Perayaan Kumpul Hasil

Hari Raya Pondok Daun (bahasa Ibrani: סוכות atau סֻכּוֹת Sukkot) atau Perayaan Pengumpulan Hasil antara perayaan utama umat Yahudi selain Shavuot dan Pesakh.

Ia diceritakan dalam kitab Taurat memanjatkan rasa syukur bagi hasil tuaian di tanah Israel selama tujuh hari bermula pada bulan purnama malam 15 Tisyri menurut takwim Yahudi antara bulan September dan Oktober dalam takwim Gregorius kini. Perayaan ini menumpu kepada pembinaan sebuah pondok sukkah yang khas. Pada masa perayaan ini, umat Yahudi berziarah ke Bait Allah di Yerusalem sambil membawa persembahan.

Perayaan Kumpul Hasil
Pondok yang digunakan dalam ritual Sukkot di Herzliya, Tel Aviv

Setiap keluarga Yahudi membina sebuah pondok berdinding tiga dan mempunyai bumbung yang diperbuat daripada pelepah kelapa dan dedaun pokok tertentu. Pondok-pondok tersebut disiapkan untuk menyambut tujuh tetamu utama dipercayai iaitu Avram/Ibrahim, Yitzhak/Ishak, Ya'aqov/Yakub, Moshe/Musa, Aharon/Harun, Yosef/Yusuf, dan Dawid/Daud yang dipercayai akan datang ke pondok yang dibuat itu selama perayaan tersebut berlangsung.

Kaum Samaria mempunyai cara yang sedikit berbeza dalam merayakan hari raya ini. Mereka membina sukkah di dalam rumah mereka. Selain itu, sukkah yang mereka bangun tidak mempunyai dinding, melainkan hanya bumbung tempat menggantung buah-buahan.

Perayaan Kumpul Hasil
Dedahan dedalu, kurma dan murad seikat serta sebiji buah utrujah yang utama dipakai rabai yang mengetuai dalam perayaan ini

Pemaknaan

Di dalam Alkitab, perayaan ini dimaknai sebagai perayaan musim menuai utama bangsa Yahudi (Keluaran 23 dan Ulangan 16), festival utama Bait Allah (Bilangan 29), dan sebagai peringatan bagi bangsa Israel mengenai pengembaraan yang mereka lakukan di padang pasir ketika keluar dari tanah Mesir (Imamat 29). pada masa pengembaraan, umat Israel tinggal dalam pondok-pondok sementara, yang pada perayaan ini direpresentasikan dengan sebuah pondok. dalam konsep sebagai perayaan musim menuai, perayaan ini menandakan berakhirnya musim menuai. Para petani datang ke Yerusalem bersama keluarganya untuk bersyukur atas hasil tuaian yang mereka terima. Selama masa pergi ke Yerusalem ini mereka tinggal di dalam pondok tersebut.

Pada masa Bait Allah masih berdiri, perayaan ini dilanjutkan dengan "Festival Mengambil Air" (Simhat Bet ha-Sho'evah). Lalu, dilaksanakan penuangan air ke atas altar sebagai sebuah permohonan akan datangnya hujan.

Rujukan

Tags:

Agama YahudiBahasa IbraniBait AllahOktoberPaskah YahudiPondokSeptemberShavuotTakwim GregoriusTakwim YahudiTauratYerusalem

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Nabi Ibrahim a.s.Hannah DelishaPerintah Kawalan Pergerakan Malaysia 2020-2021Perodua KancilPertubuhan Pribumi PerkasaAsiah binti MuzahimBank Negara MalaysiaTanam paksaKumpulan Wang Simpanan PekerjaZara ZyaGeografi JohorSultan Sharafuddin Idris ShahPutri JannahKK Super MartYang di-Pertuan AgongGrup Gerak KhasRoti johnUniversiti Sains MalaysiaDompet digitalFahmi FadzilDawoodi BohraGolongan kata (bahasa Melayu)SelambutPenjodoh bilangan bahasa MelayuSaifuddin Nasution IsmailKelayakan Piala Dunia FIFA 2026 – AFC Pusingan KeduaPulau PinangRindu Kasih 2PahangKeruntuhan Jambatan Francis Scott KeySifat-sifat AllahMinal 'Aidin wal-FaizinPersatuan Bulan Sabit Merah MalaysiaRaja Zarith SofiahDewan Negara MalaysiaJenis darahIndonesiaAzhan RaniSharifah HusnaBani IsraelBahasa LampungSenarai haiwanCopa América 2015Nur (drama)Hassanal BolkiahAwesome TVBaby ShimaWak DoyokBendera PalestinKata hubung (bahasa Melayu)Senarai saluran Astro NJOIChacha MaembongLaluan Kelana JayaMuhammad bin Idris al-SyafiiInna lillahi wa inna ilaihi raji'unBoBoiBoyMohd Safee Mohd SaliYang di-Pertua Negeri SarawakAaron AzizAyu RaudhahThe Original GangsterMatlamat Pembangunan MampanHinduismePasukan bola sepak kebangsaan MalaysiaLionel MessiNajua NasirDasar Ekonomi BaruInfrastrukturPembukaan Kota MekahFolikel buluKata ganti nama (bahasa Melayu)Trisha OoiKhir RahmanTuakHari Raya AidilfitriBella DowannaRevolusi PerindustrianAzzim Zahid🡆 More