Batoidea: Superorder ikan

Batoidea ialah superorder bagi ikan berawan, yang sering dipanggil pari.

Ia dan saudara rapatnya, yu, membentuk subkelas Elasmobranchii. Pari adalah kumpulan terbesar ikan berawan, dengan lebih 600 spesies dalam 26 keluarga. Pari dibezakan dengan tubuh meleper, sirip dada membesar yang bercantum dengan kepala, dan lekah insang yang terletak di permukaan depan.

Batoidea
Julat zaman: Jura Awal–Kini
Batoidea: Anatomi, Taksonomi, Nota
Pari setan gergasi, Mobula mobular
Pengelasan saintifik s
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Chondrichthyes
Klad: Neoselachii
Superorder: Batoidea
Compagno, 1973
Order
Sinonim
  • Batoidimorpha
  • Myliobatoidea?
Batoidea: Anatomi, Taksonomi, Nota
Pari lang lalat, Aetobatus narinari

Lebih 600 spesies didapati bertaburan di kedua-dua air tawar dan laut baik yang dalam, mahupun yang cetek di kawasan tropika.

Anatomi

Batoid ini bertubuh leper, dan merupakan ikan berawan sama seperti yu, bermaksud ia mempunyai rangka tanpa tulang yang dibina daripada rawan mulur yang tegar. Kebanyakan batoid mempunyai lubang depan menutupi insang di bahagian bawah badan ikan: banyak spesies pari mempunyai lima lubang manakala spesies keluarga Hexatrygonidae mempunyai enam lubang.

Berhampiran pangkal ekor pari terdapat sengat sekitar 8-inci yang diselitupi dengan bahan yang sama yang membentuk sisik yu, yang dikenali sebagai dermis dentikel (dermal denticles). Hujung ini, yang menjadi keras dan tegang apabila pari berasa terancam, berbentuk seperti pisau daging bergerigi dan memiliki bisa yang mengancam pemangsa. Sebahagian besar racun itu sendiri adalah toksin berasaskan protein yang menyebabkan kesakitan pada mamalia dan boleh juga mengubah kadar degupan jantung dan pernafasan, mengikut pada Makmal Mote Marine. Pari jarang menyerang manusia, bagaimanapun sekiranya ia dipijak, pari akan gunakan sengatnya sebagai suatu bentuk pertahanan diri," mengikut Nancy Passarelli dan Andrew Piercy bagi Muzium Sejarah Semula Jadi Florida. "Walaupun ditikam oleh ekor pari amat menyakitkan, ia adalah jarang menjadi ancaman kepada nyawa manusia."

Telur-telur pari disenyawakan dari dalam yang dapat mengelakkan dimangsakan serta memelihara benih jantan dan tenaga yang digunakan sepenuhnya semasa pembiakan.

Taksonomi

Spesies-spesies pari dapat digolongkan kepada empat kelompok utama:

Order Gambar Bil. keluarga Bil. genus Bil. spesies Ulasan
Jumlah Batoidea: Anatomi, Taksonomi, Nota  Batoidea: Anatomi, Taksonomi, Nota  Batoidea: Anatomi, Taksonomi, Nota 
Myliobatiformes Batoidea: Anatomi, Taksonomi, Nota  10 29 223 1 16 33
Rajiformes Batoidea: Anatomi, Taksonomi, Nota  5 36 270 4 12 26
Torpediniformes Batoidea: Anatomi, Taksonomi, Nota  4 12 69 2 9
Rhinopristiformes Batoidea: Anatomi, Taksonomi, Nota  1 2 5-7 3-5 2


Order Torpediniformes

  • Keluarga Hypnidae (pari keranda)
  • Keluarga Narcinidae (pari kebas)
  • Keluarga Narkidae (pari tidur)
  • Keluarga Torpedinidae (pari torpedo)

Order Rhinopristiformes

  • Keluarga Glaucostegidae (yu kemejan gergasi)
  • Keluarga Platyrhinidae* (pari kipas)
  • Keluarga Pristidae (pari gergaji)
  • Keluarga Rhinidae (yu kia-kia)
  • Keluarga Rhinobatidae (yu kemejan)
  • Keluarga Trygonorrhinidae (pari banjo)
  • Keluarga Zanobatidae* (pari dulang)

* penempatan bagi keluarga ini tidak tentu

Order Rajiformes

  • Keluarga Anacanthobatidae (sahi kaki)
  • Keluarga Arhynchobatidae (sahi hidung lembut)
  • Keluarga Gurgesiellidae (sahi kerdil)
  • Keluarga Rajidae (sahi)

Order Myliobatiformes

  • Keluarga Aetobatidae (pari lang pelagik)
  • Keluarga Dasyatidae (pari ketuka)
  • Keluarga Gymnuridae (pari kelawar)
  • Keluarga Hexatrygonidae (pari insang enam)
  • Keluarga Myliobatidae (pari lang)
  • Keluarga Plesiobatidae (pari bulat gergasi)
  • Keluarga Potamotrygonidae (pari neotropika)
  • Keluarga Rhinopteridae (pari hidung lembu)
  • Keluarga Urolophidae (pari bulat)
  • Keluarga Urotrygonidae (pari bulat Amerika)

Nota

Rujukan

Tags:

Batoidea AnatomiBatoidea TaksonomiBatoidea NotaBatoidea RujukanBatoidea

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

SahurMona FandeyAzhan RaniNabi Ibrahim a.s.Raja Zarith SofiahPuteri Gunung LedangSenarai kata pinjaman bahasa MelayuGeografi JohorAmira OthmanAli bin Abi TalibSainsDatuk (gelaran)Mohd Safee Mohd SaliPeristiwa Memali 1985KKN di Desa Penari (filem)AssalamualaikumSenarai poskod di MalaysiaNasabPerodua KancilTerusan SuezAmir AhnafSunan Gunung JatiCongkakMasjidSenarai filem Malaysia berdasarkan kutipan tertinggiMasjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz ShahLelaki ItuAdnan Abu Hassan (ahli politik)Gereja KatolikMarga SangirEmma MaembongNuzul QuranDollaMinal 'Aidin wal-FaizinMohamed Fadzli HassanBruneiGajahProton WiraPolitik balas budiKota BharuBak kut tehBumiputera di SabahIslam di RwandaLaura AnnaSultan Ibrahim ibni Sultan IskandarPuncak AlamHaidPenjodoh bilangan bahasa MelayuMohd Noor Helmy Abdul HalemKerajaan TarumanagaraUlar Tedung SelarTauratSenarai Kementerian di MalaysiaSetelah Cinta Itu PergiAsha MericanMamat KhalidRita RudainiSudirman (penyanyi)Norreen ImanIsu kalimah Allah pada stoking 2024XPDCSenarai haiwanKristianSurah al-FatihahUniversiti Sultan Zainal AbidinMuhammad al-FatihKesultanan Melayu MelakaFrekuensi radio di PahangPulau MabulBella DallyShuib SepahtuSalasilah keturunan Nabi MuhammadShahrulezad MohameddinAlor SetarAl-hamdu lillahi rabbil 'alaminInfrastrukturOnn Hafiz GhaziSunan BonangJabatan dan agensi kerajaan Malaysia🡆 More