Mercun

Mercun (Jawi: ‏مرچون‎code: ms is deprecated ‎) ialah sejenis perkakas letupan kecil yang direka terutamanya untuk menghasilkan bunyi bising yang amat kuat, terutamanya dalam bentuk dentuman kuat; apa-apa kesan visual turut bersampingan dengan tujuan ini.

Mercun mempunyai sumbu dan dibalut dengan longsongan kertas yang sangat tebal agar dapat menampung letupan besar. Mercun serta bunga api kini dipercayai berasal dari China.

Mercun
Mercun yang sedang meletup

Mercun datang dari Bahasa Jawa mercon ꦩꦼꦂꦕꦺꦴꦤ꧀ hasil pengimbuhan -an kepada kata mercu iaitu "bebola api", kata mercu itu sendirinya meminjam kata bahasa Tamil iaitu viricu விரிசு yang diertikan sebagai "sejenis roket".

Budaya

Mercun secara umumnya digunakan semasa pesta ataupun cuti perayaan, seperti Hari Kemerdekaan Amerika Syarikat, Deepavali, Hari Raya dan Tahun Baru Cina. Mercun juga digunakan oleh masyarakat Vietnam semasa pesta Tết terutamanya pada tengah malam Giao Thừa (Malam Tahun Baru). Mercun dipercayai kononnya boleh menghalau semangat jahat serta menarik dewa kekayaan ke pintu rumah. Sepanjang perayaan musim bunga pada tahun 2006, mercun dan bunga api sejumlah AS$ 124 juta telah dinyalakan di Tanah Besar China.

Mercun adalah satu permainan kanak-kanak.

Pengharaman mercun

Secara umumnya, semua mercun diklasifikasikan sebagai bahan letupan berkuasa rendah. Oleh itu, terdapat beberapa negara yang mengharamkan pembakaran mercun kerana beberapa sebab, antaranya pencemaran bunyi, risiko kecederaan serta risiko kebakaran.

Di Indonesia

Mercun dan "kembang api" diharamkan di tempat awam terutamanya di kawasan-kawasan kurang berpendudukan orang Cina (berbanding di Jakarta atau Medan) untuk mengelakkan tercetusnya perbalahan.

Di Malaysia

Pembakaran mercun kini diharamkan seperti yang termaktub di dalam Akta Bahan Letupan pindaan tahun 1991 akibat peningkatan kadar kecederaan di kalangan kanak-kanak (terutamanya dari kaum Melayu) semasa musim perayaan Hari Raya. Ironinya, kes kecederaan akibat bermain mercun terus meningkat saban tahun kerana kanak-kanak Melayu beralih kepada mercun buatan sendiri seperti meriam buluh sebagai alternatif kepada mercun komersial.

Di Singapura

Larangan separa terhadap pembakaran mercun dikuatkuasakan pada Mac 1970 selepas satu kebakaran yang mengorbankan enam orang dan mencederakan 68 yang lain. Ini seterusnya membawa kepada pengharaman penuh pada Ogos 1972, selepas satu letupan yang membunuh dua orang serta serangan terhadap dua anggota polis yang cuba menghalang satu kumpulan orang ramai daripada membakar mercun pada Februari 1972. Walau bagaimanapun, pada tahun 2003, kerajaan membenarkan kembali mercun dibakar semasa musim perayaan. Pada tengah malam Tahun Baru Cina di Chinatown, mercun dibakar tetapi di bawah syarat-syarat kawalan yang dikenakan oleh Lembaga Pelancongan Singapura. Perayaan lain di mana mercun dibenarkan untuk dibakar ditentukan oleh Lembaga Pelancongan Singapura. Namun demikian, penjualan mercun secara komersial diharamkan sama sekali.

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Mercun BudayaMercun Pengharaman mercunMercun RujukanMercun Pautan luarMercunBunga apiBunyiChinaLetupanTulisan Jawi

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Puchong, SelangorDaun salamPerang UhudYasmin NapperSijil Pelajaran MalaysiaNaim DanielKeluaran dalam negara kasarStadium Nasional Bukit JalilMatlamat Pembangunan MampanMohd Noor Helmy Abdul HalemBersinBahagian di SarawakHawa RizwanaDemografi MalaysiaMohd Aleef YusofEurocopter FennecOrang BanjarPegawai WaranPakatan HarapanMahkamah MalaysiaSyarikat swastaKhalid bin al-WalidTauhid RububiyahKucingGerak KhasMedia sosialRawang, SelangorSri Pahang FCParti Rakyat India MalaysiaPiala Asia B-23 AFCTunku Ismail ibni Sultan IbrahimJata MalaysiaPiala ThomasErry PutraHukum Kanun MelakaKumpulan Wang Simpanan PekerjaSelawatLabuanNajua NasirLaskar Udara KananCapriceSenarai kata pinjaman bahasa MelayuKhir RahmanNegeri dan Wilayah Persekutuan di MalaysiaTulisan JawiSolat jamakHael HusainiAngeline TanJangan Menangis Cinta (drama)Penjajahan Jepun di Tanah MelayuMarsyal TUDMOrang Kampung Otak KimiaSenarai haiwanPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 IndonesiaLaskar MudaSejarah MalaysiaUqasha SenroseSophia AlbarakbahBajauSikorsky S-61A-4 NuriRejimen Askar WataniahProton Saga (generasi kedua)IpohShakilla KhoririRaja berperlembagaanSultan JohorSenarai pesawat Tentera Udara DiRaja MalaysiaSalomaAbdul Razak HusseinThe Original GangsterKomputerBahasa MaduraIkmal AmryRedza RosliPengasingan Kuasa dalam Perlembagaan MalaysiaMegat SharizalAmyra RosliPolioPerjanjian Inggeris-Belanda 1824🡆 More