Garde Nationale

Garde Nationale (Pengawal Kebangsaan) ialah sebuah pasukan simpanan polis dan tentera serta gendarmerie di Perancis diwujudkan dalam bentuk semasa pada tahun 2016.

Namun, badan ini turut ada duluannya pada zaman dahulu ketika peralihan pemerintahan dari bentuk kerajaan ke repubilk di Perancis serta ketika banyak berlakunya pergelutan di antara tempoh-tempoh ini.

Garde Nationale
Garde Nationale
Lambang pasukan (sejak 2016)
Aktif1789–1827
1831–1872
2016–kini
NegaraGarde Nationale Perancis
CawanganAngkatan Tentera Perancis
JenisPengawal Kebangsaan Gendarmerie
Saiz75,000
Sebahagian daripadaAngkatan Tentera Perancis
MotoHonneur et Patrie
"Kehormatan dan Tanah Air"
Pertempuran (Senarai peperangan membabitkan Perancis)
Laman webgouvernement.fr/garde-nationale
Komander
Menteri Angkatan TenteraFlorence Parly
Setiausaha Agung Pengawal KebangsaanJeneral Gaëtan Poncelin de Raucourt
Komander
terkenal
Gilbert du Motier, marquis de Lafayette

Zaman Revolusi (1789-1799)

Zaman Monarki Julai

Zaman Revolusi 1848

Dalam Perang Perancis-Prusia (1870-1871)

Perang Perancis-Prusia membawa kepada penggulingan kerajaan Maharaja Napoleon III pada bulan September 1870 yang membawa kepada penubuhan Republik Perancis Ketiga; di mana pemerintah Republik tersebut memindahkan pusat mereka ke Tours. Paris pada ketika ini dijaga pasukan Pengawal berbanding pasukan tentera biasa. Paris diserahkan kepada pihak Prusia pada 28 Januari 1871, ketua eksekutif pemerintah Adolphe Thiers menandatangani suatu gencatan senjata dengan Prusia yang membubarkan Tentera Perancis namun ia tidak menjejaskan pihak Pengawal.

Suatu peperangan tercetus antara pihak pemerintah Republik dengan golongan radikal dalam Garde National dari 21 hingga 28 Mei 1871. Suatu laporan daripada Jeneral Félix Antoine Appert hanya menyatakan sebanyak 877 orang terkorban, 6,454 cedera dan 183 orang yang hilang dalam kalangan askar tentera dari bulan April hingga Mei ketika tercetusnya konflik ini.

Berikutan peristiwa tersebut, badan ini dibubarkan di semua komun di Perancis pada 25 Ogos 1871. Undang-undang 27 Julai 1872 menyatakan bahawa "setiap badan bersenjata yang diorganisasikan tertakluk kepada undang-undang tentera melaporkan diri kepada Kementerian Perang" (Perkara 6).

Republik Kelima

Pada bulan Julai 2016, berikutan siri serangan pengganas yang didakwa dilakukan oleh Daesh di serata Perancis, Presiden François Hollande mengumumkan pembentukan semula sebuah Pengawal Kebangsaan yang terdiri daripada anggota simpanan dan sukarelawan. Ia ditubuhkan secara rasminya pada Oktober 2016 di mana ia termasuk anggota pasukan simpanan tentera, polis dan gendarmerie yang keseluruhannya 72,000 orang diselaraskan oleh setiausaha umum yang sama. Keanggotaan dalam pasukan ini meningkat dengan drastiknya pada akhir bulan Oktober 2016 hasil sukarelawan daripada kalangan remaja yang didorong "memerangi keganasan" hasil insiden penembakan pejabat majalah Charlie Hebdo pada tahun tersebut; lalu jumlah tenaga kerja pasukan bertambah mencapai 85,000 orang pada tahun 2018.

Rujukan

Tags:

Garde Nationale Zaman Revolusi (1789-1799)Garde Nationale Zaman Monarki JulaiGarde Nationale Zaman Revolusi 1848Garde Nationale Dalam Perang Perancis-Prusia (1870-1871)Garde Nationale Republik KelimaGarde Nationale RujukanGarde Nationale2016Angkatan Tentera PerancisGendarmeriePerancis

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Senarai perbandingan pangkat tenteraShiqin KamalMustapha KamalKugiran MasdoRomantisismeMandi wajibKuala TerengganuSenarai SBP di MalaysiaKerajaan Bani UmaiyahSunan MuriaPerang BadarSepahtu Reunion Al-RayaNasi lemakHello, Mr. Perfect!HemoroidMatahariAyob Khan Mydin PitchayPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 UzbekistanLee Kee HiongMenara Berkembar PetronasAhirine AhirudinBahasa MaduraIntan NajuwaDaun salamSenarai penerima darjah kebesaran negeri Terengganu 2023Lelaki ItuNabi Adam a.s.Rizky NazarPuncak AlamPitt HanifMuhamad Akmal SalehSharifah AmaniAbdul Razak HusseinLaluan Shah AlamSelawatPak Ketipak KetipungKrisis pencerobohan Lahad Datu 2013Seri Kembangan7 Hari Mencintaiku (musim 3)Ungku Ismail AzizKomunismeJambatan Sultan Abdul Halim Muadzam ShahRahmad AyobNabi Ibrahim a.s.Daun terupXPDCPerang UhudStadium Nasional Bukit JalilLapangan Terbang Sultan Ismail PetraSungai PetaniEKhaliq Mehtab Mohd IshaqMay (kugiran)Jam 12 jamEmma MaembongSolatFrom Saga With LoveBidaraHelikopter Nuri Terhempas di Genting Sempah 2007Dewi RemajaGeografi JohorSabrina AliPembentukan MalaysiaErysha EmyraPenjodoh bilangan bahasa MelayuAhmad Zahid HamidiLaman UtamaManchester United F.C.Beto KusyairyProton WiraKhadijah binti KhuwailidSolehahRahsia (filem 2023)Parti Islam Se-MalaysiaTabbyMunafikSultanah Nur Diana Petra Abdullah🡆 More