Jambulan

Jambulan (atau jambulang), jambu arang, kerian atau nama saintifiknya Syzygium cumini ialah spesies tumbuhan dari keluarga Myrtaceae.

Pokok buah ini berasal dari kawasan sekitar subbenua India dan barat rantau Indochina Asia Tenggara merangkumi Myanmar, Sri Lanka dan kepulauan Andaman; ia tersebar luas baik ditanam mahupun hidup meliar di kawasan-kawasan tropika dan subtropika kepulauan Nusantara, Hong Kong sampai ke Australia dan kepulauan Pasifik.

Jambulang
Jambu arang
Jambulan
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Myrtaceae
Genus:
Syzygium
Spesies:
S. cumini
Nama binomial
Syzygium cumini
(L.) Skeels.
Sinonim
  • Eugenia cumini (L.) Druce
  • Eugenia jambolana Lam.
  • Myrtus cumini L. (1753)
  • Syzygium jambolana Miq.
  • Syzygium jambolanum DC.
  • S. malaccense (L.) Merr. & Perry.
Jambulan
Biji Jambulan

Peristilahan

Penamaan buah ini boleh dibahagikan kepada empat jenis:

Botani

Pokok jambu ini malar hijau berbatang kukuh dan berkayu dengan diameter 10-30 m, batangnya berwarna putih kotor.

Daun-daunnya terletak berhadapan dengan bertangkai 1-3.5 sm. Setiap helai berbentuk bujur lonjong bertepi rata dengan panjang 5-25 sm dan lebar 2–10 sm. Daun-daun muda yang berwarna merah jambu mematang berwarna hijau tua berkilat di sebelah atas dan sedikit lutcahaya. Daun-daun disebut boleh menghasilkan bau seakan turpentin apabila diramas.

Bunga jambulan menjambak kecil di hujung ranting berwarna putih kelabu atau merah jambu mengeluarkan bau wangi.

Buahnya pula berupa jenis beri dengan permukaan licin menggilap seakan anggur (bahkan juga menggugus banyak seperti anggur) dengan ukuran 1-5 sm panjang; ia mula-mula berwarna hijau sebelum masak berwarna ungu tua kemudiannya hitam. Isinya putih ataupun ungu kemerah-merahan atau kelabu kekuningan kaya pulpa dengan rasa masam-masam kelat ke masam manis. Ada buah yang mampu mengeluarkan biji ada yang tidak, biji ini berbentuk lonjong, sampai 3.5 cm.

Kegunaan

Buah

Buah jambulang biasa dimakan segar dalam kalangan masyarakat-masyarakat di India dan Filipina serta juga beberapa daerah di Indonesia di mana ia disajikan terlembut dengan dibubuh sedikit garam atau kadang-kadang juga gula. Buah-buah ini turut boleh diproseskan sebagai jus, jem, sirap dan jeli.

Ada perusahaan di Filipina yang menghasilkan arak wain dari buah ini secara komersil.

Dalam perubatan

Kulit batang, daun, buah dan bijinya acapkali digunakan sebagai bahan ubat tradisional mahupun modern merawat kencing manis, cirit-birit (seperti di Dataran Tinggi Gayo yang menyebut nunang) dan beberapa penyakit lain.

Perawat tradisional di Amerika Selatan membancuh jamblang bersama ceremai belanda untuk mengurangkan sakit kersakan jantung dan hati penderita kanser yang mendapat kemoterapi doksorubisin. Jamblang dan Eugenia caryophyllata mengandung senyawa yang dapat mengaktifkan enzim S-transferase di hati. Pada percobaan, enzim tersebut dapat menurunkan kejadian kanker lambung hingga 80%. Sebahagian penduduk Asia Tenggara menggunakan akar jamblang untuk mengubat epilepsi.

Tujuan lain

Kayunya dapat digunakan sebagai bahan bangunan namun kurang diterima; ia cukup kuat, tahan air dan serangan serangga namun agak sukar dikerjakan dan agak mudah pecah. Kayu ini sering digunakan sebagai bahan bakar.

Kulit kayunya menghasilkan zat penyamak (tanin) dan dimanfaatkan untuk mewarnakan jala. Kepingan kecil pepagan ini juga kadang-kadang dibubuhkan untuk menghambat keasaman tuak.

Daunnya kerap digunakan sebagai makanan haiwan ternakan.

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Jambulan PeristilahanJambulan BotaniJambulan KegunaanJambulan RujukanJambulan Pautan luarJambulan

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Universiti MalayaLobak merahSejarah Pulau PinangKongkekSenarai negara berdaulatFasha SandhaUpin & IpinPrabowo SubiantoPuchong, SelangorBella AstillahFalsafah Pendidikan MalaysiaSunan DrajatLee Chong WeiSyiahFil MarsyalSultan Sharafuddin Idris ShahMetamfetaminaPeraturan Perlawanan (bola sepak)Kelantan Darul Naim F.C.Mierul AimanRacun RihannaFardu KifayahJohor Darul Ta'zim F.C.Dewan Rakyat MalaysiaSistem pembiakan perempuanGolongan kata (bahasa Melayu)Negeri-Negeri SelatAbdul Taib MahmudKetumQueen of TearsMasyarakat majmukProton SagaNasi kandarKerana Dia SukaBuah kerasJabatan Kastam Diraja MalaysiaCik ManggisJosiah HoganSultan Ibrahim ibni Sultan IskandarYang di-Pertuan Besar Negeri SembilanPerjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948Gunung QafBatik Air MalaysiaMona FandeyAprena ManroseNegeri-negeri Melayu BersekutuIsteri-isteri Nabi MuhammadFrekuensi radio di KedahSenarai kapal Tentera Laut DiRaja MalaysiaDemokrasiCongkakPerjanjian HudaibiyahDemografi MalaysiaKata hubung (bahasa Melayu)Vaksin tetanusKhaliq Mehtab Mohd IshaqVanny RossyaneRahsia (filem 2023)Senarai peribahasa (A–M)Elizabeth TanKonsep Raja Berperlembagaan di MalaysiaKesan rumah hijauJambatan Pulau PinangBajauPulau RedangHukum madKuchingThe Original GangsterIntan LadyanaKetua Polis Negara MalaysiaLayang Layang PerkahwinanFikry IbrahimPersekutuan Pengakap MalaysiaPerang UhudKementerian Perhubungan Republik IndonesiaSudirman (penyanyi)Pahamin RajabPerceraian dalam Islam🡆 More