Fon

Fon atau pasuan (font) ialah bentuk aksara termasuk huruf, angka dan tanda baca dalam sesebuah muka taip dengan ukuran dan gaya tertentu agar boleh dibaca selepas dicetak atau dipaparkan.

Fon
Pelbagai jenis rupa fon huruf bertulis perkataan sama, "Schriftbild"; ada yang seragam garis, ada yang sebahagian garis huruf menajam mahupun menebal, malah ada yang melingkar.

Bentuk-bentuk ini boleh digayakan dengan mengubah sedikit penampilan pada sebahagian perkataan agar lebih menonjol daripada petikan penulisan lain untuk tujuan tertentu:

  • huruf yang tebal (dalam bahasa Inggeris: bold) garis asas berbanding teks sekeliling menunjukkan perkataan yang penting dan mesti diingati sebelum bacaan selanjutnya boleh disusuli. Kamus-kamus juga menebalkan perkataan yang didahulukan sebelum takrifannya agar senang dicari daripada banyak perkataan yang sama huruf mulanya serta berderet-deret.
  • huruf yang condong (dalam bahasa Inggeris: italic) digunakan untuk membezakan seberapa benda penting:
    1. antara dua bahasa berlainan dalam sesebuah penulisan,
    2. judul sesebuah karya termasuk filem, penerbitan seperti majalah dan surat khabar,
    3. penamaan sesebuah spesies hidupan yang lazim menggunakan bahasa Latin (contoh: Panthera tigris, Homo sapiens)
    4. simbol-simbol matematik termasuk dalam perkiraan algebra dan fizik seperti pemalar matematik dan kuantiti fizikal
        "Kelajuan cahaya atau c bersamaan kira-kira 3.00×108 m/s."

Peristilahan

Font yang dipinjam kepada istilah "fon" datangnya daripada istilah bahasa Perancis bermaksud "tuangan, cairan" terbitan kata dasar fondre yang bermaksud "mencairkan", yakni dari kaedah setiap huruf yang dituangkan besinya membentuk kepingan yang dipasangkan kepada pencetak besar sepertimana yang dilakukan pada zaman dahulu.

Pasuan pula merujuk kepada hujung jejari roda pencetak roda daisi berukir bentuk huruf yang akan diketuk dari kekunci berpadanan ditekan menimbulkan aksara bertanda pada kertas.

Rujukan

Tags:

AksaraAngkaHurufMuka taipPencetakanTanda baca

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Teluk IntanAzad JasminAween IsmailLiga Super Malaysia 2024–25Hantu Kak LimahZUS CoffeeSenarai kata pinjaman bahasa MelayuNadhir NasarBurasShah IskandarKelapa sawitMas Ermieyati SamsudinJamrahMark AdamSazali SamadSifat-sifat AllahBahasa MaduraKerajaan SalakanagaraMohd Noor Helmy Abdul HalemGenting HighlandsOktovia ManroseGajusSiti HariesaEddie HamidLee Kee HiongKementerian Dalam Negeri MalaysiaPerang BadarPenguatkuasaan undang-undang di MalaysiaSunan Gunung JatiSultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah ShahRukun ImanPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 JepunPerang Dunia KeduaKOZ EntertainmentMaya KarinMustapha KamalNegarakuSetem (filem)BruneiSolatAnugerah AidilfitriI.D.Ikan Sebelah LautLaman UtamaFrekuensi radio di SabahRokokAdiraKhairy JamaluddinPilihan raya negeri Selangor 2023PenggunaKesan perubahan iklimFrekuensi radio di Negeri SembilanKanun KeseksaanDoa IftitahUjian dadahKesultanan DemakPASKAL (filem)Misteri DilailaRedza RosliFauzi NawawiUthman bin AffanLatTabbySolehahNajua NasirR.A. KartiniTentang Hati DiaBuah kerasSenarai poskod di MalaysiaKuala Kubu Baharu (kawasan negeri)Shaharuddin ThambyJangan Menangis Cinta (drama)Syamsul YusofAngkatan Pertahanan Awam MalaysiaAzhar SulaimanPrivate Bodyguard🡆 More