Modenisme

Modenisme merujuk kepada gerakan kebudayaan dalam seni, seni bina, muzik, kesusasteraan dan seni gunaan yang berkembang 30 tahun sebelum 1914.

Istilah ini merujuk kepada gerakan politik, kebudayaan dan seni yang muncul pada akhir abad ke-19 dan permulaan abad ke-20, serentak dengan perubahan dalam masyarakat Barat. Gerakan ini menekankan kuasa manusia mencipta, membaiki, dan membentuk semula persekitaran mereka dengan bantuan ilmu sains, teknologi dan uji kaji praktikal.

Modenisme menggalakkan penilaian semula setiap aspek kewujudan, dari perdagangan ke falsafah dengan matlamat menentukan apa itu yang "menyekat" kemajuan sosial, dan menggantikan itu dengan sesuatu kaedah yang lebih baru, dan lebih baik. Dalam pada itu, gerakan modenisme mendakwa bahawa realiti zaman industri dan mekanisme adalah tetap dan kekal dan manusia patut mengubah pandangan mereka terhadap keduniaan agar menerima bahawa yang baru itu baik, benar dan indah.

Fizik moden (kuantum dan kerelatifan), falsafah moden (analitik dan kebenuaan) dan teori nombor moden dalam matematik dikatakan bermula pada zaman modenisme. Dengan mendukung perubahan serta gerakan semasa, modenisme merangkumi karya pemikir yang menentang tradisi tradisi akademik dan sejarah abad ke-19, dan berhujah bahawa bentuk seni, seni bina, sastera, agama, organisasi sosial dan kehidupan harian yang "tradisional" sudah ketinggal zaman. Mereka menerima aspek-aspek ekonomi, sosial dan politik baru dalam dunia yang semakin diindustrikan.

Gerakan postmodenisme muncul sebagai tindak balas kepada modenisme.

Tags:

Abad ke-19Abad ke-20KesusasteraanMuzikSainsSeniSeni bina

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Nina IskandarSukanSurah al-AlaqSenarai buahPuteri BalqisAdat resamMat KilauSultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah ShahIntan LadyanaGangga NegaraMierul AimanKhadijah binti KhuwailidSe7en (filem 1995)One Cent ThiefHemoroidIzzue IslamEtikaWudukUniversiti Teknologi MalaysiaAzzim ZahidSlot LestaryPasukan Kadet PDRMBatu Bersurat TerengganuPeribahasa MelayuLee Kee HiongPuteri Sarah Liyana7 Hari Mencintaiku (musim 3)IsrafilIbu Tiri (filem)Tyzo XanderKedudukan Dunia FIFAAzhar IdrusBahasa ArabRosyam NorMuhamad Akmal SalehIntan NajuwaIsteri Separuh MasaPertubuhan Bangsa-Bangsa BersatuYang di-Pertua Negeri SarawakBadli Shah bin AlauddinSelangorDaerah di SabahDatuk (gelaran)Sudirman (penyanyi)DollaSultan Nazrin Muizzuddin ShahFahmi FadzilBaba dan NyonyaFadhli MasootKabupaten Lampung TengahSaifuddin Nasution IsmailKerajaan Bani UmaiyahIndiaKK Super MartLondonSenarai peribahasa (A–M)Persekutuan Tanah MelayuSenarai filem Malaysia berdasarkan kutipan tertinggiKhunsaMohamed Fadzli HassanBadmintonBaby ShimaOrang Cina MalaysiaJata MalaysiaLimau nipisSekolah Henry GurneySukan elektronikSenarai raja-raja MelayuNegara-Negara KomanwelInflasiNegeri-Negeri SelatMusang PulutSolat hajatKhulafa al-RasyidinAsiah binti MuzahimKhunsa (siri TV)Peringkat magnitud (jisim)🡆 More