Oliver Neuville

Oliver Patric Neuville (lahir 1 Mei 1973) merupakan pemain bola sepak bersara Jerman yang bermain di posisi penyerang.

Oliver Neuville
Oliver Neuville
Maklumat peribadi
Nama penuh Oliver Patric Neuville
Tarikh lahir (1973-05-01) 1 Mei 1973 (umur 50)
Tempat lahir Locarno, Switzerland
Ketinggian 1.71 m (5 ka 7 in)
Posisi permainan Penyerang
Kerjaya remaja
1979–1990 US Gambarogno
1991–1992 Locarno
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1992–1996 Servette 108 (41)
1996–1997 Tenerife 33 (5)
1997–1999 Hansa Rostock 50 (22)
1999–2004 Bayer Leverkusen 165 (42)
2004–2010 Borussia M'gladbach 151 (42)
2010 Arminia Bielefeld 12 (2)
Jumlah 519 (154)
Pasukan kebangsaan
1998–2008 Jerman 69 (10)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Neuville telah mengumpul 69 kaps untuk Jerman sepanjang 10 tahun beliau bermain untuk pasukan itu. Beliau juga telah bermain dalam dua edisi Piala Dunia dan Euro 2008.

Kerjaya kelab

Neuville telah dilahirkan di Locarno, Switzerland. Bapa beliau merupakan orang Jerman yang berasal dari Aachen manakala ibu beliau pula merupakan orang Itali dari daerah Calabria. Neuville memulakan kerjaya profesionalnya bersama kelab Servette FC. Pada musim keduanya di divisyen teratas Switzerland, eliau menjaringkan 16 gol dan membantu kelabnya untuk menjuarai kejuaraan liga selepas penantian sembilan tahun.

Pada musim 1996-97, Neuville bermain untuk CD Tenerife di Sepanyol. Beliau menjaringkan lima gol dalam 1,885 minit dan berjaya membantu pasukan Kepulauan Canary itu ke tempat kejohanan Eropah. Malah, pasukannya layak ke separuh akhir dalam Piala UEFA. Selepas itu, beliau berpindah ke Jerman untuk menandatangani kelab FC Hansa Rostock dan menjaringkan lapan gol dalam musim debutnya di Bundesliga. Pasukan dari Jerman Timur itu menduduki tempat keenam liga.

Neuville menandatangani kelab Bayer Leverkusen pada musim panas 1999 dan menjadi penyerang sensasi kelab. Beliau menjaringkan 28 gol dari tahun 2000 sehingga 2002 dan lima gol dalam kemunculan Liga Juara-Juara 2001-02. Leverkusen di tempat naib juara di belakang Real Madrid.

Pada usia 31 tahun, Neuville sertai Borussia Mönchengladbach untuk musim 2004-05 secara percuma. Pada 17 Oktober 2004, beliau menjaringkan gol kontroversi melalui tangan pada perlawanan menang 2-0 ke atas 1. FC Kaiserslautern. Disebabkan itu, beliau digantung dua perlawanan. Beliau menjaringkan 22 gol dalam dua musim pertamanya. Namun, untuk musim ketiganya, Monchengladbach telah turun ke 2. Bundesliga selepas gagal menunjukkan prestasi terbaik di Bundesliga. Pada musim itu juga, beliau mengalami kecederaan.

Neuville kembali ke skuad pada musim 2007-08 dengan menjaringkan 15 gol untuk membantu Borussia maju ke Bundesliga. Beliau membuat kemunculan terakhir Bundesliga pada musim 2009-10 menentang pasukan lama, Bayer Leverkusen.

Neuville merancang apabila beliau ingin menjadi jurulatih remaja Borussia Mönchengladbach. Walau bagaimanapun, beliau ingin bermain setahun lagi dan menandatangani kelab Arminia Bielefeld di 2. Bundesliga. Namun, hanya selepas sebulan bermain, beliau mengumumkan bersara pada usia 37 tahun.

Kerjaya antarabangsa

Neuville membuat debut antarabangsa untuk pasukan kebangsaan Jerman pada 2 September 1998 pada perlawanan persahabatan menentang Malta. Beliau menggantikan Mario Basler pada 15 minit terakhir, Jerman menang 2-1.

Sebelum Neuville menuju untuk mengumpul 69 kaps bersama 10 gol, beliau sebahagian daripada skuad yang merupakan naib juara Piala Dunia FIFA 2002. Selain itu, beliau menjaringkan gol kemenangan Jerman pada pusingan 16 menentang Paraguay, 1-0.

Selepas terlepas daripada pemilihan skuad UEFA Euro 2004, Neuville yang menggantikan Lukas Podolski menjaringkan gol pada masa kecederaan pada perlawanan kedua peringkat kumpulan Piala Dunia 2006 menentang Poland. Beliau menerima hantaran lintang oleh David Odonkor terus merembat lalu mengalahkan penjaga gol lawan, Artur Boruc. Beliau tidak menjaringkan gol lagi untuk Jerman sehingga 31 Mei 2008, beliau menjaringkan gol pada perlawanan persahabatan menentang Serbia. Selepas kejohanan Euro 2008, beliau mengumumka persaraan daripada bola sepak antarabangsa pada usia 35 tahun.

Gol antarabangsa

# Tarikh Lokasi Pasukan lawan Skor Keputusan Kejohanan
1. 31 Mac 1999 Nuremberg, Jerman Oliver Neuville  Finland 2–0 2–0 Kelayakan Euro 2000
2. 14 November 2001 Dortmund, Jerman Oliver Neuville  Ukraine 2–0 4–1 Kelayakan Piala Dunia 2002
3. 27 Mac 2002 Rostock, Jerman Oliver Neuville  Amerika Syarikat 2–1 4–2 Persahabatan
4. 15 Jun 2002 Seogwipo, Korea Selatan Oliver Neuville  Paraguay 1–0 1–0 Piala Dunia FIFA 2002
5. 8 Oktober 2005 Istanbul, Turki Oliver Neuville  Turki 1–2 1–2 Persahabatan
6. 22 Mac 2006 Dortmund, Jerman Oliver Neuville  Amerika Syarikat 2–0 4–1 Persahabatan
7. 27 Mei 2006 Freiburg, Jerman Oliver Neuville  Luxembourg 6–0 7–0 Persahabatan
8. 7–0
9. 14 Jun 2006 Dortmund, Jerman Oliver Neuville  Poland 1–0 1–0 Piala Dunia FIFA 2006
10. 31 Mei 2008 Gelsenkirchen, Jerman Oliver Neuville  Serbia 1–1 2–1 Persahabatan

Penghargaan

Kelab

    Servette
  • Liga Super Switzerland: 1993-94
    Bayer Leverkusen
    Borussia Mönchengladbach
  • 2. Bundesliga: 2007–08

Antarabangsa

    Jerman

Catatan

Pautan luar

Tags:

Oliver Neuville Kerjaya kelabOliver Neuville Kerjaya antarabangsaOliver Neuville PenghargaanOliver Neuville CatatanOliver Neuville Pautan luarOliver Neuville

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Dawoodi BohraNabiPerbadanan Tabung Pendidikan Tinggi NasionalDaerah di SabahMediaTV3InfrastrukturFalsafah Pendidikan MalaysiaAmir AhnafNabi Isa a.s.Hukum Kanun MelakaWikipediaLembah BujangKata kerjaSejarahPerlisTengku Hassanal Ibrahim Alam ShahSepahtu Reunion LiveKeruntuhan Jambatan Francis Scott KeyNegeri-negeri Melayu BersekutuWinai KraibutrHari GawaiSolat Sunat Tahiyyatul MasjidAisyah Abu BakarJenis darahPiala Dunia FIFA 2010Rangka manusiaRaihanIsham JalilSenarai kata pinjaman bahasa MelayuKulitKugiran MasdoEPembukaan Kota MekahDewan Negara MalaysiaOrang India MalaysiaJibrailKata ganti diriIkan bandarayaCopa América 2021Wawa ZainalPeristiwa Kampung MedanPlat pendaftaran kenderaan MalaysiaSelambutSe7en (filem 1995)KL GangsterNabi Harun a.s.Tony EusoffSolat hajatAedy AshrafAmpangKerajaan TarumanagaraSultan JohorAbang Johari Tun OpengDugongEman MananBismillahAlgeriaMenteri Dalam Negeri MalaysiaGua HiraJohorAnak Perjanjian SyaitanBendaharaFattah AminKecerdasan buatanUndang-undangFalsafahBatuk kokolPuteri Gunung LedangZarina ZainoordinKadet Remaja Sekolah MalaysiaPenjodoh bilangan bahasa MelayuKanun KeseksaanSyirikAisha Retno18 Puasa di Kampong PisangDe Fam🡆 More