Mona Allen: Pelakon wanita Malaysia

Munna Hafiraneza Allen (lahir 28 Januari 1985) atau lebih dikenali sebagai Mona Allen ialah seorang pelakon wanita Malaysia.

Beliau berdarah campuran Melayu-Scotland. Beliau pernah menjadi hos program Sinaran Pasport Kegemilangan tahun 2000. Beliau juga terkenal dengan watak Ramona dalam Monalisa dan juga watak antagonis iaitu Maria dalam Hati Yang Dikhianati.

Mona Allen
Kelahiran
Munna Hafiraneza binti Allen

(1985-01-28) 28 Januari 1985 (umur 39)
PendidikanSijil Pelajaran Malaysia (SPM)
PekerjaanPelakon, pengacara, model
Tahun aktif1999–2001; 2016–kini
PasanganPekin Ibrahim (k. 2018)
Anak-anak1

Kerjaya

Mona memulakan kerjayanya pada 1999 dengan membintangi iklan Celcom, seterusnya menjadi pengacara rancangan Sinaran Pasport Kegemilangan di TV3, namun meninggalkan bidang seni kerana ingin memberi tumpuan kepada pelajarannya. Kejayaanya sebagai pelakon hadir menerusi watak sebagai Ramona dalam drama Monalisa lakonan bersama Zara Zya. Sebelum Monalisa, Mona telah membintangi beberapa drama TV termasuk Mr. Donat Karamel dan Cik Serba Tahu. Beliau membuat penampilan sulung di layar lebar menerusi filem Manap Karaoke arahan Mamat Khalid di mana beliau berlakon di samping suaminya, Pekin Ibrahim.

Kehidupan peribadi

Mona dilahirkan pada 28 Januari 1986 di Pulau Pinang. Beliau mewarisi darah kacukan Scottish di sebelah ibunya kerana datuknya berbangsa British dari Scotland, Great Britain dan neneknya berketurunan Melayu. Beliau berkahwin dengan pelakon dan pengarah Pekin Ibrahim pada 7 Disember 2018. Pasangan ini dikurniakan bayi lelaki yang dilahirkan pada 31 Ogos 2022, bersempena Hari Kemerdekaan Malaysia ke-65. Mona dan Pekin menamakan anak sulung mereka sebagai Petra Pekin.

Kontroversi

Mona sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi kerana beliau berpakaian seksi ketika berada di perkuburan semasa menjalani penggambaran drama Monalisa, sekaligus menerima kecaman daripada warganet. Dalam temuramah dengan Utusan Malaysia, beliau berkata: "Saya mendukung watak bernama Mona yang digambarkan sebagai gadis ego dan bongkak. Maka, itulah cara pemakaian yang ditetapkan demi menonjolkan watak saya. Tiada sedikit pun terniat untuk mempersendakan agama, apatah lagi sengaja berpakaian begitu. Apapun, saya mohon maaf jika mengguris perasaan banyak pihak".

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
2020 Manap Karaoke Jamizan Filem pertama
2021 Salina Salina
Tarantula X Shima
2023 Belang: The Silent Tiger
2024 SyurgaKu Kejiranan Filem pendek, penampilan khas

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2016 Mr. Donat Karamel Mimin TV3 Slot Lestary
2017 Cerita Dari Mastika Astro Prima Episod: “Rumah Atas Kubur”
Cik Serba Tahu Maira Astro Ria Slot MegaDrama
Mr Stalker Saya Cintakan Awaklah! Nadine/Nilla Hypp Sensasi
Waris Kampung Semarah Padi TV1
2018 Monalisa Ramona Astro Prima Slot Tiara
Mencari Qiblat Rose TV3 Slot Zehra
Seribu Rindu Damia Slot Akasia
2019 Dia Menantu Rahsia Engku Kamelia Slot Akasia
Cinta Non Grata Zatul Slot Lestary
Lara Syakila Syakila TV2
2020 Kebaya Kasut Kanvas Ratnasari TV3 Slot Drama Pukul 6
Leon Zalika Anita TV Okey
Tanya Sama Pokok Ramlah Astro Warna
2021 Hati Yang Dikhianati Maria Astro Prima Slot Tiara
Love Elsa Madam Qistina Astro Ria Slot MegaDrama
Dear Cinta Linda TV3
2022 Jiwa Wanita TV9 Episod: “Pendatang Dengan Izin”
Kerana Hafsanya Setia Delilah TV1
Dia Bukan Bidadari Nur Jannah
2023 Jangan Ambil Kerja Tuhan TV2 Episod: “Hukum”

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2016 Joras Van Haji Murshid Astro Warna
2017 Licin TV1
2018 Kitab Sijjin Siti Astro Citra
2019 Jerat Iris TV3
2022 SiberKACA TV1
Tanah Kubur: Fitnah Akhir Zaman Khatijah Astro Citra
Yang Soleh TV2

Televisyen

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
1999 Sinaran Pasport Kegemilangan Dirinya sendiri/pengacara TV3
2021 Tok Kata Artis Jemputan Awesome TV
Kelana Pulau Dirinya sendiri/pengacara TV1 Bersama Ana Dahlia
2023 Mic ON! Selebriti Peserta Awesome TV

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Mona Allen KerjayaMona Allen Kehidupan peribadiMona Allen KontroversiMona Allen FilemografiMona Allen RujukanMona Allen Pautan luarMona AllenHati Yang DikhianatiMalaysiaMelayuMonalisaScotlandSinaran Pasport Kegemilangan

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

HadisBukan Kahwin PaksaKata kerja tak transitifMat KilauNabi Adam a.s.Senarai negara mengikut sistem kerajaanBaba dan NyonyaHari Raya AidilfitriOrang BanjarStadium Bola Sepak Kuala LumpurNajua NasirTulisan JawiSari YantiZombi Kampung PisangBahasa ArabPukimakPasukan Khas UdaraPolis EVOMia KhalifaPertubuhan Keselamatan SosialNusantaraFunanPitt HanifKlangPulau PangkorBendera PalestinSenarai buahMuhyiddin YassinKalki 2898 ADAnwar IbrahimJangkitanTahun Baru CinaPenebangan hutanCaturNabi Isa a.s.Naim DanielPerkahwinan menurut IslamAerofonPerang BadarSinonimKelantanHarimauTunku Abu BakarSarimah AhmadKemahiran interpersonalAngeline TanKota KinabaluNasi kerabuKrisis pencerobohan Lahad Datu 2013Perang Dunia PertamaJoe FlizzowSultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in BillahErra FaziraDe FamBank Negara MalaysiaPontianak Harum Sundal MalamTabbyZarina ZainoordinNajib RazakMatlamat Pembangunan MampanHisteriaGrup Gerak KhasKerana Dia SukaKonfrontasi Indonesia–MalaysiaPosisi seksualNILAMAdlin Aman RamlieBahasa MaduraPolis Diraja MalaysiaMalaysia MadaniP. RamleeChe’ Puan Mahkota Khaleeda JohorPerjanjian Inggeris-Belanda 1824Anna JoblingBarisan NasionalJohorPembentukan MalaysiaGeografi Johor🡆 More