Masjid Tengku Tengah Zaharah

Masjid Tengku Tengah Zaharah atau Masjid Terapung telah dinamakan sempena nama bonda Al-Marhum Sultan Terengganu Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah iaitu Almarhumah Tengku Intan Zaharah binti Almarhum Tengku Setia DiRaja Tengku Omar.

Masjid ini terletak 4 km dari pusat bandar Kuala Terengganu. Masjid ini mempunyai keindahan dan keunikan tersendiri berbanding dengan masjid lain yang telah dibina. Masjid ini dibina di atas air di muara Sungai Ibai yang sekaligus menjadikan masjid terapung yang terulung di Malaysia.

Masjid Tengku Tengah Zaharah
مسجد تڠكو تڠه زاهرح
Masjid Tengku Tengah Zaharah
Maklumat am
Nama tempatanMasjid Terapung
Mula dibinaSeptember 1991
Siap dibinaPertengahan tahun 1994
StatusBeroperasi
Maklumat pentadbiran
Dimiliki olehNo Daftar: infinityward
Maklumat geografi
NegaraMasjid Tengku Tengah Zaharah Malaysia
NegeriMasjid Tengku Tengah Zaharah Terengganu
DaerahMasjid Tengku Tengah Zaharah Daerah Kuala Terengganu
LokasiTeluk Ibai, Kuala Terengganu, Terengganu.
Koordinat5°17′02″N 103°10′14″E / 5.283838°N 103.170626°E / 5.283838; 103.170626 103°10′14″E / 5.283838°N 103.170626°E / 5.283838; 103.170626
Maklumat pembinaan
Bil. tingkat2 tingkat
Bil. menara1
Kapasiti jemaah800 hingga 1,000 jemaah
Keluasan25,282 kaki persegi
ArkitekRaja Bahrain Shah
KontraktorSyarikat Sri Terukun Sdn. Bhd
Bahan binaanKonkrit
KosRM6.9 juta
Laman sesawang
Masjid Tengku Tengah Zaharah.

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Sejarah

Masjid yang mula dibina pada September 1991 dan siap pertengahan tahun 1994 bernilai RM6.997 juta yang dikendalikan oleh Jabatan Kerja Raya direkabentuk oleh Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, dari Seni Bahri dengan menampilkan ciri-ciri tamadun Islam dan gabungan senibina tempatan.

Keluasan 1,372 meter persegi dan menara setinggi 30 meter, sebuah kubah besar dan lima wakaf serta di kelilingi air sedalam 1.5 meter ini mampu menampung jemaah sehingga 1,000 orang yang menempatkan dewan solat lelaki di bahagian bawah manakala wanita di bahagian atas.

Masjid yang telah dirasmikan oleh Al-Marhum Sultan Mahmud ini menyediakan kemudahan lain seperti bilik diraja, perpustakaan kecil, bilik dan pejabat imam, stor, tempat wuduk dan kawasan letak kereta yang boleh menampung lebih 400 kenderaan.

Dengan gabungan hiasan taman, warna langit yang membiru, kilauan cahaya matahari dari permukaan air yang mengelilingi masjid itu serta tiupan angin dari Laut China Selatan, pastinya ia menjadi masjid yang paling nyaman dan mendamaikan memberi erti betapa keagungan syiar Islam terangkum dalam suatu bentuk tamadun yang terus berkembang.

Rujukan

Pautan luar

Tags:

AirKuala TerengganuMalaysiaMasjidSultan Mahmud Al-Muktafi Billah ShahSungai Ibai

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

KristianIskandar ChempakaHassanal BolkiahPerodua KancilHalim RadziT-araJepunZUS CoffeeKaabahImbuhan kata nama (bahasa Melayu)Senarai bank di MalaysiaKucingSurah Al-InsyirahI.D.Kontrak sosial (Malaysia)Senarai raja-raja MelayuHari GawaiLailatulqadarAdat resamMira FilzahKumpulan Rock MalaysiaRazarudin HusainNabi Nuh a.s.My Lovely DriverDe FamAdab menyambut kelahiran bayi menurut IslamGeografi IndonesiaNadia AqilahWalisongoAedy AshrafAsnafBahasa LampungNorish KarmanLengkuasKontroversi stoking kalimah Allah 2024Hari WesakKuantanZul AriffinHadis MutawatirParameswaraPeristiwa Bukit KepongAisyah Abu BakarDubrovnikOrang India MalaysiaUniversiti Sains MalaysiaUndang-Undang Laut MelakaSiti NurhalizaPasukan Kadet PDRMPolis EVO 3Bella DallyHero Seorang CinderellaGunung KinabaluAlor SetarRinggitPandu PuteriAhmad Zahid HamidiUndang-undang MalaysiaPuteri KhareezaUndang-undangTengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin ShahAbang Johari Tun OpengDollaRock Oo!Khairy JamaluddinDarah yang keluar dari rahim wanitaIsrak dan MikrajIjazah sarjanaVirusSudirman (penyanyi)Jabatan Kastam Diraja MalaysiaMarga SangirRangka manusiaKanchan TiranaGrup Gerak KhasDatuk (gelaran)TuakDoa IftitahOrang Melayu MalaysiaSiti Khadijah Halim🡆 More