Penggubah Lagu: Orang yang mencipta muzik, sama ada dengan notasi muzik atau tradisi lisan

Penggubah (ataupun komposer) merujuk kepada seseorang yang menulis notasi muzik; iaitu sistem yang mewakili aura muzik melalui penggunaan simbol-simbol tertentu, yang membolehkan ahli muzik memainkan nota tersebut sebagai muzik tersusun.

Inilah yang membezakan seorang penggubah daripada seorang ahli muzik yang mengimprovisasi atau bermain alat muzik.

Istilah "penggubah" atau "komposer" kerap digunakan untuk merujuk kepada muzik tradisi barat iaitu muzik klasikal. Untuk lagu-lagu biasa seperti muzik popular, lagu-lagu rakyat dan lain-lain, istilah yang biasa dipanggil adalah penulis lagu kerana kebiasaanya muzik popular mengambil bentuk sebagai satu lagu dan juga kerana skala penulisan nota muzik yang kecil, berbanding dengan penggubah atau komposer muzik klasikal yang biasanya dikaitkan dengan gubahan besar seperti simfoni orkestra. Namun sejak kebelakangan ini, kebanyakan penulis lagu muzik popular digelarkan sebagai penggubah atau komposer.

Tahap perbezaan antara penggubah dan ahli muzik juga adalah berbeza-beza. Perbezaan ini kadang-kala boleh memberi kesan negatif seperti isu hak cipta dan kecenderungan penghormatan untuk tafsiran individu dalam satu perincian bahagian muzik. Sebagai contohnya, dalam pembangunan muzik klasikal atau opera di Eropah, fungsi penggubah muzik pada asalnya tidak dianggap penting berbanding dengan fungsi persembahan muzik.

Pengekalan di dalam nota muzik kebiasaan tidak begitu diambil berat dan ahli muzik secara umumnya kerap menukar sedikit sebanyak penggubahan di dalam nota muzik. Walau bagaimanapun, menurut peraturan hak cipta hari ini, nota muzik asal tidak lagi boleh diubah suai sesuka hati tanpa alasan ataupun arahan rasmi (termasuk dari syarikat rakaman atau penggubah itu sendiri) . Walau bagaimanapun, para penyanyi atau pelakon (untuk drama muzikal atau opera terutamanya), boleh menafsirkan muzik melalui nyanyian dengan cara mereka sendiri.

Lihat juga

Pautan luar

Sumber-seumber untuk penggubah

Penerbit muzik utama

Penerbit muzik persendirian utama

Syarikat hak cipta di Amerika Syarikat

Syarikat hak cipta di Britain

Syarikat hak cipta mekanikal di Amerika Syarikat

Tags:

Alat muzikMuzik

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

InstagramKementerian Kesihatan MalaysiaAlat kebesaran diraja MalaysiaMata anginKedudukan Dunia FIFALabuanTahun Baru CinaProton SatriaAngkor WatKerajaan TarumanagaraKetupatSibuKhunsa (siri TV)Shaheizy SamPembukaan Kota MekahCiri-ciri orang munafikKerajaan Persekutuan MalaysiaRibaZara ZyaSyahadahPertubuhan Keselamatan SosialPulau PinangGajahKonsep Raja Berperlembagaan di MalaysiaWikipediaDollaSerembanKeperibadianFadlan HazimPenjodoh bilangan bahasa MelayuHari WesakSingapura dalam MalaysiaKata namaMohd Noor Helmy Abdul HalemPeraturan bola jaringInfrastrukturSyafiq KyleAgamaTengku Hassanal Ibrahim Alam ShahDunia IslamSarah SuhairiJustin BieberKetumSejarah MalaysiaHulu LangatBola balingTembikaiAsbab al-nuzulSultan Sharafuddin Idris ShahAli bin Abi TalibLencana pangkat Angkatan Tentera MalaysiaKrisis pencerobohan Lahad Datu 2013HuminodunMohd Aidil Zafuan Abdul RadzakBani IsraelPlat pendaftaran kenderaan MalaysiaSyed Mohd Yusof Syed NasirBulanMohd Safee Mohd SaliAdat resam kahwin MelayuGantung The SeriesAdat resamAmira OthmanHubungan seksPerang Dunia PertamaMasya-AllahHero RemajaIrma HasmieSyurgamu RamadhanKumpulan Rock MalaysiaPantang larang MelayuKhairulamingPrivate BodyguardKelayakan UEFA Euro 2024Puasa (Islam)Malang Si PuteriKL GangsterSurah Al-InsyirahBatu Bersurat Terengganu🡆 More