Mimpi

Mimpi ialah suatu pengalaman bawah sedar yang melibatkan penglihatan, pendengaran, pemikiran, perasaan, atau deria lain ketika tidur, terutama saat tidur yang disertai gerakan mata yang cepat.

Mimpi
Gambaran kejadian mimpi daripada The Romance of History (1833) karya Henry Neele.

Kejadian dalam mimpi biasanya mustahil terjadi di dalam dunia nyata, dan di luar kuasa pemimpi. Namun begitu, ada kekecualian, iaitu dalam mimpi jelas. Dalam mimpi demikian, pemimpi menyedari bahwa dia sedang bermimpi pada masa itu, dan kadang-kadang mampu mengubah persekitaran dalam mimpinya serta mengawal aspek-aspek dalam mimpi tersebut.

Pemimpi juga dapat merasakan emosi ketika bermimpi seperti emosi takut dalam mimpi buruk. Bidang sains yang mengkaji mimpi disebut sebagai oneirologi.

Mimpi terjadi pada tahap kecepatan pergerakan mata ketika tidur apabila aktiviti otak adalah tinggi dan seolah-olah dalam keadaan terbangun. Tempoh seseorang bermimpi adalah pelbagai, dengan ada yang sependek beberapa saat hingga sekitar 20-30 minit. Pendapat mengenai makna mimpi adalah bergantung kepada waktu dan budaya. Kebanyakan pengikut teori mimpi oleh Sigmund Freud setuju dengan makna penglihatan dalam mimpi sebagai penampakan daripada hasrat dan emosi yang tersembunyi. Beberapa teori lain menunjukkan bahawa mimpi merupakan suatu tahap pembentukan ingatan, penyelesaian masalah, atau sekadar hasil daripada aktiviti otak.

Tafsiran

Tafsiran mimpi adalah bergantung kepada idea dan pengalaman subjektif. Satu kajian mendapati bahawa kebanyakan orang percaya bahawa mimpi mereka "membawa kepada kebenaran tersembunyi yang bermakna". Selain itu, satu lagi kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat, Korea Selatan dan India mendapati bahawa 74% orang India, 65% orang Korea Selatan dan 56% orang Amerika percaya bahawa kandungan impian mereka memberi pemahaman yang bermakna tentang kepercayaan dan keinginan yang mereka tidak sedari.

Rujukan

Pautan luar

Tags:

DeriaPendengaranPenglihatanTidur

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Nelissa NizamVanny RossyaneMedia sosialPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 MalaysiaNegeri-negeri Melayu BersekutuGombakGanjaPlat pendaftaran kenderaan MalaysiaPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 JepunAshraf SinclairSistem SuriaWahabiPitt HanifDatuk (gelaran)Jabatan Akauntan NegaraLeftenan KomanderPiagam MadinahSenarai pesawat Tentera Udara DiRaja MalaysiaSiti MuslihaHello, Mr. Perfect!Pontianak Harum Sundal MalamTimbalan Perdana Menteri MalaysiaTengkolokUjian dadahSlot AkasiaPulau TiomanShahril Sufian HamdanQarinKerana Dia SukaHari PekerjaJean Retno AryaniKesan rumah hijauShaharuddin ThambySenarai sistem badan manusiaFasismeChacha MaembongJamrahRacun RihannaTunku Abu BakarMay (kugiran)HemoroidSultan PerakMenteri Pendidikan MalaysiaSultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah ShahPerang Dunia KeduaAsiaRiena DianaFilipinaTuanku Abdul RahmanOne Cent ThiefSarimah Ibrahim2024 di MalaysiaGersang (kumpulan muzik)BumiputeraDataran MerdekaIslamMuhamad Akmal SalehOrang Asli di MalaysiaAzizulhasni AwangYusof HaslamMyKadSultan Iskandar ibni Sultan IsmailKhawarijPersekutuan Tanah MelayuAgensi Penguatkuasaan Maritim MalaysiaKedah TuaSophia AlbarakbahSenarai model kereta ProtonShah IskandarBukit Tinggi, PahangSenarai mukim di PerakSekali Lagi Cinta KembaliBendera ThailandRadio Televisyen MalaysiaBruce GilleyAbdul Taib Mahmud🡆 More