George Raymond Richard Martin (nama lahir George Raymond Martin, 20 September 1948), ialah sebuah penulis novel, cerpen dan lakon layar serta penerbit televisyen dari Amerika Syarikat.
Beliau dikenali melalui siri A Song of Ice and Fire; di mana ia diadaptasikan kepada siri Game of Thrones produksi HBO dari 2011 hingga 2019.
George R. R. Martin | |
---|---|
Lahir | George Raymond Martin 20 September 1948 Bayonne, New Jersey, U.S. |
Pekerjaan |
|
Pendidikan | Northwestern University (BS, MS) |
Genre |
|
Pasangan |
|
Tandatangan | |
Laman web | |
Official website |
George Raymond Martin lahir pada 20 September 1948, di Bayonne, negeri New Jersey; kepada Margaret Brady Martin dan Raymond Collins Martin, seorang pekerja dalam sebuah pelabuhan (longshoreman). Beliau mempunyai dua adik perempuan.
Martin menghadiri Mary Jane Donohoe School serta kemudiannya Marist High School di New Jersey. Pada 1970, Martin mendapat ijazah Sarjana Muda Sains dalam bidang kewartawanan dari Medill School of Journalism milik Northwestern University di Evanston, Illinois secara summa cum laude; beliau meneruskan pengajian Sarjana Sainsnya dalam bidang Kewartawanan tahun 1971 di Medill.
Ketika meletusnya Perang Vietnam, beliau mendapat kelayakan sebagai seorang askar kerahan namun beliau menolak lalu memohon penukaran tugas atas dasar cermat dan naluri (conscientious objector) sebagai seorang relawan Volunteers in Service to America di Cook County Legal Assistance Foundation selama dua tahun dari 1972 hingga 1974.
Ketika dia menduduki Marist High School, beliau mula menaruh minat terhadap buku komik terutamanya judul-judul mengenai kisah adiwira terbitan Marvel Comics; beliau turut menjadikan Stan Lee antara idola penulisannya "lebih lagi berbanding Shakespeare atau Tolkien." Beliau pernah mengutus surat kepada para editor komik Fantastic Four- isu No. 20 (November 1963) - para peminat yang turut menyumbang dalam bahagian surat-menyurat siri komik ini saling berutus surat dengannya sehingga mereka bersama-sama mewujudkan suatu lingkungan peminat (fandom) yang giat. Beliau turut menulis banyak terbitan peminat; Suatu karya cereka peminatnya berjudul "Powerman vs. The Blue Barrier" memenangi suatu anugerah pengkaryaan peminat pada tahun 1965.
Martin mula menulis cerita pendek dalam genre cereka sains secara profesional pada usia 21 tahun. Karya pertamanya, "The Hero", diterbitkan dalam isu Februari 1971 majalah Galaxy. Cerita pendek "With Morning Comes Mistfall" (1973) dalam majalah Analog dicalonkan untuk Anugerah Hugo dan Anugerah Nebula. Novel pertamanya Dying of the Light disiapkan tahun 1976 dan terbit tahun 1977.
Tahun | Tajuk | Catatan |
---|---|---|
The Twilight Zone |
| |
1987-1990 | Beauty and the Beast | Sebagai penerbit penasihat serta penasihat penulisan cerita, juga menulis episod-episod berikut:
|
1993 | Doorways | Sebagai penulis dan penerbit |
2011-2019 | Game of Thrones | Sebagai penerbit eksekutif bersama,
|
2015 | Sharknado 3: Oh Hell No! | Penampilan kameo |
2015 | Z Nation | Penampilan kameo |
2018 | Nightflyers (2018) | Sebagai penerbit eksekutif |
This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article George R. R. Martin, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses.
®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.