Kawasan Schengen

Kawasan Schengen (Jawi: ‏کاوسن شيڠن‎code: ms is deprecated ‎) ialah kawasan yang terdiri daripada 29 buah negara dalam benua Eropah yang telah menghapuskan pasport dan semua jenis kawalan sempadan lain di sempadan yang dikongsi bersama negara-negara ini.

Kawasan ini bertujuan utama sebagai satu negara untuk tujuan perjalanan antarabangsa dengan dasar visa yang sama. Kawasan ini dinamakan sempena Perjanjian Schengen ditandatangani di kota senama di Luxembourg. Negara-negara dalam kawasan ini telah memperkuatkan kawalan sempadan dengan negara-negara lain yang tidak termasuk dalam kawasan ini.

Kawasan Schengen
Kawasan Schengen
Peta Eropah
  Kawasan Schengen
     Kawasan Schengen (sempadan udara dan maritim sahaja)
  Negara bersempadan terbuka tetapi bukan dalam kawasan Schengen atau Kesatuan
  Negara ahli Kesatuan Eropah yang wajib masuk Kawasan ini tetapi belum lagi menyertainya
DasarKawasan Schengen Kesatuan Eropah
JenisKawasan sempadan terbuka
Diasaskan1995
Negara ahli
Keluasan4,595,131 kilometer persegi (1,774,190 bt2)
Kependudukan453,324,255

Sebanyak 25 daripada 27 buah negara anggota Kesatuan Eropah mengambil bahagian dalam kawasan ini. Satu-satunya negara anggota Kesatuan yang masih bukan sebahagian daripada Kawasan Schengen ialah Cyprus dan Ireland: Cyprus diwajibkan secara sah menyertai pada masa hadapan, manakala Ireland menarik diri sambil mengendalikan polisi visanya sendiri. Empat anggota Persatuan Perdagangan Bebas Eropah iaitu Iceland, Liechtenstein, Norway dan Switzerland tidak memasuki Kesatuan Eropah namun telah menandatangani perjanjian yang berkait dengan Perjanjian Schengen. Tiga buah negara mikro dalam Eropah iaitu Monaco, San Marino dan Kota Vatikan boleh dianggap sebagai negara ahli secara de facto.

Kawasan ini mempunyai penduduk sebanyak lebih dari 450 juta orang dan berkeluasan sebanyak 4,595,131 kilometer persegi (1,774,190 bt2). Sebanyak 1.7 juta orang berulang-alik merentasi sempadan politik dalam Eropah untuk tujuan kerja setiap hari, dan di beberapa kawasan orang-orang ini merupakan sehingga ketiga tenaga kerja. Setiap tahun, terdapat sejumlah 1.3 bilion lintasan sempadan Schengen dalam keseluruhannya; di mana 57 juta lintasan daripadanya adalah untuk tujuan pengangkutan darat barang dagangan bernilai €2.8 trilion setiap tahun. Penurunan kos perdagangan disebabkan penguatkuasaan Schengen berbeza dari 0.42% hingga 1.59% bergantung pada geografi, perdagangan dan faktor lain. Negara-negara di luar kawasan ini turut mendapat manfaatnya.

Sejarah

Perjanjian Schengen telah ditandatangani pada 14 Jun 1985 oleh lima daripada sepuluh negara anggota Kesatuan Eropah di bandar Schengen, Luxembourg. Kawasan ini didirikan secara berasingan daripada Komuniti Ekonomi Eropah, apabila kata sepakat tidak dapat dicapai di antara semua negara anggota Komuniti Eropah mengenai penghapusan kawalan sempadan dalam negara anggota.

Pada tahun 1990, perjanjian ini disampingkan bersama Konvensyen Schengen yang mencadangkan penghapusan kawalan sempadan dalaman serta sebuah dasar visa yang sama. Perjanjian ini serta peraturan yang dipakai di bawahnya terpisah sepenuhnya daripada struktur Komuniti tersebut, lalu membawa kepada pembentukan Kawasan Schengen pada 26 Mac 1995.

Keahlian

Kawasan Schengen terdiri daripada 29 buah negara, termasuk empat negara bukan ahli Kesatuan Eropah. Dua negara bukan ahli Kesatuan ini iaitu Iceland dan Norway adalah sebahagian daripada Kesatuan Pasport Nordik yang secara rasminya dikelaskan sebagai 'negara berkait dengan kegiatan-kegiatan Schengen Kesatuan'. Switzerland kemudiannya dibenarkan untuk mengambil bahagian dalam cara yang sama pada tahun 2008. Liechtenstein menyertai kawasan ini pada 19 Disember 2011. Kawasan de facto, ini termasuk juga tiga buah negara mikro Eropah – Monaco, San Marino dan Kota Vatikan – mengekalkan sempadan terbuka atau separa terbuka dengan negara ahli Schengen yang lain. Dua anggota Kesatuan pada ketika itu – Republik Ireland dan United Kingdom (sebelum menarik diri pada 2020) – berunding agar tidak menyertai Kawasan ini dan terus beroperasi dalam Perjalanan Biasa Kawasan sistematik kawalan sempadan dengan negara anggota kesatuan yang lain.

Republik Ireland walaupun menganggotai Kesatuan memutuskan berunding menarik diri daripada perjanjian Schengen dan terus mengendalikan kawalan sempadan dengan negara sekesatuan yang lain, pada masa yang sama membentuk sebahagian sempadan terbuka Kawasan Perjalanan Bersama dengan United Kingdom dan wilayah-wilayah Tanggungan Mahkotanya. Negara anggota Cyprus yang tinggal diwajibkan Perjanjian Penyertaan menyertai Kawasan Schengen akhirnya. Walau bagaimanapun, negara yang hendak melaksanakan sepenuhnya peraturan-peraturan Schengen mesti mempunyai persediaan yang dinilai dalam empat bidang: sempadan udara, visa, kerjasama polis, dan perlindungan data peribadi. Proses penilaian ini melibatkan soal selidik serta lawatan yang dibuat pakar-pakar Kesatuan kepada institusi dan tempat kerja terpilih di negara yang disasarkan.

Negara Keluasan
(km2)
Kependudukan
(2021)
Ditandatangani Tarikh pelaksanaan pertama
Kawasan Schengen  Austria &&&&&&&&&&083871.&&&&&083,871 &&&&&&&&08922082.&&&&&08,922,082 28 April 1995 1 Disember 1997
Kawasan Schengen  Belanda
       (kecuali Aruba, Curaçao, Sint Maarten dan kawasan Caribbean Belanda)
&&&&&&&&&&041526.&&&&&041,526 &&&&&&&017501696.&&&&&017,501,696 14 Jun 1985 26 Mac 1995
Kawasan Schengen  Belgium &&&&&&&&&&030528.&&&&&030,528 &&&&&&&011611419.&&&&&011,611,419 14 Jun 1985 26 Mac 1995
Kawasan Schengen  Bulgaria
&&&&&&&&&0110994.&&&&&0110,994 &&&&&&&&06885868.&&&&&06,885,868 25 April 2005 31 Mac 2024
Kawasan Schengen  Croatia &&&&&&&&&&056594.&&&&&056,594 &&&&&&&&04060135.&&&&&04,060,135 9 Disember 2011 1 Januari 2023
Kawasan Schengen  Denmark
       (kecuali Kawasan Schengen  Greenland dan Kawasan Schengen  Kepulauan Faroe)
&&&&&&&&&&043094.&&&&&043,094 &&&&&&&&05854240.&&&&&05,854,240 19 Disember 1996 25 Mac 2001
Kawasan Schengen  Estonia &&&&&&&&&&045338.&&&&&045,338 &&&&&&&&01328701.&&&&&01,328,701 16 April 2003 21 Disember 2007
Kawasan Schengen  Finland &&&&&&&&&0338145.&&&&&0338,145 &&&&&&&&05535992.&&&&&05,535,992 19 Disember 1996 25 Mac 2001
Kawasan Schengen  Hungary &&&&&&&&&&093030.&&&&&093,030 &&&&&&&&07709786.&&&&&07,709,786 16 April 2003 21 Disember 2007
Kawasan Schengen  Iceland &&&&&&&&&0103000.&&&&&0103,000 &&&&&&&&&0370335.&&&&&0370,335 19 Disember 1996
18 Mei 1999
25 Mac 2001
Kawasan Schengen  Itali &&&&&&&&&0301318.&&&&&0301,318 &&&&&&&059240329.&&&&&059,240,329 27 November 1990 26 Oktober 1997
Kawasan Schengen  Jerman &&&&&&&&&0357050.&&&&&0357,050 &&&&&&&083408554.&&&&&083,408,554 14 Jun 1985 26 Mac 1995
Kawasan Schengen  Latvia &&&&&&&&&&064589.&&&&&064,589 &&&&&&&&01873919.&&&&&01,873,919 16 April 2003 21 Disember 2007
Kawasan Schengen  Liechtenstein &&&&&&&&&&&&0160.&&&&&0160 &&&&&&&&&&039039.&&&&&039,039 28 Februari 2008 19 Disember 2011
Kawasan Schengen  Lithuania &&&&&&&&&&065300.&&&&&065,300 &&&&&&&&02786651.&&&&&02,786,651 16 April 2003 21 Disember 2007
Kawasan Schengen  Luxembourg &&&&&&&&&&&02586.&&&&&02,586 &&&&&&&&&0639321.&&&&&0639,321 14 Jun 1985 26 Mac 1995
Kawasan Schengen  Malta &&&&&&&&&&&&0316.&&&&&0316 &&&&&&&&&0526748.&&&&&0526,748 16 April 2003 21 Disember 2007
Kawasan Schengen  Norway
       (kecuali Svalbard)
&&&&&&&&&0385155.&&&&&0385,155 &&&&&&&&05403021.&&&&&05,403,021 19 Disember 1996
18 Mei 1999
25 Mac 2001
Kawasan Schengen  Perancis
       (kecuali jabatan and jajahan seberang lautnya)
&&&&&&&&&0551695.&&&&&0551,695 &&&&&&&064531444.&&&&&064,531,444 14 Jun 1985 26 Mac 1995
Kawasan Schengen  Poland &&&&&&&&&0312683.&&&&&0312,683 &&&&&&&038307726.&&&&&038,307,726 16 April 2003 21 Disember 2007
Kawasan Schengen  Portugal &&&&&&&&&&092391.&&&&&092,391 &&&&&&&010290103.&&&&&010,290,103 25 Jun 1991 26 Mac 1995
Kawasan Schengen  Republik Czech &&&&&&&&&&078866.&&&&&078,866 &&&&&&&010510751.&&&&&010,510,751 16 April 2003 21 Disember 2007
Kawasan Schengen  Romania
&&&&&&&&&0238391.&&&&&0238,391 &&&&&&&019328560.&&&&&019,328,560 25 April 2005 31 Mac 2024
Kawasan Schengen  Sepanyol
       (dengan peruntukan khas untuk Ceuta dan Melilla). Kepulauan Canary di luar pesisiran benua Afrika tidak termasuk dalam Kawasan Schengen
&&&&&&&&&0510000.&&&&&0510,000 &&&&&&&047486935.&&&&&047,486,935 25 Jun 1991 26 Mac 1995
Kawasan Schengen  Slovakia &&&&&&&&&&049037.&&&&&049,037 &&&&&&&&05447622.&&&&&05,447,622 16 April 2003 21 Disember 2007
Kawasan Schengen  Slovenia &&&&&&&&&&020273.&&&&&020,273 &&&&&&&&02119410.&&&&&02,119,410 16 April 2003 21 Disember 2007
Kawasan Schengen  Sweden &&&&&&&&&0449964.&&&&&0449,964 &&&&&&&010467097.&&&&&010,467,097 19 Disember 1996 25 Mac 2001
Kawasan Schengen   Switzerland &&&&&&&&&&041285.&&&&&041,285 &&&&&&&&08691406.&&&&&08,691,406 26 Oktober 2004 12 Disember 2008
Kawasan Schengen  Yunani &&&&&&&&&0131990.&&&&&0131,990 &&&&&&&010445365.&&&&&010,445,365 6 November 1992 1 Januari 2000
Kawasan Schengen  Kesatuan Eropah &&&&&&&&04595131.&&&&&04,595,131 &&&&&&0453234255.&&&&&0453,234,255 14 Jun 1985 26 Mac 1995

Kawasan-kawasan bukan ahli Kawasan Schengen namun masih mempunyai sempadan terbuka dengan kawasan ini:

Negara Keluasan

(km2)

Kependudukan(2021)
Kawasan Schengen  Monaco &&&&&&&&&&&&&&02.&&&&&02 &&&&&&&&&&036686.&&&&&036,686
Kawasan Schengen  San Marino &&&&&&&&&&&&&061.&&&&&061 &&&&&&&&&&033745.&&&&&033,745
Kawasan Schengen  Kota Vatikan &&&&&&&&&&&&&&00.4400000.44 &&&&&&&&&&&&0511.&&&&&0511

Nota

Rujukan


Tags:

Kawasan Schengen SejarahKawasan Schengen KeahlianKawasan Schengen RujukanKawasan Schengen Pautan luarKawasan SchengenEropahLuxembourgPerjanjian SchengenSchengen, LuxembourgTulisan Jawi

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Muhammad Sanusi Md NorEyka FarhanaRita RudainiKOZ EntertainmentSharifah HusnaHantu rayaGol & Gincu (filem)Masya-AllahBella AstillahHari Raya AidilfitriBahasa ArabSazali SamadKuala LumpurAziz HarunForest CityBaby ShimaBaju MelayuPiala Asia B-23 AFC 2024MetamfetaminaSenarai mukim di SelangorMalang Si PuteriBahasa Melayu BruneiCuti umum di MalaysiaJean Retno AryaniPerodua AxiaSolat hajatSalomaPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 UzbekistanMaktab MahmudAyamBoBoiBoyFirdaus GhufranKuala Kubu BharuSelangorAtikah SuhaimeKhadijah binti KhuwailidPerbadanan Tabung Pendidikan Tinggi NasionalSyiahKKN di Desa Penari (filem)Erry PutraLee Kee HiongLimau nipisProton SatriaWadi AnnuarPronoSenarai kaum di MalaysiaMark AdamHasmiza binti OthmanGeografi JohorJamal AbdillahKaum DusunRazarudin HusainJanji Diana (drama)Menara Berkembar PetronasBaba dan NyonyaPilihan raya umum India 2024Musang PulutMia KhalifaUmie AidaNadhir NasarSabah F.C. (Malaysia)SyahadahPuteri Gunung LedangAngeline TanNabi Musa a.s.Tentera Udara Diraja MalaysiaSolatSelangor F.C.Ziana ZainYusof HaslamSharnaaz AhmadDzulkefly AhmadSiti SalehaSungai PetaniHasnul RahmatJohor🡆 More