Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad

YM Dato' Raja Ir Haji Kamarul Bahrin Shah bin Raja Ir Dr Haji Sir Ahmad Baharuddin Shah atau dikenali sebagai Raja Bahrin (lahir 14 Januari 1955) adalah bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Beliau adalah ahli politik dari Terengganu dengan latarbelakang selaku pakar jurubina/arkitek terkenal di Terengganu, Malaysia. Beliau juga merupakan Pengerusi Parti Amanah Negara Negeri Terengganu. Parti Amanah Negara diwujudkan pada tahun 2015 selepas mengambil alih Parti Pekerja Pekerja Malaysia.


Raja Kamarul Bahrin Shah bin Raja Ahmad

DPMT (Terengganu), DSAP (Pahang)
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Dalam jawatan
16 Julai 2018 – 24 Februari 2020
RajaAl-Sultan Abdullah
MenteriRaja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Zuraida Kamaruddin
Didahului olehRaja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Halimah Mohd Sadique
Digantikan olehYang Berhormat Dato' Sri Ismail Abd. Muttalib
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Kuala Terengganu, Terengganu
Dalam jawatan
6 Mei 2013 – 10 Mei 2018
Didahului olehRaja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Razali Ismail (UMNO-BN)
Digantikan olehRaja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Ahmad Amzad bin Mohamed Hashim (PAS-GS)
Butiran peribadi
LahirRaja Kamarul Bahrin Shah bin Raja Ahmad Baharuddin Shah
(1955-01-14) 14 Januari 1955 (umur 69)
Terengganu Istana Maziah, Kuala Terengganu, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
KewarganegaraanMalaysia
Parti politikRaja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Parti Islam Se-Malaysia (PAS) (2013-2015)
Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Parti Amanah Negara (Amanah) (2015-kini)
PasanganAustralia Jacqueline Pascarl (1980-1995, cerai)
To' Puan Norilah Salleh (1991-kini)
Noryn Aziz (2010-2017, cerai)
Anak-anak4 orang
IbuTengku Hajjah Zaliha Putri binti almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah
BapaRaja Ir Dr Haji Sir Ahmad Baharuddin Shah ibni almarhun Raja Bendahara Ir Haji Sir Abdul Rashid Shah
Alma materAustralia Universiti Melbourne
PekerjaanAhli politik
ProfesionArkitek
AnugerahSenarai

Raja Kamarul Bahrin pernah dilantik sebagai Pengerusi Persatuan Perhotelan (MAH) dan salah seorang Ahli Badan Warisan Malaysia. Beliau adalah pengerusi kepada Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Angkatan Amanah Merdeka yang diketuai oleh Tengku Razaleigh Hamzah. Beliau dilahirkan pada 14 Januari 1955 di Istana Maziah, Kuala Terengganu.

Beliau dengan rasminya disenarai sebagai calon parti berkenaan di Parlimen Kuala Terengganu pada 9 April 2013 iaitu pilihan raya umum Malaysia ke-13. Menurut pelbagai sumber, setelah dilamar oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan Pesuruhjaya Parti Islam Se-Malaysia (PAS) beliau bersetuju untuk menyertai parti tersebut diatas perkenan bonda beliau.

Beliau popular dikenali sebagai jurubina yang menghasilkan Masjid Tengku Tengah Zaharah atau lebih dikenali sebagai Masjid Terapung, Muzium Negeri Terengganu (Muzium yang diiktiraf sebagai antara Muzium terbesar di Asia), Istana Melawati (Putrajaya) dan beberapa lagi yang lain. Sekitar tahun 1990-an dikaitkan di Malaysia apabila membawa pulang anaknya dari Australia dengan bot, juga mengenai kejadian keruntuhan bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang direka oleh Syarikat beliau Senibahri Arkitek.

Pada 21 Ogos 2015, beliau telah diisytihar sebagai Pengerusi Gerakan Harapan Baharu Terengganu. Beliau berkata bahawa beliau menerima tawaran menerajui Harapan Baharu di Terengganu kerana yakin dengan masa depan gerakan berkenaan.

Pendidikan

Mendapat Pendidikan Awal di Saint John Institute kemudian pulang ke Terengganu dan bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman(dilantik sebagai Ketua Murid tahun 1974), meneruskan Pendidikan Beliau di The University of Melbourne.

Beliau bertemu dengan isterinya Jacqueline Pascarl Gillespie. Ketika itu (1981) Jacqueline berusia 17 tahun.

Keluarga

Ayahandanya ialah Yang Berhormat Mulia Raja Ir Dr Haji Sir Ahmad Baharuddin Ismail Shah ibni DYAM Raja Bendahara Haji Sir Abdul Rasshid Shah ibni Sultan Sir Idris Musshiddul al-Adzam Shah Perak, pernah menjadi Pegawai Daerah Marang yang berkahwin dengan Tengku Zaliha Putri binti Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

Pada 1981 beliau berkahwin dengan Jacqueline Pascarl seorang penulis buku rakyat warga Australia. Mereka dikurniakan dua anak iaitu Raja Mohamad Baharuddin (Iddin) dan Raja Shahirah Aishah (Aishah). Raja Shahirah berkahwin dengan vokalis kumpulan Love Me Butch, Syarul Reza Abdul Aziz di Masjid Terapung Masjid Tengku Tengah Zaharah, Kuala Ibai. Anaknya itu lulusan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam. Majlis persandingan mereka diadakan di Aryani Resort di Merang, Setiu. Anaknya bersekolah selama enam tahun di Sekolah Kebangsaan Pusat Chabang Tiga, Kuala Terengganu dengan kawalan ketat Pasukan Gerakan Am (PGA).

Raja Kamarul Bahrin Shah berkahwin dengan seniwati Singapura dan adik kepada Komposer terkenal di Malaysia iaitu Dato' Johari Salleh- To’ Puan Norilah Salleh atau dahulu dikenali sebagai Elmi Salleh. Dikurnia 4 cahaya mata, Raja Badruddin Hakim Shah (1987), Raja Bahiuddin Ansari Shah (1989), Raja Nur Aryani Munirah (1991) dan Raja Nur Saliha Nazirah (1993).

Isu dan kontroversi

Pertikaian anak dengan bekas isteri

Pada 1985, dua anak Raja Kamarul Bahrin dipelihara oleh bekas isterinya, Jacqueline Pascarl seorang Cina warga Australia. Mereka bercerai pada 1986. Beliau cuba mendapatkan semula anaknya selama 7 tahun melalui Mahkamah Keluarga Australia pada 1992. Malah hakim Australia melarang membawa anaknya ke Masjid atau hampir 100 meter dari masjid.Jacqueline berkahwin lagi dengan wartawan TV, Iain Gillespie pada 1986. Jacqueline telah menghasilkan dua buah buku bertajuk 'Once I was a Princess' dan 'Since I Was a Princess' (2007).

Akhirnya Raja Kamarul Bahrin membawa anaknya dengan bot nelayan melalui Cape Town, Merauke, Irian Jaya, Sulawesi, Sabah dan kembali ke Kuala Terengganu dengan bantuan Bryan Wickham. Bryan Wickham telah merancang perjalanan darat dan laut selama setahun dan akibatnya merengkok dalam penjara Australia selama setahun. Peristiwa ini semuanya dicatat dan telah dibukukan dengan tajuk 'Raja Bahrin Story' (1997)

Pada 2006, Shah ada melawat ibunya Jacqueline di Melbourne. Iddin juga bertemu dengan ibunya pada 2006 selepas 14 tahun terpisah.

Arkitek terkemuka

Beliau adalah arkitek yang cukup terkenal dengan senibina berteraskan Melayu Tradisional. Dan semakin mendapat perhatian oleh Media dan orang ramai apabila Runtuhnya Bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. Ramai pihak yang terlibat termasuk arkitek dari pihak pemborong dan jurutera dari kerajaan. Bumbung stadium itu amat besar dan tinggi 30 meter dan dipasang penghawa dingin oleh syarikat Korea Selatan. Kos pembinaan sebanyak RM292 juta dan masih dalam jaminan kontraktor.

Stadium Terengganu Binaan Raja Bahrin Runtuh

Raja Kamarul Bahrin adalah seorang arkitek terkemuka di Malaysia. Namun begitu, setelah stadium rekaannya runtuh beliau diserang oleh pelbagai pihak terutamanya pihak pembangkang. Di antara tuduhan PAS Terengganu adalah, Raja Bahrin cuai dalam melakukan rekaan. Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, sebagai arkitek utama stadium berkenaan, kemudiannya tampil menjelaskan bahawa rekabentuk dan pembinaan bumbung tersebit adalah oleh syarikat asing dan dia tidak terbabit dengannya. Beliau pernah menyarankan supaya pihak berkuasa menyiarkan laporan penuh berhubung kejadian itu agar rakyat tidak tertanya-tanya mengenai siapa sebenarnya yang bertanggungjawab dalam insiden tersebut. Satu laporan telah dibuat oleh kerajaan Malaysia, berkenaan runtuhan bumbung stadium tersebut.

Calon PAS PRU13 di Kuala Trengganu

Pada 9 April 2013, beliau bersama-sama calon PAS yang lain dipilih untuk bertanding di kerusi Kuala Trengganu.Beliau beriltizam untuk mewakili suara golongan profesional yang tidak diendahkan oleh pentadbiran kerajaan BN dan berharap penyertaannya dalam politik akan memaksa pihak berkuasa menghormati pandangan dan pendapat masyarakat profesional dengan lebih serius. Pada 16 September 2015 , beliau telah keluar parti dan masuk ke Parti Amanah Negara selepas parti Amanah telah ditubuhkan.

Keputusan pilihan raya

Parlimen Malaysia
Tahun Perlembagaan Undi Prts Lawan Undi Prts Buang undi Majoriti Keluar
2013 P36 Kuala Terengganu, Terengganu. Raja Kamarul Bahrin Shah (PAS) 45,828 55.80% Mohd Zubir Embong (UMNO) 35,043 42.67% 82,122 10,785 87.00%
Maimun Yusuf (BEBAS) 182 0.22%
2018 Raja Kamarul Bahrin Shah (AMANAH) 15,380 17.76% Wan Nawawi Wan Ismail (UMNO) 28,215 32.59% 87,786 14,773 84.73%
Ahmad Amzad Mohamed @ Hashim (PAS) 42,988 49.65%

Anugerah dan pengiktirafan

Darjah kebesaran negeri

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad PendidikanRaja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad KeluargaRaja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Isu dan kontroversiRaja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Anugerah dan pengiktirafanRaja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad RujukanRaja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Pautan luarRaja Kamarul Bahrin Shah Raja AhmadMalaysiaTerengganu

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Asbab al-nuzulSusunan Keutamaan Persekutuan MalaysiaIpohNorish KarmanPerjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948Nur FazuraNuzul QuranPuteri BalqisPemerintahan berajaSenarai poskod di MalaysiaMat SallehJambatan Pulau PinangKuala Kubu BharuBola sepak di Sukan Asia 2006SalomaBadmintonRindu Kasih 2Sejarah MalaysiaAdat resam kahwin MelayuUniversiti Teknologi MalaysiaSenarai stesen televisyen di MalaysiaAdiraMaghribiTV3Kementerian Pendidikan MalaysiaNabi Isa a.s.Anwar IbrahimSenarai raja-raja MelayuZarina ZainoordinMesirASEAN Campur TigaButakPasukan bola sepak kebangsaan Taipei CinaOrang Asli di MalaysiaMelakaKeperibadianDaerah di MalaysiaSenarai kaum di MalaysiaLayang-layangJam 24 jamNadia BrianHutan bakauJohor Darul Ta'zim F.C.MadaniyahNaim DanielPenggunaPasukan bola sepak kebangsaan VietnamPemboleh ubahUniversiti Sains MalaysiaSusan ManenLiwatBank Negara MalaysiaNegeri-Negeri MelayuPiala Asia AFCJohor BahruSifat-sifat AllahHari Paskah BesarSiti Khadijah HalimESukanDini SchatzmannKerajaan Bani AbbasiyahAllosaurusJuzHari GawaiHang TuahSerpihan SayangDemografi MalaysiaSultan TerengganuPasukan bola sepak kebangsaan LubnanMakiyyahMasjid Wilayah PersekutuanRujukan kehormatSultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah ShahSingapura dalam MalaysiaAsnafZodiak🡆 More