Parti Demokratik Progresif atau Progressive Democratic Party (PDP), merupakan sebuah parti politik tempatan yang ditubuhkan serta didaftarkan secara rasmi pada 9 November 2002, dan parti ini juga merupakan parti serpihan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP).
Ini disebabkan oleh wujudnya perbalahan antara pucuk pimpinan dalam Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) yang melibatkan pihak pembangkang sehingga mengakibatkan ramai ahli SNAP bertindak keluar parti, dan bersepakat menubuhkan Parti Demokratik Progresif (PDP) yang diterajui oleh presiden parti ketika itu, Tan Sri Datuk William Mawan Ikom. Dan parti politik ini aktif berkhidmat sehingga kini.
Progressive Democratic Party Parti Demokratik Progresif | |
---|---|
Nama Chinese | 民主进步党 Mínzhǔ jìnbù dǎng |
Nama Malay | Parti Demokratik Progresif |
Singkatan | PDP |
Presiden | Dato' Sri Tiong King Sing |
Setiausaha agung | Anyi Ngau |
Timbalan Presiden | Henry Harry Jinep |
Ditubuhkan | 2002 |
Pecahan |
|
Ibu pejabat | Lot 158, 159 & 160, Seksyen 20, KTLD 9F/9G/9H, Jalan Badruddin, 93400 Kuching, Sarawak |
Keanggotaan | 167,950 (April 2024) |
Ideologi | • Regionalisme • Nasionalisme Sarawak • Demokrasi sosial • Hak ekonomi Sarawak • Hak kebajikan rakyat • Hak Perjanjian Malaysia 1963 • Pemikiran bebas rakyat • Konservatisme sosial • Konservatisme ekonomi |
Kedudukan politik | Tengah ke tengah kiri |
Penggabungan kebangsaan | • Barisan Nasional (2002–2018) • Gabungan Parti Sarawak (2018–kini) (masih aktif) • Gabungan Perpaduan PH–BN (2022–kini) (rakan gabungan) |
Warna | Blue, yellow |
Dewan Negara: | 1 / 70 |
Dewan Rakyat: | 2 / 222 |
Dewan Undangan Negeri Sarawak: | 5 / 82 |
Politik Malaysia Parti politik Pilihan raya |
Pada pertengahan tahun 2002, Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) sekali lagi mengalami krisis dalaman parti berkenaan, apabila pemangku presiden SNAP waktu itu, Datuk Amar James Wong Kim Min, bertindak memecat bendaharinya yang juga merupakan ahli parlimen Bintulu, Tiong King Sing pada bulan April 2002 atas sebab tindakan disiplin sekaligus mencetuskan krisis kepimpinan dan perpecahan parti yang mengakibatkan perpecahan antara dua puak. Satu puak diterajui oleh pemangku presiden James Wong dan timbalan presiden SNAP ketika itu, Peter Tinggom. Manakala satu puak lagi diketuai oleh naib presidennya yang berimpian tinggi, Tan Sri Datuk William Mawan Ikom.
Krisis perpecahan yang berlaku ini telah mengakibatkan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) yang juga merupakan parti tertua negeri Sarawak selama 41 tahun, secara rasminya dibatalkan pendaftarannya pada 5 November 2002 oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS). Pada masa yang sama, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) tidak lagi diisytiharkan sebagai parti politik yang sah dan diwartakan sebagai pertubuhan politik yang tidak berdaftar.
Susulan pembatalan pendaftaran baharu parti SNAP, bekas naib presiden parti berkenaan, Tan Sri Datuk William Mawan Ikom akhirnya bersetuju untuk menubuhkan sebuah parti politik tempatan baharunya iaitu Parti Demokratik Progresif Sarawak atau dikenali sebagai Progressive Democratic Party (PDP), yang merupakan parti serpihan baharu daripada parti lamanya, Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP). PDP telahpun didaftarkan serta diluluskan pendaftarannya oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 9 November 2002, iaitu 4 hari kemudian selepas ROS bertindak membatalkan pendaftaran SNAP.
Parti Demokratik Progresif Sarawak (PDP) kini diterajui oleh presiden baharu yang juga merupakan bekas bendahari SNAP dan ahli parlimen Bintulu, Dato' Sri Tiong King Sing. Pada pilihan raya umum negeri Sarawak tahun lalu (PRU DUN Sarawak 2021), PDP berjaya memperoleh lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.
Pada pilihan raya negeri Sarawak 2016, PDP berjaya memperoleh 3 kerusi di peringkat Dewan Undangan Negeri Sarawak.
Manakala melalui pilihan raya umum Malaysia 2013, PDP berjaya memperoleh 2 kerusi di peringkat parlimen.
Pada pilihan raya umum DUN Sarawak 2021, PDP mencatatkan kemenangan mutlak dengan memperoleh 5 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.
Lantikan | Tempoh | Ahli | Catatan |
---|---|---|---|
Yang di-Pertuan Agong | 5 Mac 2024 - 4 Mac 2027 | Pele Peter Tinggom, YB Tuan |
Negeri | Bil. | Parlimen | Penyandang | Catatan | ||
---|---|---|---|---|---|---|
Sarawak | P217 | Bintulu | Tiong King Sing, YB Dato' Sri | Menteri Pelancongan Malaysia | ||
P220 | Baram | Anyi Ngau, YB Tuan | ||||
Jumlah | Sarawak (2) |
• N39 Krian: Friday anak Belik (PN–PDP)
• N48 Meluan: Rolland Duat Jubin (PN–PDP)
• N52 Dudong: Dato' Sri Tiong King Sing (PN–PDP)
• N76 Marudi: Datu Dr. Penguang Manggil (GPS–PDP)
This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article Parti Demokratik Progresif, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses.
®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.