Kesusasteraan Islam

Kesusasteraan Islam merujuk kepada kesusasteraan yang ditulis daripada sudut pandangan Islam dalam apa jua bahasa. Fiksyen daripada dunia Islam yang paling terkenal mungkin merupakan Hikayat Seribu Satu Malam yang terdiri daripada banyak cerita rakyat yang lebih awal yang dikisahkan oleh permaisuri Parsi, Scheherazade.

Kesusasteraan Islam
"Ali Baba" oleh Maxfield Parrish.

Karya sajak Dante Alighieri iaitu Divina Commedia (Komedi Ketuhanan), yang dianggap sebagai epik terunggul dalam kesusasteraan Itali, mendapatkan banyak ciri dan peristiwa tentang alam baqa, baik secara langsung mahupun tidak, daripada karya-karya Arab tentang eskatologi Islam, termasuk:

Orang Moor juga mempunyai pengaruh yang ketara pada karya George Peele dan William Shakespeare. Sesetengah karya mereka menonjolkan watak-watak Moor, seperti dalam The Battle of Alcazar (Pertempuran Alcazar) yang ditulis oleh Peele, serta juga The Merchant of Venice (Saudagar dari Venice), Titus Andronicus dan Othello yang ditulis oleh Shakespeare. Karya-karya itu dikatakan diilhami oleh perutusan Moor dari Maghribi ke England Elizabeth pada awal abad ke-17.

Hikayat Seribu Satu Malam

Epik Hikayat Seribu Satu Malam mula dibentuk pada abad ke-10 dan mencapai bentuk terakhir menjelang abad ke-14. Bagaimanapun, bilangan dan jenis ceritanya berbeza-beza antara satu manuskrip dengan yang lain. Semua cerita khayalan Arab seringnya dikenali sebagai "Arabian Nights" (Malam Arab) apabila diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, tanpa mengira adakah cerita itu berasal daripada mana-mana versi Hikayat Seribu Satu Malam. Epik Hikayat Seribu Satu Malam agak berpengaruh di Barat sejak diterjemahkan buat pertama kali pada abad ke-18, mula-mulanya oleh Antoine Galland. Banyak karya tiruan kemudian ditulis, khususnya di Perancis.

Shahnameh

Shahnameh, epik negara Iran yang ditulis oleh Hakīm Abu'l-Qāsim Firdawsī Tūsī ialah penceritaan semula mitos dan pahlawan sejarah Parsi. Amir Arsalan juga merupakan satu cerita mitos Parsi yang popular dan yang telah mempengaruhi sesetengan fiksyen khayalan moden seperti The Heroic Legend of Arslan (Legenda Pahlawan Arslan).

Layla dan Majnun

Contoh mashyhur puisi Arab dan puisi Parsi tentang cinta ialah Layla dan Majnun yang ditulis pada abad ke-7 semasa zaman Kerajaan Bani Ummaiyyah. Ia merupakan kisah tragedi cinta tak kunjung padam yang agak serupa dengan Romeo dan Juliet kemudian. Layla dan Majnun pada dirinya dikatakan diilhami pula setakatnya oleh versi Latin Layli dan Majnun.

Philosophus dan Theologus Autodidactus

Ibn Tufail dan Ibn al-Nafis merupakan perintis novel falsafah. Ibn Tufail menulis Hayy ibn Yaqdhan (Philosophus Autodidactus), novel fiksyen Arab yang pertama, sebagai balasan kepada Tahāfut al-Falāsifa yang ditulis oleh al-Ghazali. Ibn al-Nafis kemudian menulis novel fiksyen, Theologus Autodidactus, sebagai balasan kepada Philosophus Autodidactus. Kedua-dua cerita mempunyai protagonis (Hayy dalam Philosophus Autodidactus, dan Kamil dalam Theologus Autodidactus) yang merupakan kanak-kanak feral autodidaktik yang tinggal dalam keadaan terpencil di sebuah pulau gurun. Kedua-dua novel merupakan contoh terawal untuk cerita pulau gurun. Bagaimanapun, sedangkan Hayy hidup bersendirian dengan haiwan-haiwan di pulau gurun, cerita Kamil melewati latar pulau gurun dan berkembang kepada plot remaja terawal yang diketahui lalu akhirnya menjadi contoh novel fiksyen sains yang pertama.

Karya Tufail, Philosophus Autodidactus, diterjemahkan buat pertama kali pada 1671 oleh Edward Pococke si Lebih Muda ke dalam bahasa Latin, disusuli dengan terjemahan bahasa Inggeris oleh Simon Ockley pada 1708, lalu kemudian dengan terjemahan bahasa Jerman dan bahasa Belanda. Terjemahan-terjemahan itu kemudian mengilhami Daniel Defoe supaya menulis Robinson Crusoe yang kini dianggap sebagai novel pertama dalam bahasa Inggeris. Philosophus Autodidactus juga mengilhami Robert Boyle agar menulis novel falsafah sendiri, The Aspiring Naturalist (Ahli Alamiah yang Bercita-cita), yang dilatar pada sebuah pulau. Cerita itu juga mengilhami setakatnya karya Emile: or, On Education (Emile: atau, Tentang Pendidikan) yang ditulis oleh Rousseau. Cerita watak Mowgli dalam The Jungle Book (Si Buku Hutan) yang ditulis oleh Rudyard Kipling dan cerita Tarzan juga menyerupai karya Tufail daripada segi bahawa seorang bayi ditinggalkan dan kemudian dibesarkan oleh serigala betina.

Senarai kesusasteraan Islam utama

Kesusasteraan untuk sesetengah budaya Islam adalah seperti yang berikut:

  • Kesusasteraan Asia Selatan:
    • Kesusasteraan Bengali
    • Kesusasteraan Kashmir
    • Kesusasteraan Pakistan
    • Kesusasteraan Parsi
    • Kesusasteraan Sindh
    • Kesusasteraan Urdu
  • Kesusasteraan Turki:
    • Kesusasteraan Azerbaijan
    • Kesusasteraan Turki

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Kesusasteraan Islam Hikayat Seribu Satu MalamKesusasteraan Islam ShahnamehKesusasteraan Islam Layla dan MajnunKesusasteraan Islam Philosophus dan Theologus AutodidactusKesusasteraan Islam Senarai kesusasteraan Islam utamaKesusasteraan Islam RujukanKesusasteraan Islam Pautan luarKesusasteraan Islam

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Tyzo XanderRangka manusiaSolat Sunat Tahiyyatul MasjidAzahari HusinWudukAliff AzizHadis MutawatirBaju kurungArash MohamadNegeri-negeri Melayu BersekutuRuhainiesErry PutraJohor Darul Ta'zim F.C.Anwar IbrahimKota KinabaluMalaysiaZara ZyaKontrak sosial (Malaysia)SingapuraComorosKaabahTerlanjur Cinta (drama)Takdir Itu Milik AkuFrekuensi radio di MelakaMaktab Rendah Sains MARAPersatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah AntarabangsaMy Lovely DriverPokok MambuLembah BujangUniversiti Islam Antarabangsa MalaysiaSemenanjung MalaysiaSyafiq KyleNabi Harun a.s.Gennaro GattusoSyafiq YusofDaerah di SabahMantra (filem)PenyelenggaraanTunku Abdul RahmanAliff Dalam 7 DimensiHukum madAsiaMuhamad Akmal SalehJuzInfrastrukturTembikaiHari GawaiSenarai kaum di MalaysiaAsbab al-nuzulS.S.C. NapoliPerceraian dalam IslamOrang Asli di MalaysiaSenarai peribahasa (A–M)Nabi Musa menyeberangi Laut MerahKeputusan perlawanan pasukan bola sepak MalaysiaNombor perdanaMohd Aidil Zafuan Abdul RadzakIman TroyeSenarai negara berdaulat dan wilayah tanggungan di Amerika SelatanPasukan bola sepak kebangsaan KyrgyzstanMarga SangirPerang TabukPolis EVO 3Peristiwa Bukit KepongKimpalanFrekuensi radio di KedahAnak Perjanjian Syaitan 2Pendidikan di MalaysiaRaja berperlembagaanBaba dan NyonyaKuantanRaja Zarith SofiahMat KilauRukun ImanPangsapuriIzzue IslamLencana pangkat Angkatan Tentera Malaysia🡆 More