Phatthida Patcharawirapong (Bahasa Thai: ภัทรธิดา toพัชรวีระพงษ์code: th is deprecated , nama sebenar Patthida Patcharawirapong (ภัทรธิดา พัชรวีระพงษ์); 13 September 1984 – 24 Februari 2022) atau lebih dikenali sebagai watermelon (แตงโม) ialah seorang pelakon, model, penyanyi, pengacara, pelumba kereta, dan usahawan wanita terkenal di Thailand.
Beliau memulakan kerjaya sebagai pelakon pada tahun 2003 sebagai watak Nak dalam filem Ghost of Mae Nak dan lakonan beliau yang terkenal ialah watak utama Claudia dalam drama bersiri Bangkok Love Stories: Innocence yang ditayangkan di Netflix dan beliau juga memegang watak utama sebagai Maneeyong dalam drama bersiri Sparkling Sand dan watak sampingan dalam drama The Fallen Leaf, sebagai Rangrong Siriwat. Kontroversi dan misteri kematian beliau menjadi kes berprofil tinggi yang menjadi perhatian seluruh dunia sehingga menyebabkan Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-o-cha, Ahli Parlimen Tae Mongkolkit dan Dr Pornthip menggesa pasukan Polis Diraja Thailand dan Jabatan Siasatan Khas (DSI) untuk mempercepat siasatan bagi mengelakkan kekeliruan orang ramai berkenaan kes kematiannya.
Phatthida Patcharawirapong | |
---|---|
ภัทรธิดา พัชรวีระพงษ์ | |
Kelahiran | watermelon Patcharawirapong 13 September 1984 |
Meninggal dunia | 24 Februari 2022 Mueang Nonthaburi, Wilayah Nonthaburi, Thailand | (umur 37)
Sebab kematian | Mati lemas akibat kecuaian |
Nama lain | Pataratida Pacharawirapong Phatthida Pacharawirapongwatermelon (tembikai) |
Pendidikan | Thai Christian School Demonstration School Ramkhamhaeng University (Secondary Division) Pensmith School Bangkok N.A. Muangthong Thani School |
Pusat pendidikan | Graduate of Arts Program Major in Social Leadership, Business and Politics, College of Social Innovation, Rangsit University |
Pekerjaan | Pelakon Model Penyanyi Pengacara Pelumba kereta Usahawan |
Tahun aktif | 1998–2022 |
Terkenal kerana | Nak dalam Ghost of Mae Nak Claudia dalam Bangkok Love Stories Innocence Maneeyong dalam Sparkling Sand Rangrong Siriwat dalam The Fallen Leaf |
Ketinggian | 168 cm (5 ka 6 in) |
Pasangan | Phakin Khamvilaisak “watermelon” (k. 2013–2015) |
Rakan kongsi domestik | Dodge, Ken Kasper, Bird |
Anak-anak | Easter (anak angkat) |
Ibu | Panida Siriyudthayothin |
Bapa | Sophon Patcharawirapong |
Hubungan | Dayos Detjob (abang tiri) |
Nida dilahirkan di Hospital Prommitr, Bangkok pada 13 September 1984. Beliau merupakan cahaya mata dan anak tunggal kepada bapanya, Sophon Patcharawirapong seorang yang berketurunan Cina-Thaidari Wilayah Phuket dan ibunya, Panida Sirayuthyothin, bekas pelakon, model dan ratu cantik dari Wilayah Lopburi. Bapa dan ibunya bercerai ketika Nida berusia tiga tahun dan beliau dibesarkan oleh bapanya, Sophon yang telah berkahwin semula dan bercerai kali kedua. Panida pula telah berkahwin semula dengan seorang diplomat Thailand di Switzerland dan melawat Nida secara berkala. Pelakon Pussorn Boonyakiat menganggap Nida sebagai anak angkatnya sendiri.
Nida merupakan seorang beragama Kristian aliran mazhab Protestan dan seorang ahli Church of Happiness (Bergabung dengan United Baptist Churches di Thailand). Nama kelahirannya ialah "Tangmo Patcharawirapong", kemudian beliau menukar namanya beberapa kali. Pertama, beliau menukar namanya kepada "Patthida" dan menggunakan nama "Nida" sebagai nama pentas dalam industri hiburan sempena menghargai ibunya sehingga Oktober 2021 beliau menukar namanya semula kepada "Patthida" atas nasihat Kachapha Tancharoen. Menerusi temubual dalam rancangan Yingsak Yingsap, beliau membenarkan orang awam memanggilnya kedua-dua nama "Nida" dan "Patthida" demikian. Nama Tangmo bermaksud tembikai dan merupakan panggilan mesra oleh ibu bapa beliau sejak berusia 3 tahun.
Nida menamatkan pendidikan rendahnya di Christ Thamma Sueksa School (kini dikenali sebagai Thai Christian School). Kemudiannya, beliau menyambung pelajaran menengah rendah di Demonstration School Ramkhamhaeng University (Secondary Division) dan menengah tinggi di Pensmith School, sekolah yang sama dengan Savika Chaiyadej dan Apichet Kittikorncharoen, yang juga penyanyi dan pelakon terkenal di Thailand.
Seterusnya, beliau melanjutkan pelajaran ke menara gading dan berjaya memenuhi impiannya sejak kecil untuk menjadi lulusan mahasiswi pembantu jururawat (nursing assistant) bertauliah di sebuah kolej kejururawatan di Bangkok iaitu N.A. Muangthong Thani School. Atas jasa pernah berkhidmat sebagai pembantu jururawat di Bangkok sambil berkecimpung dalam industri hiburan, sebagai penghormatan terakhir, rakan Nida, Anna bersama rakan-rakan jururawat Nida telah menyumbangkan dana sebanyak RM76,000 bersamaan TH฿600,000 beberapa van dan ambulans yang diubahsuai warna merah jambu di dalamnya dan bertampalkan poster Nida. Anna juga menyumbangkan keranda yang berukiran bunga khas untuk menyimpan jenazah Nida selama mana bedah siasat dijalankan.[1]
Beliau juga melanjutkan pelajaran dan memegang Ijazah Sarjana Muda dalam Kepimpinan Sosial, Perniagaan dan Politik dan merupakan alumni Rangsit University 's College of Social Innovation dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK), 3.41 bersama pelakon Mo Amena.
Nida berkecimpung dalam industri hiburan semasa belajar pada tahun pertama sekolah menengah. Pada suatu hari, Nida sedang membeli-belah di sebuah kedai serbaneka. Kemudian, datang seorang pengakap menjemput untuk bekerja dengannya dan menghulur kad perniagaan. Nida pergi untuk temuduga tersebut dan berjaya. Maka, di sini mulanya beliau bekerja dan membuat penggambaran model iklan pada tahun 1998.
Selepas itu, Nida berpeluang membintangi drama televisyen buat kali pertama dalam drama "Prissana" yang disiarkan di Channel 7 HD dan memegang watak sebagai heroin daripada beberapa babak. Kemudian pada tahun 2002, Nida telah menyertai Pertandingan Ratu Cantik Miss Teen Thailand dan merupakan peserta nombor 17 dan menjadi finalis sehingga memenangi tempat keempat.
Bintang Nida mula menyinar apabila beliau berlakon dalam drama " Benja Keita Love " dan drama ini merupakan karya pertama yang beliau lakonkan dalam drama penuh. Beliau juga menyanyi dalam kumpulan Pop Girls dalam drama bersiri ini bersama Faew Fah Sudswing Ringo dan Saikhwan Hannongbua. Pelakon-pelakon drama bersiri ini hadir dalam majlis upacara pemakaman Nida sebagai penghormatan terakhir.
Kejayaan
Drama yang menjadikannya terkenal sehingga menjadi heroin utama Channel 7 HD ialah cerita "Un Ai Rak" Siri Kantima. Beliau juga berlakon dalam filem Ghost of Mae Nak pada tahun 2005 dan memecah panggung hingga ke peringkat antarabangsa pada ketika itu. Hasil kejayaan drama ini telah menyebabkan Nida memperoleh Anugerah Teratas untuk Pelakon Baharu Popular dan dicalonkan untuk banyak lagi anugerah pada awal kerjayanya sebagai model, penyanyi dan pelakon.
Selama menjadi model majalah, Nida telah menjadi tumpuan lebih 50 muka depan majalah. Beliau sering menjadi duta produk kecantikan dan pakaian berjenama antarabangsa terkenal di Thailand. Nida juga mempunyai jenama produknya yang tersendiri iaitu, Adenn.
Selama berkecimpung dalam industri hiburan, beliau telah membintangi lebih daripada 38 drama bersiri Thailand, 4 filem dan 7 acara televisyen di antaranya adalah The Masked Singer. Dalam rancangan nyanyian terkenal itu, Nida memperagakan pakaian jururawat kerana beliau merupakan bekas pembantu jururawat bertauliah di sebuah kolej kejururawatan di Bangkok. Beliau juga selalu melibatkan diri dalam pementasan teater. Jumlah keseluruhan nilai bersih Nida dalam industri hiburan sepanjang hayatnya adalah RM19.7 juta bersamaan TH฿155 juta dan AS$4.5 juta.
Kemalangan
Pada 6 April 2007, Nida mengalami kemalangan ketika memandu keretanya pulang dari sesi penggambaran drama. Beliau memandu Volkswagen di lebuh raya dengan kelajuan tinggi tanpa memakai tali pinggang keledar dan mengalami tidur mikro. Keretanya hilang kawalan lalu terbalik namun Nida berjaya menyelamatkan diri dengan melompat keluar dari keretanya. Akibat daripada kemalangan, Nida mengalami kecederaan sehingga terpaksa menjalani pembedahan plastik di mukanya.
Kontroversi
Pada pertengahan tahun 2010, Nida telah diboikot oleh media Thailand kerana sentiasa menunjukkan kemarahan dan bersifat agresif semasa sidang media berlangsung. Insiden berjaya dileraikan apabila Nida melakukan permohonan maaf kepada media massa melalui telesidang video kepada wartawan.
Memilih Menjadi Pelakon Bebas
Pada 2014, Nida membatalkan kontraknya bersama Channel 7 HD dan membuat keputusan untuk menjadi pelakon bebas dan berdikari selepas 11 tahun berlakon di bawah naungan syarikat penyiaran tersebut.
Akhir Hayat
Terdapat juga tawaran berlakon yang ditolak oleh Nida iaitu Krasue Lam Sing dan Sisa Marn pada tahun 2021. Drama televisyen terakhir Nida sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir dalam tragedi yang tidak terduga itu ialah "Khun Chai" di Channel One, yang masih belum selesai sesi penggambaran. Kesemua babak yang mengandungi Nida terpaksa dibuang dan dilakonkan semula dari awal oleh pelakon baharu. Pengarah drama itu telah memilih pelakon senior muslim Thai, Nur Ayna Panward 'Pei' Hemmanee untuk menggantikan tempat Nida yang memegang watak antagonis dalam drama itu.[2]
Pada 24 Februari 2022, Nida terlibat dalam satu kemalangan bot di Sungai Chao Phraya, Provinsi Nonthaburi pada sekitar 10:30 malam (waktu tempatan) ketika mengambil gambar di kawasan Jambatan Rama VII di situ, disyaki akibat terjatuh dari bot itu. Operasi pencarian dimulakan pasukan penyelamat pada tengah malam. Pada 1:00 petang 26 Februari, pasukan penyelamat berjaya menemui figura mayat wanita terapung di kawasan Jeti Pibulsongkhram 1 berdekatan. Mayat itu kemudian disahkan sebagai mayatnya oleh orang rapat (ibu dan abang Nida) sebelum dibawa ke prasarana forensik polis tempatan bagi tujuan bedah siasat. Hasil bedah siasat mendapati Nida mati akibat lemas, dengan kesan cedera di bahagian betisnya, tetapi tidak dikatakan berpunca daripada sebarang perkelahian. Susulan itu, dua orang (pemilik dan pemandu bot) ditahan, tetapi diikat jamin kemudian. Ibu Nida pula bersetuju untuk menerima pampasan sebanyak TH฿30 juta baht atas kematian anaknya daripada pihak bertanggungjawab.
Insiden ini menjadi hangat di seluruh Thailand apabila diperkatakan ada unsur-unsur jenayah terlibat dalam kes ini, terutamanya berkenaan kenyataan daripada ibu Nida yang mengesyaki ada unsur sebegitu sejak awal kes. Insiden itu turut disyaki dicemari dakwaan pihak berkuasa yang dikatakan tunduk kepada golongan elit tempatan. Pembayaran pampasan terhadap ibu Nida juga turut dikecam sebilangan warga Thailand kerana dilihat mahu menyembunyikan dakwaan unsur jenayah yang diperkatakan.
Siasatan Ditutup
Pada 26 April 2022, Polis Diraja Thai telah menamatkan siasatan dan menolak sebarang kemungkinan dan andaian bahawa tiada unsur jenayah melibatkan kematian Tangmo, dan mendakwa enam orang atas kecuaian termasuk memberi kenyataan palsu dan menyembunyikan bukti untuk membantu pesalah. Enam orang suspek yang didakwa itu ialah Idsarin Juthasuksawat (Gatick) pengurus peribadi Nida, Wisapat Manomairat (Sand), Thanupat Leertaweewit(Por) pemilik bot yang cuai, Paibul Trikanchananan (Robert), Nitas Kiratisoothisathorn (Job) dan seorang lelaki yang didakwa bertindak sebagai penasihat yang dikenali sebagai ‘M’ atau ‘Peem’.
Pegawai penyiasat mengesahkan bahawa Nida terjatuh dari bahagian bot laju dan terkena bebaling kipas sebelum lemas di Sungai Chao Phraya berdasarkan kepada keputusan bedah siasat kali kedua yang diminta oleh ibunya, Panida atas tubuh Nida. Bedah siasat pertama adalah atas permintaan polis dan menteri-menteri yang mengambil berat akan kes ini.
Media Sosial Digodam
Pada 22 Mei 2022, 3 bulan selepas tragedi yang menimpa dirinya dan beberapa hari sebelum jenazah Nida akan dibakarkan, ada pihak yang tidak bertanggungjawab telah menggodam Instagram milik kucing peliharaan Nida. Laman Facebooknya turut digodam dan menjadi tular serta mengejutkan seluruh warga maya. Facebook dan Instagram tersebut telah membuat hantaran gambar seorang wanita menelan ubat serta beberapa gambar atas bot dan mendedahkan bukti-bukti baharu serta membuat hantaran status mengugut suspek-suspek untuk berterus-terang dan memberitahu perkara yang sebenar kepada seluruh dunia mengenai apa yang berlaku di atas bot pada hari kejadian.
Pesuruhjaya Biro Penyiasat Jenayah Siber, Leftenan Jeneral Kornchai Khlailueng menyimpulkan bahawa ada beberapa orang penggodam yang telah menggodam akaun i-Cloud milik Nida setelah menjalankan penyiasatan. Hal ini telah menyebabkan aktivis, Atchariya Ruangrattanapong memohon Jawatankuasa Senat Bahagian Perlindungan Hak Asasi, Kebebasan Bersuara dan Hal Ehwal Pengguna untuk menjalankan siasatan tulus dan menyeluruh terhadap tompokan kesan darah dan beberapa bukti baharu seperti pasir hasil daripada besah siasat dan juga segala apa yang telah dibongkarkan oleh penggodam tersebut. Beliau juga mendakwa mempunyai bukti wujudnya serangan fizikal atas Nida yang menjurus kepada pembunuhannya dan memohon Somchai Sawangkam iaitu Pengerusi Panel Jawatankuasa Senat itu untuk menggesa Menteri Kehakiman mengarahkan Jabatan Siasatan Khas (DSI) untuk menjalankan siasatan dengan jujur dan telus kepada seluruh dunia mengenai kes pembunuhan Nida.
Majlis Pembakaran Jenazah Mendiang Nida
Pada 24 Mei 2022, setelah 3 bulan dan menjalankan dua bedah siasat, majlis pembakaran jenazah Nida diadakan di sebuah gereja di Rangsit Methodist Church di Wilayah Pathum Thani. Media Thailand melaporkan hanya dihadiri 150 tamu di gereja tersebut iaitu pihak keluarga dan sahabat terdekatnya. Keputusan itu berdasarkan pertimbangan protokol SOP kesihatan di Thailand. Menurut laporan ThaiPBS, pembakaran jenazah Nida ini sekaligus membatalkan permohonan bedah siasat yang lebih lanjut atas tubuh mendiang.
Pada 2010, Tangmo Nida pernah bercinta dengan ahli kugiran BMIX, Phantawat Boolwej atau lebih dikenali sebagai Dodge. Gambar mesra mereka telah dibocorkan di Internet menjadi buah mulut media massa Thailand. Akibat daripada kontroversi ini, Dodge dilarang melakukan pertunjukan oleh agensinya, RS Promotion dan mereka berpisah.
Namun demikian pada tahun 2013, Nida telah berkahwin dengan Phakin Khamvilaisak (lebih dikenali sebagai Tono) iaitu seorang penyanyi, pelakon dan pemain bola kebangsaan setelah mereka mengenal hati budi selama 6 bulan. Namun, peminat tidak dapat menerima hakikat percintaan mereka sehingga mereka bercerai setelah melayar bahtera perkahwinan selama 3 tahun. Hal ini menyebabkan Nida mengalami kemurungan sehingga melakukan percubaan bunuh diri. Beliau dimasukkan ke hospital akibat mengambil pil tidur dengan dos yang berlebihan. Perutnya berjaya dicuci setelah dirawat beberapa hari.
Selepas bercerai dengan Tono, Nida menjalinkan hubungan mesra dengan Ken Kasper. Hal ini terkantoi apabila Nida sering ditangkap keluar senyap-senyap oleh kawan-kawannya. Nida dan Ken Kasper sering menghabiskan masa bersiar-siar atau makan di restoran bersama-sama. Namun demikian, hubungan mereka tidak berkekalan lama. Nida kemudiannya menjalinkan hubungan mesra dengan Bird.
Keluarga, Kucing-kucing & Kawan-kawan di Media Sosial
Pada masa yang sama, Nida mengambil anak angkat perempuan bernama Easter daripada pengurus peribadinya, Gatick (yang juga terlibat sebagai suspek pembunuhannya) dan bercinta bersama Bird iaitu kekasih keempatnya, sehingga ke akhir hayatnya.
Beliau sering membuat hantaran di media sosial bersama Bird, Easter, Anna, Hippo, Mo Amena, dan kucing-kucingnya di Instagram rasminya yang mempunyai lebih sejuta pengikut.[3] Nida juga mempunyai Instagram khas untuk kucing-kucingnya dan kini kesemua kucing tersebut berada di bawah jagaan Bird, Anna, Hippo dan Mo Amena.[4]
Hobi
Nida juga mempunyai hobi mencacah tatu dan sering memperaga koleksi tatu cantiknya di media sosial Instagramnya.
Pada tahun 2013, Nida menyertai protes Amnesty Bill di Democracy Monument dengan ayahnya. Pada tahun 2020, Nida sekali lagi menyertai perhimpunan politik People Liberation Council semasa kemelut politik Thailand pimpinan Perdana Menteri Prayut Chan-o-cha.
Pengacara
Runut Bunyi Asal (OST)
This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article Nida Patcharawirapong, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses.
®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.