Mesin fotokopi adalah sebuah mesin yang menghasilkan kertas salinan dokumen atau imej visual lain dengan cepat dan murah.
Mesin fotokopi terkinibmenggunakan teknologi yang dipanggil xerografi, sejenis proses kering yang melibatkan pengecasan elektrostatik pada fotoreseptor peka cahaya untuk menarik dan kemudiannya memindahkan partikel (serbuk) toner kepada kertas membentuk suatu gambar. Haba, tekanan atau gabungan kedua-duanya kemudian digunakan untuk menggabungkan toner kepada kertas. (Mesin fotokopi boleh juga menggunakan teknologi lain seperti pencetak pancut dakwat, tapi xerografi biasa dipakai untuk tujuan kerja penyalinan.) Versi terdahulu termasuk Gestetner stensil duplikator, dicipta oleh David Gestetner di 1881.
Pemfotokopian xerografik secara komersial telah diperkenalkan oleh syarikat Xerox di tahun 1959 yang kemudiannya menggantikan salinan dibuat oleh Verifax, Photostat, kertas karbon dan mesin penyalinan lain yang seumpamanya secara beransur-ansur.
Penyalinan fotokopi digunakan secara meluas dalam bidang perniagaan, pendidikan dan sektor awam. Penggunaannya tetap meluas meskipun terdapat ramalan ia akan lama kelamaan tidak lagi dipakai kerana kebergantungan kepada penghasilan, penyimpanan dan pengedaran dokumen secara digital.
Fotokopi negatif menterbalikkan warna dokumen apabila membuat salinan lalu menghasilkan huruf yang muncul putih pada latar belakang hitam dan bukan sebaliknya. Fotokopi negatif dokumen yang lama atau pudar pula kadangkalanya menghasilkan dokumen yang lebih jelas dan mudah dibaca.
This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article Mesin fotokopi, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses.
®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.