Penyelidikan Asas

Penyelidikan asas, juga dipanggil sebagai penyelidikan tulen atau penyelidikan dasar, merupakan penelitian ilmiah yang bertujuan untuk memperbaiki teori ilmiah agar dapat memperbaiki persefahaman atau ramalan fenomena alamiah atau fenomena lain.

Penyelidikan terapan pula menggunakan teori ilmiah untuk mengembangkan teknologi atau teknik supaya mengantara dan mengubah fenomena alamiah atau fenomena lain. Penyelidikan asas yang seolah-olah selalu dipacu oleh sifat ingin tahu itu, menggalakkan pembaharuan ilmu terapan. Dua matlamat selalunya diselaraskan dalam penyelidikan dan pembangunan.

Walaupun banyak penemuan tidak dijangka, ilmu penemuan secara khususnya mencari penemuan dan selari dengan ilmu teori dan ilmu uji kaji, kini menjadi kunci kepada penyelidikan asas dan kadangkala dirancang dengan nyata.

Gambaran keseluruhan

Penyelidikan asas memajukan pengetahuan asas mengenai dunia. Penyelidikan asas menumpukan kepada menyangkal (tidak menyokong) atau menyokong teori yang menjelaskan fenomena yang diperhatikan. Penyelidikan tulen merupakan sumber kepada kebanyakan idea ilmiah terbaru dan cara pemikiran ilmiah terbaru mengenai dunia. Penyelidikan barangkali bercirikan penjelajahan, keperihalan, atau penjelasan; namun begitu, penyelidikan penjelasanlah yang paling biasa.

Penyelidikan asas menjana pembaharuan idea, prinsip, dan teori, yang tidaklah digunakan serta-merta tetapi membentuk asas kemajuan dan pembangunan dalam bidang berbeza. Komputer yang wujud pada hari ini, sebagai contoh, komputer tersebut tidak dapat wujud tanpa penyelidikan dalam matematik tulen yang dikendalikan sejak beberapa abad yang lalu, ketika tiada penerapan amali. Penyelidikan asas jarang sekali membantu pengamal secara langsung berkaitan kegelisahan harian mereka; namun begitu, penyelidikan asas merangsang cara pemikiran baru yang mempunyai kemampuan untuk mengubah secara menyeluruh dan mendadak serta menimbulkan kegemparan supaya memperbaiki cara pengamal menghadapi masalah pada masa depan.

Di Amerika Syarikat, penyelidikan asas mendapat pembiayaan sebahagian besarnya daripada kerajaan persekutuan dan disempurnakan sebahagian besarnya di universiti dan institut. Apabila pembiayaan kerajaan semakin berkurangan pada tahun 2010-an, pembiayaan persendirian semakin penting.

Ilmu asas lawan ilmu terapan

Ilmu terapan menumpukan kepada pembangunan teknologi dan teknik. Hal ini berbeza dengan ilmu asas yang membangunkan pengetahuan dan ramalan ilmiah, terutamanya dalam sains semula jadi selain turut terdapat dalam ilmu empirik lain, yang digunakan sebagai asas kepada asas ilmiah bagi ilmu terapan. Ilmu asas membangunkan dan menentukan maklumat untuk meramalkan fenomena dan mungkin juga memahami hakikat alam semula jadi, sedangkan ilmu terapan menggunakan sebahagian daripada ilmu asas untuk membangunkan campur tangan melalui teknologi atau teknik untuk mengubah peristiwa atau kesudahannya. Ilmu terapan dan ilmu asas boleh bersua muka begitu rapat dalam penyelidikan dan pembangunan. Bersua muka antara penyelidikan asas dengan penyelidikan terapan telah dikaji oleh Yayasan Sains Kebangsaan. Kajian itu dikendalikan untuk mengesan hubungan antara usaha penyelidikan ilmiah asas dengan pembangunan pembaharuan utama, seperti pil pencegah mulut dan alat perakam pita video. Kajian mereka mendapati penyelidikan asas memainkan peranan penting dalam pembangunan semua pembaharuan tersebut. Bilangan penyelidikan ilmu asas yang membantu pengeluaran pembaharuan tersebut mencapai kemuncaknya antara 20 hingga hingga 30 tahun sebelum pembaharuan itu berlaku. Meskipun kebanyakan pembaharuan berlaku dalam bentuk ilmu terapan dan berlaku di sektor swasta, penyelidikan asas diperlukan sebagai pelopor kepada hampir semua ilmu terapan dan pembaharuan. Kira-kira 76% daripada penyelidikan asas dikendalikan oleh universiti.

Pembezaan dapat dibuat antara ilmu asas dengan disiplin ilmu seperti perubatan dan teknologi. Mereka boleh dikelompokkan sebagai STM (sains, teknologi, dan perubatan; bukan untuk dikelirukan dengan STEM (sains, teknologi, kejuruteraan, dan matematik) atau STS (sains, teknologi, dan masyarakat). Kelompok ini saling berkaitan dan mempengaruhi satu sama lain, walaupun mereka berbeza dalam hal spesifik seperti kaedah dan piawaian.

Hadiah Nobel mencampurkan ilmu asas dengan ilmu terapan untuk kategori anugerah Fisiologi atau Perubatan. Berbeza pula dengan Royal Society of London yang mengasingkan sains semula jadi daripada sains gunaan.

Fizik

"Ilmu asas" atau "ilmu dasar" mungkin juga merujuk kepada fizik. Dalam falsafah ilmu, cabang ilmu yang sering diperihalkan seperti fizik dasar merupakan asas yang tersembunyi pada perkara lain, dipanggil ilmu istimewa, yang bersandarkan kepada prinsip yang didapati daripada dan boleh dikurangkan kepada fizik dasar. Dalam kesatuan ilmu yang sesuai, ilmu istimewa menyiasat bidang yang mana entiti dan undang-undang muncul daripada identiti fizik asas yang sesuai. Ilmu asas juga turut digunakan untuk merujuk kepada sains semula jadi secara umum, berbanding dengan sains sosial dan sains gunaan.

Sedangkan fizik asas mencari undang-undang ketetapan sejagat, ilmu istimewa selalunya termasuklah undang-undang ceteris paribus, meramalkan secara tepat dari kemungkinan tinggi ketika "keadaan biasa" atau "dengan hal-hal lainnya tetap sama", tetapi memiliki pengecualian. Walaupun tanpa pengecualian, undang-undang kimia barangkali dikurangkan kepada fizik asas—kepada mekanik kuantum dan kemudian elektrodinamik kuantum Menghubungkan ilmu fizikal dengan ilmu biologi melalui biokimia, dan mempengaruhi ilmu secara umum, kimia dilihat sebagai ilmu pusat.

Lihat juga

  • Blue skies research
  • Hard and soft science
  • Normative science
  • Matematik tulen

Rujukan

Tags:

Penyelidikan Asas Gambaran keseluruhanPenyelidikan Asas Ilmu asas lawan ilmu terapanPenyelidikan Asas FizikPenyelidikan Asas Lihat jugaPenyelidikan Asas RujukanPenyelidikan Asas Bacaan lanjutPenyelidikan AsasPenyelidikan dan pembangunan

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

QiamullailKhamis PutihPrivate BodyguardBaju kurungKerajaan Bani UmaiyahPerceraian dalam IslamPertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17Perlembagaan MalaysiaPasukan bola sepak kebangsaan YamanJabatan dan agensi kerajaan MalaysiaNombor dalam budaya CinaBola sepakTabbyAlissonMustapha KamalMasjid al-AqsaSlot MegaDramaAli bin Abi TalibSophia AlbarakbahKanun PerubatanMat KilauFalsafah Pendidikan MalaysiaSejarah MelakaNegeri-negeri Melayu Tidak BersekutuMy Lovely DriverSenarai bandar bagi setiap negeri di Malaysia mengikut populasiFauzi NawawiMohd Noor Helmy Abdul HalemLiga Negara-Negara UEFA 2020–21RakaatAmen KhalidSarimah IbrahimReading, BerkshirePersekutuan Pengakap MalaysiaHero Remaja100 PLUSM. NasirAngel (penyanyi)Sungai Batu, KedahShakilla KhoririKata ganti diriPeleNajua NasirSenarai Saintis IslamRukun solatPendidikan di MalaysiaUniversiti Islam Antarabangsa MalaysiaAliff Dalam 7 DimensiInfrastrukturMyKadAzan dan iqamatMeerqeenGerak Khas The MovieUlul AzmiKanadaArgentinaSyed Zainal Abidin Syed Mohd TahirLimau nipisTauratBola tamparSelangorAmazon (syarikat)Khulafa al-RasyidinBelandaIsu kalimah Allah pada stoking 2024RamadanJakartaAlor SetarJalaluddin HassanPerodua MyViGua HiraKebudayaan MalaysiaZakat fitrahSiti HariesaPaskah YahudiELingga (Hindu)🡆 More