Komet

Komet (Jawi: ‏كوميت‎code: ms is deprecated ‎), bintang berasap atau bintang berekor merujuk kepada jasad gumpalan batu, ais dan debu serta campuran gas yang bergerak mengelilingi matahari dalam Sistem Suria di angkasa lepas.

Ia membeku apabila menjauhi matahari tetapi akan mencair melepaskan gas akibat pendedahan kepada angin dan kesinaran dipancarkan bintang tersebut membentuk suatu "kepala" dan "ekor" gas. Jasad-jasad beredar ini datang dari dua tempat utama: lingkaran Kuiper yang menempatkan komet beredar dalam jangka lebih pendek kurang dari 200 tahun dan awan Oort di mana adanya komet beredar dalam jangka lebih panjang dari ratusan atau ribuan tahun

Komet
Gambar komet Hale-Bopp di atas sebuah pokok.
Komet
Komet mempunyai orbit berbentuk elips. Perhatikan ia mempunyai dua ekor.

Komet memiliki orbit atau lintasan yang berbentuk membujur, lebih lonjong dan panjang daripada orbit planet lalu menempuh jarak lebih jauh di luar angkasa daripada planet; bahkan ada daripada jasad-jasad ini mengambil masa beribu-ribu tahun untuk menyelesaikan satu kali orbit mengelilingi Matahari. Sesetengah akan terlalu hampir dengan matahari lalu terbakar musnah, manakala yang lain terkeluar dari sistem suria buat selama-lamanya. Kadang-kala, komet ini ditarik oleh graviti dan jatuh ke Bumi, Bulan, atau planet-planet yang lain.

Sebanyak lebih 4595 buah komet dapat dikenalpasti setakat April 2021, namun ia hanya sebilangan kecil yang dapat perhatikan dari kira-kira satu trilion unit yang dikirakan boleh wujud menjangkaui luar Sistem Suria terutamanya di awan Oort.

Peristilahan

Istilah "komet" berasal dari bahasa Yunani, kometes (κομήτης) yang bererti "rambut panjang" merujuk kepada bentuk hujung jasad.

Istilah bintang berekor dan bintang berasap pernah digunakan dalam kefahaman lama masyarakat Melayu meskipun jasad yang dinamakan ini sendirinya bukanlah bintang yang sebenar.

Ciri fizik

Sebutir komet terdiri daripada tiga bahagian iaitu nukleus, koma dan ekor. Kedua-dua koma dan ekor komet membalikkan cahaya matahari dan boleh dilihat dari bumi jika komet itu cukup dekat.

Nukleus

Nukleus atau teras sesebuah komet umumnya terbentuk dari pengumpulan batu, habuk, air batu serta gas-gas dipejalbekukan termasuk karbon monoksida, karbon dioksida, metana dan ammonia; penggumpalan jisim ini boleh diibaratkan seperti bola salji. Sebatian organik seperti metanol, hidrogen sianida, formaldehid, etanol, etana serta molekul rumit seperti hidrokarbon and asid amino turut dapat ditemukan dalam sesetengah nukleus tertentu.

Saiz radius nukleus (bahagian pejal di tengah) komet biasanya dapat diamati mencapai setinggi 30 kilometer dengan ketumpatan 0.6 g/sm padu.

Koma

Koma adalah lapisan atmosfera mengelilingi teras nukleus yang terbentuk daripada pencairan campuran gas dan debu nukleus; 90% daripada lapisan ini terdiri dari air yang meruap dalam jarak peredaran komet sekitar 3-4 unit astronomi (450,000,000-600,000,000 km) dari Matahari.

Saiz koma yang mengelilingi nukleus boleh mencapai 250,000 kilometer lebar.

Ekor

Ekor komet membentuk akibat tekanan radiasi dan kuasa kuasa angin dipancarkan ke arah komet. Ekor komet berbeza-beza bentuk dan saiznya; lebih dekat komet tersebut dengan matahari, lebih panjanglah ekornya; ekor ini boleh mencapai lebih 150,000,000 km (1 AU) panjang. Ada juga komet yang tidak berekor.

Ciri orbit

Komet bergerak mengelilingi matahari berkali-kali, tetapi peredarannya memakan masa yang lama. Secara umumnya bentuk orbit komet adalah elips.

Komet dikelaskan mengikut tempoh masa orbitnya:

  • Komet jangka pendek (short period comet) mempunyai kitaran kurang dari 200 tahun
  • Komet jangka panjang (long period comet) mempunyai kitaran melebihi tempoh ini sehingga ribuan malah jutaan tahun dengan bentuk orbit komet bersipi tinggi.

Pembentukan

Komet dipercayai berasal dari sejenis awan yang jauh dipanggil awan Oort. Ketika komet menghampiri bahagian dalam Sistem suria, radiasi dari matahari menyebabkan lapisan luar ais mengewap. Arus debu dan gas yang dihasilkan membentuk suatu atmosfera yang besar tetapi sangat tipis di sekeliling komet, disebut 'koma'. Akibat tekanan radiasi dan angin suria pada koma ini, terbentuklah ekor raksasa yang menjauhi matahari. Debu dan gas komet akan membentuk dua ekor yang berbeza, di mana ekor debu agak mengikut arah pergerakannya manakala ekor gas (ion) sentiasa menjauhi matahari. Ini disebabkan oleh angin suria lebih mempengaruhi ion gas daripada debu.

Komet terkenal

Ahli falak telah menyenaraikan beribu-ribu buah komet, antara yang terkenal ialah:

  • Komet Halley, muncul 76 tahun sekali
  • Komet Hale–Bopp, dijangkakan kembali sekitar 4380
  • Komet Encke, muncul 3 tahun sekali
  • Komet West, tempoh orbit sekitar 254,000 tahun

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Komet PeristilahanKomet Ciri fizikKomet Ciri orbitKomet PembentukanKomet terkenalKomet Lihat jugaKomet RujukanKomet Pautan luarKometAisAngin suriaAngkasa lepasAwan OortBatuDebuGasKesinaran suriaLingkaran KuiperMatahariPembekuanPemejalwapanSistem SuriaTulisan Jawi

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Raja PerlisPiala Asia B-23 AFCBank Negara MalaysiaTimbalan Perdana Menteri MalaysiaUlar Tedung SelarKhadijah binti KhuwailidDollaUniversiti Islam Antarabangsa MalaysiaEmelda RosmilaMediaTekPulau (filem)Zaman air batuTengku Zafrul Abdul AzizJ RevolusiShaheizy SamAliff AzizEllie SuriatyBruce GilleyUndang-undang MalaysiaPasir GudangYandexTanah Melayu BritishGoogleNasi himpitSlot SamarindaProton PersonaSultan Mizan Zainal AbidinSenarai pelakon lelaki MalaysiaAisyah AzizKhaidhirah Abu ZaharLengkuasIntan NajuwaKesultanan Melayu MelakaPendidikan di IndonesiaSari YantiKadazan-DusunPegawai Tadbir dan DiplomatikEtikaMajlis Raja-RajaJasmine Suraya ChinGambir SarawakKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup MalaysiaCuti umum di MalaysiaSultan Nazrin Muizzuddin ShahPuteri BalqisPiala Sumbangsih 2024Hantu Kak Limah Balik RumahSenarai saluran Astro NJOIBandar TaipingAlor SetarSiksa KuburKetumOrang Cina MalaysiaKerajaan Persekutuan MalaysiaSenarai perbandingan pangkat tenteraPerceraian dalam IslamLee Chong WeiMimi LanaPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 IndonesiaPolis EVO 3Kamal AdliBahasa MelayuAprena ManroseSolat Sunat RawatibPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 MalaysiaSenarai filem Malaysia berdasarkan kutipan terendahNegeri SembilanLoloqAcryl Sani Abdullah SaniHentaiHazama AzmiLencana pangkat TLDMBatik Air MalaysiaPembentukan MalaysiaSeri KembanganBahasa CinaDe Fam🡆 More