang awam menyediakan air dan membantu penumpang terjejas mendapatkan semula bagasi mereka jika boleh.

Reaksi

Perdana Menteri Narendra Modi meluahkan rasa sedih di atas insiden itu dan menyampaikan ingatan kepada keluarga yang berduka. Beliau menulis twit, "Operasi-operasi menyelamat sedang dilakukan di tapak kemalangan, dan semua bantuan yang diperlukan sedang diberikan kepada mereka yang terjejas." Menteri Dalam Negeri Amit Shah menyifatkan insiden itu sebagai "sangat mendukacitakan".

Ketua-ketua Menteri bagi negeri-negeri Odisha dan Benggala Barat meluahkan kebimbangan mereka yang mendalam terhadap bencana itu.

Rujukan

Tags:

Perlanggaran Kereta Api Odisha 2023 Latar belakangPerlanggaran Kereta Api Odisha 2023 KemalanganPerlanggaran Kereta Api Odisha 2023 ResponsPerlanggaran Kereta Api Odisha 2023 ReaksiPerlanggaran Kereta Api Odisha 2023 RujukanPerlanggaran Kereta Api Odisha 2023BaleshwarFirozabadOdisha

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Puchong, SelangorRaja berperlembagaanLGBT dalam IslamFadlan HazimKuala TerengganuSungai TerengganuSelangorMydinZizan RazakSolat jamakIkan Sebelah LautElizabeth TanAaron AzizShah AlamOrang BanjarCinema (Slot TV3)Ahirine AhirudinProton SatriaPulau PinangGayatri Su-Lin PillaiWan SharmilaPilihan raya umum India 2024Frekuensi radio di KelantanZambry Abdul KadirSultan Nazrin Muizzuddin ShahRomantisismeProton WiraProton WajaLatOrang Melayu MalaysiaSenarai rancangan yang disiarkan oleh TV3Ashraf SinclairBruce GilleyMelayuIpohSistem SuriaSenarai penerima darjah kebesaran negeri Terengganu 2023Salahuddin al-AyyubiMenteri Pertahanan MalaysiaPerbadanan Tabung Pendidikan Tinggi NasionalMenteri Kesihatan MalaysiaBryan DomaniKata sendi (bahasa Melayu)Panglima Angkatan TenteraIbanPenguatkuasaan undang-undang di MalaysiaAsia TenggaraRujukan kehormatKedahBoBoiBoyNoor AzizahTeluk IntanJambatan Angkat Kuala TerengganuSenarai Yang di-Pertuan AgongJohan GhazaliRazarudin HusainKota BharuAngkatan Tentera MalaysiaPegawai Waran IISultan PerakKaum DusunKuala LumpurSultan Ibrahim ibni Sultan IskandarSerembanPeristiwa 13 MeiSarafOgy Ahmad DaudMalaysiaSenarai poskod di MalaysiaMy Lovely DriverEmpayar UthmaniyahBeto KusyairyTracie SinidolSoffi JikanAznil NawawiKamikaze (kugiran)Tuanku Abdul RahmanPegawai Waran🡆 More