Franz Beckenbauer

Franz Anton Beckenbauer (Sebutan bahasa Jerman: ; lahir 11 September 1945) merupakan bekas pemain dan pengurus bola sepak Jerman.

Beliau digelar Der Kaiser ("Maharaja") kerana gaya permainan dan kepimpinannya di atas padang serta nama depannya, "Franz" mengingatkan kepada Maharaja Austria. Beliau dianggap salah satu pemain bola sepak terhebat dalam sejarah bola sepak. Seorang pemain yang serba boleh memulakan kariernya di posisi pemain tengah namun Beckenbauer mencipta namanya sebagai pertahanan. Beliau sering dianggap sebagai pencipta posisi sweeper moden atau dikenali sebagai libero.

Franz Beckenbauer
Franz Beckenbauer
Maklumat peribadi
Nama penuh Franz Anton Beckenbauer
Tarikh lahir (1945-09-11) 11 September 1945 (umur 78)
Tempat lahir Munich, Jerman
Ketinggian 1.81 m (5 ka ​11 516 in)
Posisi permainan Sweeper
Kerjaya remaja
1951–1959 SC München von 1906
1959–1964 Bayern Munich
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1964–1977 Bayern Munich 439 (64)
1977–1980 New York Cosmos 80 (17)
1980–1982 Hamburger SV 28 (0)
1983 New York Cosmos 25 (2)
Jumlah 572 (83)
Pasukan kebangsaan
1964 Belia Jerman Barat 3 (3)
1965 Jerman Barat B 2 (0)
1965–1977 Jerman Barat 103 (14)
Pasukan diurus
1984–1990 Jerman Barat
1990–1991 Marseille
1993–1994 Bayern Munich
1996 Bayern Munich
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Dua kali diumumkan sebagai Pemain Bola Sepak Terbaik Eropah, Beckenbauer beraksi sebanyak 103 perlawanan buat Jerman Barat dan tampil dalam tiga edisi Piala Dunia. Beliau bersama Mário Zagallo dari Brazil, kedua-duanya meraih Piala Dunia sebagai pemain dan pengurus. Beckenbauer meraih trofi Piala Dunia sebagai kapten pasukan pada tahun 1974 dan sebagai pengurus pada 1990. Selain itu, beliau turut merangkul trofi Kejohanan Eropah di peringkat antarabangsa dan Piala Eropah di peringkat kelab dan kedua-duanya pencapaian tersebut sebagai kapten pasukan. Beliau disenaraikan ke dalam "Pasukan Dunia Abad ke-20" pada tahun 1998, "FIFA World Cup Dream Team" pada tahun 2002 dan FIFA 100 pada tahun 2004 iaitu kalangan pemain bola sepak terhebat.

Di peringkat kelab bersama Bayern Munich, Beckenbauer meraih Piala Pemenang UEFA pada tahun 1967 dan tiga kejuaraan Piala Eropah berturut-turut dari tahun 1974 hingga 1976. Selepas bersara, beliau menjadi pengurus dan presiden Bayern Munich. Selepas dua tempoh bersama New York Cosmos, beliau diserap ke dalam "National Soccer Hall of Fame" Amerika Syarikat.

Pada hari ini, Beckenbauer kekal sebagai tokoh dalam bola sepak Jerman bahkan di peringkat antarabangsa. Beliau berjaya membawa Jerman memenangi bidaan tuan rumah Piala Dunia 2006 dan mengetuai jawatankuasa penganjur. Beliau kini bekerja sebagai pundit untuk Sky Deutschland dan kolumnis untuk akhbar Bild.

Kerjaya kelab

Beckenbauer melakukan penampilan sulungnya bersama Bayern pada aksi Regionalliga Süd ("Liga Daerah Selatan", divisyen kedua Jerman) dengan beraksi di posisi sayap kiri menentang Stuttgarter Kickers pada 6 Jun 1964. Pada musim pertamanya di liga daerah 1964-65, pasukannya memperoleh promosi ke Bundesliga, liga yang baru dibentuk sebagai divisyen pertama.

Bayern seterusnya menjadi kuasa besar dalam liga baru Jerman apabila meraih Piala Jerman pada musim 1966-67 dan merangkul kejayaan Eropah dalam Piala Pemenang Eropah 1967. Beckenbauer menjadi kapten pasukan Bayern buat musim 1968-69 dan membawa kelabnya menjuarai Bundesliga kali pertama. Pada masa itu juga, beliau cuba menggunakan posisi sweeper (libero)

Sepanjang tempoh Beckenbauer di Bayern Munich, mereka menjuarai tiga kejuaraan liga berturut-turut dari tahun 1972 hingga 1974 dan turut meraih tiga trofi Piala Eropah berturut-turut (1974-76) sekali gus mereka memberi penghargaan untuk memiliki trofi tersebut selama-lamanya.

Menariknya, sejak tahun 1968 Beckenbauer digelar Der Kaiser oleh pihak media dan penyokong. Hal ini kerana dalam perlawanan persahabatan Bayern Munich yang berlangsung di Vienna, Austria, Beckenbauer bergambar dengan bekas Maharaja Austria, Franz Joseph I. Seterusnya, media menggelar beliau Fußball-Kaiser (maharaja-bola sepak) sebelum berubah menjadi Der Kaiser.

Pada tahun 1977, Beckenbauer menerima kontrak lumayan untuk beraksi dengan kelab North American Soccer League, New York Cosmos. Beliau beraksi di Amerika Syarikat selama empat musim hingga tahun 1980 dan pasukannya meraih tiga trofi Soccer Bowl (1977, '78, '80).

Selepas itu, Beckenbauer berpindah semula ke Jerman bersama kelab Hamburg (1980–82) dan merangkul gelaran Bundesliga pada musim terakhirnya di situ. Beliau mengumumkan persaraan selepas kembali semula ke New York Cosmos pada tahun 1983. Sepanjang kariernya dalam liga domestik, beliau telah melakukan 587 kemunculan dan menjaringkan 81 gol.

Kerjaya antarabangsa

Beckenbauer tampil dalam 103 perlawanan antarabangsa dan menjaringkan 14 gol untuk pasukan Jerman Barat. Beliau merupakan sebahagian daripada skuad Piala Dunia yang menamatkan kejohanan di tempat naib juara pada tahun 1966, tempat ketiga pada 1970 dan juara pada Piala Dunia FIFA 1974. Beliau turut diumumkan ke dalam anugerah Bintang Pasukan Pilihan buat ketiga-tiga edisi tersebut. Selain itu, beliau juga mengambil bahagian dalam Euro 1972 dan menjadi naib juara dalam edisi 1976. Perlawanan sulung Beckenbauer untuk pasukan kebangsaan Jerman Barat pada 26 September 1965.

Franz Beckenbauer 
Beckenbauer saat menjadi kapten pasukan Jerman Barat ketika kejohanan Piala Dunia 1974.

Beckenbauer melakukan kemunculan Piala Dunia sulungnya pada tahun 1966 dengan beraksi kesemua perlawanan. Pada perlawanan pertamanya di Piala Dunia menentang Switzerland, beliau menjaringkan dua gol dalam meraikan kemenangan 5–0. Jerman Barat menjadi juara kumpulan seterusnya menewaskan Uruguay 4-0 pada peringkat suku akhir yang mana Beckenbauer menjaringkan gol kedua Jerman pada minit ke-70.

Dalam perlawanan separuh akhir bertemu Soviet, Helmut Haller menjaringkan gol pembukaan perlawanan manakala Beckenbauer menambah lagi duka Soviet dengan menjaringkan gol kedua Jerman sekali gus gol keempat dicetaknya sepanjang kejohanan. Akhirnya, pasukan Jerman menempah tiket ke perlawanan akhir selepas menyingkirkan cabaran Soviet 2-1. Pada perlawanan akhir, mereka berhadapan tuan rumah, England. Pasukan tuan rumah menjadi juara dunia selepas mengalahkan Jerman Barat 4-2 dengan beberapa isu kontroversi pada perlawanan tersebut. Walaupun pasukan Jerman kecewa akan kekalahan ini, tetapi Beckenbauer mencipta namanya dalam kejohanan tersebut apabila mempamerkan persembahan menarik dan teruja ditonton. Pasukan Jerman disambut seperti wira sebaik tiba di tanah air.

Dalam saingan Piala Dunia 1970, pasukan Jerman berjaya memenangi semua perlawanan peringkat kumpulan sebelum bertemu England pada pusingan kedua dan dianggap perlawanan ulangan final Piala Dunia 1966. England mendahului 2-0 pada separuh masa pertama tetapi gol menarik Beckenbauer pada minit ke-69 membantu Jerman bangkit sebelum menyamakan kedudukan 2-2 sebelum masa penuh. Akhirnya, Jerman menang 3-2 hasil jaringan masa tambahan oleh Gerd Müller sekali gus Jerman mara ke peringkat seterusnya bertemu Itali. Mereka terpaksa akur akan kekalahan 4-3 dalam perlawanan yang dikenali sebagai Game of the Century ("Perlawanan Abad Ini") di kedua-dua negara tersebut. Jerman menewaskan Uruguay dalam penentuan tempat ketiga 1-0.

Beckenbauer menjadi kapten pasukan Jerman mulai tahun 1971. Pada kejohanan Euro 1972, Jerman Barat dinobatkan juara Eropah dengan membenam Soviet 3-0 pada perlawanan akhir.

Beckenbauer merupakan tonggak utama pasukan Jerman Barat yang bergelar juara dunia pada 1974. Mereka menewaskan Belanda yang dibintangi Johan Cruyff dalam perlawanan akhir Piala Dunia tersebut. Beckenbauer menjadi kapten pertama menjulang trofi Piala Dunia baru yang diperkenalkan pada edisi tersebut. Kejayaan ini menyumbang kepada Jerman Barat menjadi pasukan Eropah pertama meraih Kejohanan Eropah dan Piala Dunia serentak (setelah itu, dua negara telah berjaya meraih rekod ini iaitu Perancis pada 2000 dan Sepanyol pada 2010).

Dalam kejuaraan 1976, pasukan Jerman Barat sekali lagi mara ke perlawanan akhir namun kali ini mereka tewas kepada Czechoslovakia menerusi penentuan penalti. Beckenbauer diumumkan ke dalam Bintang Pasukan Pilihan Kejohanan.

Beckenbauer bersara daripada pasukan kebangsaan Jerman Barat pada tahun 1977 semasa usia 31 tahun selepas melakukan perpindahan ke New York Cosmos.

Kerjaya pengurus

Franz Beckenbauer 
Beckenbauer pada tahun 1990

Beckenbauer dilantik sebagai ketua jurulatih Jerman Barat untuk menggantikan Jupp Derwall. Beliau membawa pasukan Jerman mara ke perlawanan akhir Piala Dunia 1986 namun terpaksa akur tewas kepada Argentina yang dibintangi legenda Diego Maradona.

Pada tahun 1990, sebelum penyatuan semula Jerman, Beckenbauer mengendali pasukan Jerman tanpa kelibat pemain dari negara Jerman Timur yang memenangi Piala Dunia 1990 selepas menewaskan Argentina 1-0 dalam perlawanan akhir dan dianggap pengulangan final Piala Dunia lalu. Beckenbauer bersama Mario Zagallo menjuarai Piala Dunia ketika menjadi pemain dan pengurus pasukan kebangsaan.

Beckenbauer seterusnya mengambil alih pengurusan kelab dengan menerima jawatan pengurus Olympique de Marseille pada tahun 1990 tetapi meninggalkan kelab Perancis tersebut selepas setahun. Marseille akhirnya menjuarai liga Perancis dan menjadi naib juara Piala Eropah.

Dari 28 Disember 1993 hingga 30 Jun 1994 dan seterusnya mulai 29 April 1996 hingga 30 Jun pada tahun yang sama, beliau mengendali pasukan Bayern Munich. Dua tempohnya di kelab Bavaria itu menyaksikan beliau meraih beberapa pencapaian antaranya gelaran Bundesliga pada tahun 1994 dan Piala UEFA pada tahun 1996.

Pada tahun 1994, beliau mengambil alih jawatan presiden kelab Bayern dan banyak kejayaan pada tahun-tahun sesudahnya telah diraih hasil pengurusan bijak Beckenbauer. Berikutan keputusan kelab untuk berubah kepada sebuah syarikat terhad, beliau telah menjadi pengerusi lembaga penasihat sejak tahun 2002.

Pada tahun 1998, beliau merupakan naib presiden Persatuan Bola Sepak Jerman (DFB). Pada penghujung tahun 1990an, Beckenbauer sebagai ketua pembida berjaya membantu Jerman memenangi pembidaan sebagai tuan rumah atau pengajur bagi kejohanan Piala Dunia 2006. Beliau turut memengerusi jawatankuasa antarabangsa bagi Piala Dunia dan seorang pengulas untuk tabloid Jerman, Bild-Zeitung.

Statistik kerjaya

Kelab

Kelab Musim Liga Piala Benua Lain Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Franz Beckenbauer  Bayern Munich 1963–64 6 2 6 2
1964–65 37 17 37 17
1965–66 33 4 6 1 39 5
1966–67 33 0 5 0 9 0 47 0
1967–68 28 4 4 0 7 1 39 5
1968–69 33 2 6 0 39 2
1969–70 34 6 1 0 2 0 37 6
1970–71 33 3 9 1 8 1 50 5
1971–72 34 6 6 1 7 1 47 8
1972–73 34 6 6 0 6 1 46 7
1973–74 34 5 4 0 10 1 48 5
1974–75 33 1 3 0 7 1 43 2
1975–76 34 5 7 2 9 0 2 0 52 7
1976–77 33 3 4 0 37 3
Jumlah 439 64 61 5 65 6 2 0 567 75
Franz Beckenbauer  New York Cosmos 1977 15 4 15 4
1978 27 8 27 8
1979 12 1 12 1
1980 26 4 26 4
Jumlah 80 17 80 17
Franz Beckenbauer  Hamburger SV 1980–81 18 0 1 0 0 0 19 0
1981–82 10 0 3 0 5 0 18 0
Jumlah 28 0 4 0 5 0 37 0
Franz Beckenbauer  New York Cosmos 1983 25 2 25 2
Jumlah kerjaya 572 83 65 5 70 6 2 0 709 94

Antarabangsa

Pasukan kebangsaan Jerman Barat
Tahun Kmncln Gol
1965 3 0
1966 12 7
1967 5 0
1968 9 1
1969 6 0
1970 12 2
1971 9 2
1972 7 0
1973 10 1
1974 15 0
1975 7 0
1976 7 1
1977 1 0
Jumlah 103 14

Gol antarabangsa

Pengurusan

Pasukan Mulai Hingga Rekod
BP M S K Menang %
Franz Beckenbauer  Jerman Barat 1984 1990 &&&&&&&&&&&&&066.&&&&&066 &&&&&&&&&&&&&034.&&&&&034 &&&&&&&&&&&&&020.&&&&&020 &&&&&&&&&&&&&012.&&&&&012 &&&&&&&&&&&&&051.52000051.52
Franz Beckenbauer  Olympique Marseille 1 September 1990 31 Disember 1990 &&&&&&&&&&&&&025.&&&&&025 &&&&&&&&&&&&&016.&&&&&016 &&&&&&&&&&&&&&04.&&&&&04 &&&&&&&&&&&&&&05.&&&&&05 &&&&&&&&&&&&&064.&&&&&064.00
Franz Beckenbauer  Bayern Munich 28 Disember 1993 30 Jun 1994 &&&&&&&&&&&&&014.&&&&&014 &&&&&&&&&&&&&&09.&&&&&09 &&&&&&&&&&&&&&02.&&&&&02 &&&&&&&&&&&&&&03.&&&&&03 &&&&&&&&&&&&&064.29000064.29
Franz Beckenbauer  Bayern Munich 28 April 1996 30 June 1996 &&&&&&&&&&&&&&05.&&&&&05 &&&&&&&&&&&&&&03.&&&&&03 &&&&&&&&&&&&&&00.&&&&&00 &&&&&&&&&&&&&&02.&&&&&02 &&&&&&&&&&&&&060.&&&&&060.00
Jumlah &&&&&&&&&&&&0110.&&&&&0110 &&&&&&&&&&&&&062.&&&&&062 &&&&&&&&&&&&&026.&&&&&026 &&&&&&&&&&&&&022.&&&&&022 &&&&&&&&&&&&&056.36000056.36

Pencapaian

Pemain

Kelab

    Bayern Munich
  • Bundesliga: 1968–69, 1971–72, 1972–73, 1973–74
  • DFB-Pokal: 1965–66, 1967–68, 1968–69, 1970–71
  • Piala Eropah: 1973–74, 1974–75, 1975–76
  • Piala Pemenang UEFA: 1966–67
  • Piala Antara Benua: 1976
    Hamburger SV
    New York Cosmos
  • North American Soccer League: 1977, 1978, 1980
  • Piala Trans-Atlantik: 1980, 1983

Antarabangsa

    Jerman Barat

Pengurus

    Jerman Barat
    Marseille
    Bayern Munich

Individu

    Pemain
  • Ballon d'Or: 1972, 1976
  • Pemain Bola Sepak Terbaik Jermn: 1966, 1968, 1974, 1976
  • Regionalliga Süd: 1965
  • Pemain Muda Terbaik Piala Dunia: 1966
  • Kasut Gangsa Piala Dunia FIFA: 1966
  • Bintang Pasukan Pilihan Piala Dunia: 1966, 1970, 1974
  • FIFA XI: 1968
  • Bravo Otto – Anugerah Gangsa: 1974, 1975
  • Bravo Otto – Anugerah Perak: 1976
  • Bola Perak Piala Dunia: 1974
  • Anugerah Pemain Berharga NASL: 1977
  • Pingat Merit FIFA: 1984
  • FIFA World Cup All-Time Team: 1994
  • Bintang Pasukan Pilihan Kejohanan Eropah: 1972, 1976
  • Pasukan Dunia Abad ke-20: 1998
  • FIFA World Cup Dream Team: 2002
  • Anugerah Tokoh Bola Sepak Centennial FIFA: 2004
  • FIFA 100: 2004
  • Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Laureus: 2007
  • IFFHS Universal Genius of World Football: 2007
  • Golden Foot: 2010, sebagai legenda bola sepak
  • Marca Leyenda: 2012
  • Anugerah Presiden FIFA: 2012
  • Anugerah Presiden UEFA: 2012
  • Kesebalasan Utama World Soccer Sepanjang Zaman: 2013
  • Kesebelasan Utama Kejohanan Eropah Sepanjang Zaman: 2016
    Pengurus
  • Pengurus Terbaik Anugerah World Soccer: 1990
  • Jurulatih Bola Sepak Eropah Terbaik: 1990

Sivik

  • Pingat Merit Republik Persekutuan Jerman: 1976
  • Pingat Merit Bavaria: 1982
  • Pingat Merit Kelas Pertama Republik Persekutuan Jerman: 1986
  • Syiling Emas Kehormat Bandar Munich: 1995
  • Doktor Kehormat Akademi Sukan Antarabangsa: 2004
  • Komander Pingat Merit Republik Persekutuan Jerman: 2006
  • Pingat Merit Kelas Pertama Niedersachsen: 2008
  • Pingat Merit Negeri Rhine-Westphalia Utara: 2009
  • Konsul kehormat Republik Kosovo: 2011

Nota

Catatan

Pautan luar

Kedudukan sukan
Didahului oleh
Werner Olk
Kapten Bayern Munich
1970–1977
Diikuti oleh:
Sepp Maier
Didahului oleh
Wolfgang Overath
Kapten Jerman Barat
1972–1977
Diikuti oleh:
Berti Vogts

Tags:

Franz Beckenbauer Kerjaya kelabFranz Beckenbauer Kerjaya antarabangsaFranz Beckenbauer Kerjaya pengurusFranz Beckenbauer Statistik kerjayaFranz Beckenbauer PencapaianFranz Beckenbauer NotaFranz Beckenbauer CatatanFranz Beckenbauer Pautan luarFranz BeckenbauerFranz Joseph IPemain tengahPertahanan (bola sepak)

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Sijjin (filem 2023)WikipediaBrisbaneSenarai lagu yang bertemakan Hari RayaLaman UtamaJohan GhazaliRukun ImanAmyra RosliPerkahwinan menurut IslamKhairy JamaluddinMalaysiaAn-Nuayman bin AmrQiamullailCristiano RonaldoSenarai universiti di MalaysiaSlot SakuraReading, BerkshireAmin IdrisJibrailSandrinna MichelleOmanIjazah sarjanaHarissa AdlynnSultan Nazrin Muizzuddin ShahSyahadahProton WiraTenaga Nasional BerhadFrekuensi radio di Negeri SembilanAwesome TVTurkiUniversiti Teknologi MalaysiaAdab menyambut kelahiran bayi menurut IslamSurah Al-QadrPangsapuriKanun KeseksaanKetua Polis Negara MalaysiaPerintah Kawalan Pergerakan Malaysia 2020-2021Tengku Hassanal Ibrahim Alam ShahKanadaKhunsaBatu PahatSalomaOrang Melayu MalaysiaTikTokAmerika SyarikatTengku Zafrul Abdul AzizBoBoiBoyKetumbarTepung pelitaRukun IslamKejohanan Bola Sepak ASEAN 2022The Original Gangster12 Dewa OlympusKerisRawang, SelangorUlar Tedung SelarBaba dan NyonyaSlot AkasiaSenarai poskod di MalaysiaHubungan seks100 PLUSShahril Sufian HamdanJarell QuansahPenyakit koronavirus 2019Surah Al-AlaqBahasa MaduraA. GalakFrekuensi radio di SelangorUniversiti Utara MalaysiaKerajaan TarumanagaraDarah yang keluar dari rahim wanitaDaim ZainuddinGantangSantapan TerakhirAsmadi Mohamed NaimPaskah YahudiMaria Ozawa🡆 More