Jack Yusof

Jack Yusof ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2023 arahan Wan Hasliza Wan Zainuddin dengan skrip ditulis oleh Wan Hasliza dan Zuli Ismail.

Dibintangi oleh Datuk Rosyam Nor sebagai watak utama, bersama-sama dengan barisan pelakon ensembel, siri ini memulakan tayangan perdana di Astro GO bermula 17 Jun 2023 dan di Astro Ria bermula 26 Jun 2023 menggantikan Liar.

Jack Yusof
GenreDrama, komedi keluarga
Ditulis oleh
  • Wan Hasliza Wan Zainuddin
  • Zuli Ismail
PengarahWan Hasliza Wan Zainuddin
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Gotta Get It" oleh Dead Mushroom
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod8
Penerbitan
Penerbit eksekutif
  • Hafiz Abu Bakar
  • Siti Marzuliana Marzuki
PenerbitWan Hasliza Wan Zainuddin
LokasiMalaysia
Pemasangan kamera
Tetapan multi-kamera
Tempoh siaran45 minit
Syarikat penerbitan
KL Motion Pictures
Penyiaran
Saluran asal
Format gambar1080i (HDTV)
Format audioDolby Digital
Siaran asal17 Jun 2023 – 5 Ogos 2023

Sinopsis

Jack Yusof ialah seorang bintang filem terkenal. Di usia awal 50-an, dia masih kelihatan muda kerana kerap menggunakan Botox. Biarpun hidup kaya-raya dan menjadi kegilaan ramai wanita, Jack banyak melakukan kesilapan dalam kehidupan peribadinya, termasuk meninggalkan anak perempuannya, Aida ketika dia masih bayi.

Beberapa dekad berlalu apabila Aida tiba-tiba muncul dan menghubungi bapanya untuk menjadi walinya di majlis perkahwinannya kelak. Jack pada mulanya berat hati namun bersetuju untuk bertemu semula dengan anaknya dan keluarga Aida. Pertemuan singkat itu menggerakkan hati Jack untuk terpalit dalam kehidupan anak perempuannya, sehingga dia sanggup membeli dan berpindah ke rumah di sebelah rumah Aida.

Walau bagaimanapun, tindakan Jack menyebabkan kegelisahan dan huru-hara kepada bekas isterinya, Salina, dan suaminya Rahmat, yang telah membesarkan Aida sejak ketiadaan Jack. Dalam usahanya untuk memperbaiki hubungannya dengan bekas isterinya, Jack berdepan dengan kesilapan dan penyesalan masa silamnya dan mempelajari erti sebenar kekeluargaan, cinta dan kemaafan.

Pelakon

Episod

No. Tajuk Tarikh siaran di Astro GO Tarikh siaran di Astro Ria
1 "I Love Me!" 17 Jun 2023 (2023-06-17) 26 Jun 2023 (2023-06-26)
2 "Hey, Neighbour!" 24 Jun 2023 (2023-06-24) 3 Julai 2023 (2023-07-03)
3 "Opposites Attract" 1 Julai 2023 (2023-07-01) 10 Julai 2023 (2023-07-10)
4 "Playing Dead" 8 Julai 2023 (2023-07-08) 17 Julai 2023 (2023-07-17)
5 "Three's a Crowd" 15 Julai 2023 (2023-07-15) 24 Julai 2023 (2023-07-24)
6 "The Desperate Housewife" 22 Julai 2023 (2023-07-22) 31 Julai 2023 (2023-07-31)
7 "You Have Been Served!" 29 Julai 2023 (2023-07-29) 7 Ogos 2023 (2023-08-07)
8 "Fathers of the Bride" 5 Ogos 2023 (2023-08-05) 14 Ogos 2023 (2023-08-14)

Penerbitan

Menurut Wan Hasliza, idea untuk Jack Yusof mula diutarakan selepas beliau melihat situasi sahabatnya sendiri. Beliau berkata: "Saya yakin isu wali dan elemen hubungan ibu bapa yang terlerai jarang didedahkan. Saya cuba menyampaikan isu tersebut sebagai subjek utama dalam Jack Yusof. Meskipun masih menerapkan elemen kekeluargaan seperti naskhah terdahulu, namun saya tampilkan kelainan dari sudut produksi, kerana untuk menggambarkan Jack Yusof adalah seorang bintang filem yang besar".

Drama ini juga menyaksikan kemunculan semula Datuk Rosyam Nor sebagai watak utama menerusi drama bersiri selepas lebih 10 tahun.

Siaran

Jack Yusof memulakan tayangan perdana di Astro GO bermula 17 Jun 2023 setiap Sabtu, manakala di Astro Ria, tayangan perdananya bermula pada 26 Jun 2023 setiap Isnin.

Rujukan

Tags:

Jack Yusof SinopsisJack Yusof PelakonJack Yusof EpisodJack Yusof PenerbitanJack Yusof SiaranJack Yusof RujukanJack YusofAstro RiaLiar (drama)Rosyam Nor

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Sejarah ChinaSyafiq YusofCopa América 1995InstagramIslamKanun PerubatanPrivate BodyguardSetelah Cinta Itu PergiSolat hajatKejuruteraan awamAl-Masih ad-DajjalTeknologi maklumatTakdir Itu Milik Aku1Iskandar ChempakaArab SaudiElizabeth TanLee Kee HiongAn-Nuayman bin AmrMohamed Fadzli HassanFarah AhmadHari Paskah BesarNegeri-negeri Melayu Tidak BersekutuRokiah JaafarFateh Iskandar Mohamed MansorRuminah SidekMarissa YasminTuanku MuhrizSurah al-BaqarahPerempuan Itu (drama)Peristiwa Memali 1985Pasukan Gerakan AmKKN di Desa Penari (filem)Zizi KiranaWak DoyokBukan Sekadar LafazNabi Lut a.s.Serpihan SayangFalsafahMedia sosialCroatiaKelayakan Piala Dunia FIFA 2026 (AFC)IsrafilAsnafFalsafah Pendidikan MalaysiaUlul AzmiSrivijayaHarissa AdlynnSenarai Bidang Pengajian Tinggi di MalaysiaSharifah HaslindaNegara PalestinRaja Zarith SofiahAman Ramli JaafarProton JuaraLaila NasirZamarul HishamKelantanKhairy JamaluddinMelakaAlissonNabi Adam a.s.Khalid Mohamad JiwaSusan ManenPSM MakassarMalang Si PuteriSosialFattah AminHun HaqeemAtikah SuhaimeAllahummaKanun KeseksaanElly ArifinNur Qistina RaisahNadia Brian18 Puasa di Kampong PisangUqasha SenroseRukun ImanMalaysia🡆 More