Frederik Willem De Klerk

Frederik Willem de Klerk (18 Mac 1936 – 11 November 2021) ialah seorang ahli poliitk dari Afrika Selatan.

Beliau merupakan Presiden Afrika Selatan kulit putih yang terakhir memerintah pada zaman aparteid dari September 1989 hingga Mei 1994 selain juga memimpin Parti Kebangsaan dari Februari 1989 hingga September 1997.


Frederik Willem de Klerk

OMG DMS
Frederik Willem De Klerk
De Klerk pada tahun 2012
Presiden Negara Afrika Selatan ke-7
Dalam jawatan
15 Ogos 1989 (1989-08-15) – 10 Mei 1994 (1994-05-10)
Didahului olehP. W. Botha
Digantikan olehNelson Mandela
sebagai Presiden
Naib Presiden Afrika Selatan
Dalam jawatan
10 Mei 1994 (1994-05-10) – 30 Jun 1996 (1996-06-30)
Berkhidmat dengan Thabo Mbeki
PresidenNelson Mandela
Didahului olehAlwyn Schlebusch
sebagai Naib Presiden Negara
Digantikan olehThabo Mbeki (semata-mata)
Butiran peribadi
LahirFrederik Willem de Klerk
(1936-03-18)18 Mac 1936
Johannesburg, Transvaal, Afrika Selatan
Meninggal dunia11 November 2021(2021-11-11) (umur 85)
Fresnaye, Cape Town, Afrika Selatan
Parti politikKebangsaan
Sekutu gabungan
politik lain
Kebangsaan Baru
Pasangan
  • Marike Willemse (k. 1959; c. 1996)
  • Elita Georgiadis (k. 1999)
Anak-anak
  • Jan
  • Willem
  • Susan
HubunganJohannes de Klerk (bapa)
KediamanCape Town, Western Cape
Alma materPotchefstroom University (BA, LLB)
PekerjaanAhli politik
ProfesionPeguam
TandatanganFrederik Willem De Klerk

De Klerk terkenal di dalam sejarah antarabangsa sebagai pemimpin yang berjaya mengakhiri era aparteid, suatu dasar perkauman di Afrika Selatan yang menindas kaum majoriti kulit hitam. Dia juga telah mengubah sistem pentadbiran negara dari sebuah regim kuku besi ke sistem demokrasi, dimana penduduk kulit hitam (yang melebihi 90% penduduk Afrika Selatan) diberikan hak mengundi.

Kehidupan awal

Frederik lahir pada 18 Mac1936 di kawasan luar bandar Mayfair di Johannesburg, beliau anak kedua dalam sebuah keluarga penutur bahasa Afrikaans. Keturunan nenek moyangnya yang sebahagiannya Huguenot (berdasarkan nama keluarganya yang bermaksud "paderi" dalam bahasa Perancis) dicatat tiba berhijrah ke selatan benua Afrika pada tahun 1866, ibunya pula berketurunan orang Austria.

Keluarganya memainkan peranan penting dalam masyarakat Afrikaner; datuknya seorang paderi yang pernah terlibat dalam Perang Boer Pertama serta pernah bertanding sebagai calon dalam Parti Kebangsaan sebanyak dua kali. Bapa saudaranya, J. G. Strijdom, Perdana Menteri Afrika Selatan antara 1954 dan 1958. Ayahnya, Jan de Klerk, seorang senator serta setiausaha dalam cawangan Transvaal Parti Kebangsaan selama 15 tahun. Dalam persekitaran inilah Frederik didedahkan kepada ehwal politik sejak kecil.

Selepas menamatkan pendidikan tingginya di Krugersdorp, De Klerk mendapat ijazah sarjana mudanya dalam bidang perniagaan dan kemudiannya dalam bidang undang-undang pada tahun 1958 dari Universiti Potchefstroom . Pada tahun 1969 dia berkahwin dengan Marike Willemse, dan kemudiannya dianugerahi dengan tiga cahaya mata, dua anak lelaki dan dan seorang anak perempuan.

Kerjaya politik awal

De Klerk yang lebih dikenali sebagai "F.W." telah menjadi ahli kabinet pada 1978. Pada 1982, dia menjadi pemimpin Parti Kebangsaan untuk daerah Transvaal. Selepas kerjaya politik yang agak lama, beliau mengetuai kumpulan verligte ("bercahaya") dalam parti kerajaan pada tahun 1989. Hasilnya, pada Februari 1989 dia dilantik ketua Parti Kebangsaan dan menggantikan P.W. Botha sebagai Presiden apabila Botha terpaksa meletak jawatan setelah diserang penyakit angin ahmar.

Sebagai Presiden

Ke arah demokrasi

Tindakan beliau menarik balik pengharaman ke atas Kongres Kebangsaan Afrika dan organisasi kaum kulit hitam yang lain pada Februari 1990 merupakan titik permulaan perundingan yang menuju kearah berakhirnya Aparteid dan pentadbiran minoriti kulit putih. Pada 10 Februari tahun yang sama, de Klerk mengumumkan pembebasan Nelson Mandela pada hari yang berikutnya. Kedua-dua De Klerk serta Mandela kemudiannya dianugerahkan dengan Hadiah Nobel untuk keamanan pada 1993 atas usaha gigih mereka menamatkan regim aparteid secara aman dan meletakkan asas yang kukuh bagi membina Afrika Selatan baru yang demokratik.

Pada April 1994, pilihan raya semua bangsa yang pertama telah diadakan dan Mandela telah dipilih dengan majoriti yang besMANDELA ma dua tahun. Pada 1997, beliau telah meletak jawatan supaya Parti Kebangsaan tidak lagi dikaitkan dengan polisinya yang lampau.

Zaman pasca-apartheid dan persaraan

Penceraiannya dengan isterinya, Marike pada Oktober 1998 dan perkahwinan semula dengan Elita Georgiades telah mencetuskan skandal di Afrika Selatan. Negara juga dikejutkan dengan pembunuhan bekas isterinya semasa suatu perompakan, ditangan seorang pengawal keselamatan.

Pada 2004, de Klerk telah keluar dari parti Parti Kebangsaan Baru setelah parti tersebut mengumumkan penggabungan dengan parti kerajaan ANC.

Kematian

Pada 19 Mac 2021, diumumkan bahawa De Klerk telah didiagnosis dengan penyakit Mesothelioma. Beberapa bulan kemudian, pada 11 November, beliau meninggal akibat komplikasi dari penyakit itu di rumahnya di Cape Town, pada usia 85 tahun.

Rujukan

Pautan luar

Didahalui oleh:
P.W. Botha
(Presiden Negara Afrika Selatan)
Presiden Negara Afrika Selatan ke-9 Digantikan oleh:
Nelson Mandela

Tags:

Frederik Willem De Klerk Kehidupan awalFrederik Willem De Klerk Kerjaya politik awalFrederik Willem De Klerk Sebagai PresidenFrederik Willem De Klerk Zaman pasca-apartheid dan persaraanFrederik Willem De Klerk KematianFrederik Willem De Klerk RujukanFrederik Willem De Klerk Pautan luarFrederik Willem De KlerkAfrika SelatanAparteidParti KebangsaanPresiden Afrika Selatan

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Sultan Ibrahim ibni Sultan IskandarSharifah HusnaBandar Raya MexicoSejarah al-QuranBak kut tehTunku Azizah Aminah Maimunah IskandariahMasjid Wilayah PersekutuanNegara PalestinBadmintonLaila NasirSemenyihTunku Ismail ibni Sultan IbrahimSenarai poskod di MalaysiaAtikah SuhaimeSenarai Surah Al-QuranSlot MegaDramaRangka manusiaPerang PadriProton SatriaPeristiwa Kampung MedanNasi kerabuNabi Isa a.s.Senarai peribahasa (A–M)NabiSurah Al-InsyirahFrekuensi radio di MelakaKerajaan SalakanagaraJuventusLiza AbdullahNeelofaMacGasingSolat jamakYogurtJesus ChristHemoroidHero Seorang CinderellaNadia BrianWikipediaNegeri-negeri Melayu Tidak BersekutuErysha EmyraSolat Sunat RawatibWak DoyokNgabuburitBendera PalestinDaiyan TrishaOrang Asli di MalaysiaMakkahResolusi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 377Puasa (Islam)AnafilaksiAndrew RobertsonAriz LufiasNegeri SembilanKota KinabaluSelangorPenjaga gawang (bola sepak)Frekuensi radio di SelangorKhulafa al-RasyidinSenarai bandar bagi setiap negeri di Malaysia mengikut populasiGiacinto FacchettiFauzi NawawiYusof HaslamSolat hajatPiala Dunia FIFA 2022Negeri-negeri Melayu BersekutuZakar manusiaAwieElizabeth TanSejarah MalaysiaPiala Dunia FIFA 2014Lencana pangkat TLDMLapangan Terbang Antarabangsa Hangzhou XiaoshanKanadaSenarai Saintis IslamPerdana Menteri MalaysiaOne Cent Thief🡆 More