Ertugrul

Ertuğrul (Bahasa Turki Uthmaniyah: ارطغرلcode: ota is deprecated , Erṭoġrıl; sering kali dengan gelaran Gazi) (meninggal dunia sekitar tahun 1280) merupakan bapa kepada Osman I, pengasas bagi Empayar Uthmaniyyah.

Selain sejarah beliau yang dibuktikan melalui wang syiling yang dikeluarkan oleh Osman I yang mana meletakkan Ertuğrul sebagai bapa beliau, hampir tiada bahan-bahan lain yang dapat membuktikan akan kisah kehidupan atau aktiviti beliau. Berdasarkan lagenda Uthmaniyah, beliau merupakan anak lelaki kepada Suleiman Shah, pemimpin puak Kayı dari bangsa Oghuz Turk, yang melarikan diri daripada timur Iran ke Anatolia untuk melepaskan diri daripada penaklukan Mongol. Mengikut lagenda ini, setelah kematian bapa beliau, Ertuğrul dan para pengikut beliau berkhidmat dengan Kesultanan Rum Seljuk, yang mana beliau kemudian dianugerahkan sebidang tanah di kota Söğüt di perbatasan dengan Empayar Byzantine. Rangkaian peristiwa ini akhirnya menyebabkan pengasasan Empayar Uthmaniyah. Sepertimana anak lelaki beliau, Osman, dan keturunan selepas mereka, Ertuğrul sering kali dirujuk sebagai seorang Ghazi, seorang juara pejuang dalam menyebarkan agama Islam.

Ertuğrul
Pemimpin puak Kayı (pra-Empayar Uthmaniyyah)
Nama penuhErtuğrul Gazi bin Suleyman Shah
KeputeraanTidak diketahui
Mangkatsekitar 1280
Söğüt, Wilayah Bilecik, Turki
PendahuluSuleyman Shah
PenggantiOsman I
PasanganHalime Hatun
AyahandaSuleyman Shah
BondaHayme Hatun
AgamaIslam

Biografi

Berdasarkan tradisi Uthmaniyah, Ertuğrul adalah ketua bagi puak Kayı dalam kaum Oghuz Turks, sebagai balasan terhadap bantuan beliau dalam perjuangan Seljuk melawan Byzantine. Ertuğrul telah dianugerahkan sebidang tanah di Karaca Dağ, sebuah kawasan pergunungan berdekatan Angora (kini Ankara), oleh Ala ad-Din Kay Qubadh I, Sultan Rûm Seljuk. Sebuah kisah menyatakan tindakan pemimpin Seljuk menganugerahkan tanah kepada Ertuğrul atas jasa Ertuğrul memukul undur serangan yang dilakukan oleh Byzantine. Kemudian, beliau menerima kampung di Sögüt di mana kemudian menakluk kawasan-kawasan sekitarnya. Kampung ini, di mana merupakan tempat beliau meninggal dunia, menjadi ibu negara Uthmaniyah semasa pemerintahan anak lelaki beliau Osman I. Ertuğrul memiliki dua orang anak lelaki lain, Saru Batu Savcı Bey dan Gündüz Bey.

Legasi

Pada kurun ke-19, sebuah frigat milik Tentera Laut Uthmaniyyah dinamakan Ertuğrul bersempena menghormati beliau. Masjid Ertuğrul Gazi di Asgabat, Turkmenistan juga dinamakan bersempena nama beliau. Dalam sebuah siri TV bertajuk Diriliş: Ertuğrul, Ertuğrul dilakonkan oleh aktor Turki Engin Altan Düzyatan.

Lihat juga

Rujukan

Bibliografi

Tags:

Ertugrul BiografiErtugrul LegasiErtugrul Lihat jugaErtugrul RujukanErtugrul BibliografiErtugrulAnatoliaBahasa Turki UthmaniyahEmpayar ByzantineEmpayar UthmaniyyahIranIslamKesultanan RomOghuz TurkOsman ISöğüt

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Amir AhnafTakbirNajib RazakDaerah LangkawiFattah AminKorea SelatanM.O.BOktovia ManroseSijil Pelajaran MalaysiaJaafar OnnPeristiwa Memali 1985Nabi Adam a.s.Hari Kebangsaan MalaysiaKuchingAaron AzizSelangorAtikah SuhaimeSunan DrajatRuhainiesUmmi NazeeraJumaat AgungSiti NurhalizaAyu RaudhahPulau PangkorAliff AzizMustapha KamalSijjin (filem 2023)Puteri Sarah LiyanaBak kut tehDataran MerdekaRoslan SalehKL GangsterMenteri Besar JohorTauratKerenggaMenteri Dalam Negeri MalaysiaSyiahPersatuan Bulan Sabit Merah MalaysiaKontroversi stoking kalimah Allah 2024Elly ArifinLencana pangkat Angkatan Tentera MalaysiaNik Abdul Aziz Nik MatStray KidsDaerah di SabahPerodua KancilBahasa MaduraKampung Medan, Petaling JayaSultan Ibrahim ibni Sultan IskandarBola tamparAssalamualaikumSejarah MelakaDewan Rakyat MalaysiaTahun Baru CinaIrma HasmieMedia sosialKucingTV3Asiah binti MuzahimJabatan Imigresen MalaysiaDunia IslamDollaFrekuensi radio di Negeri SembilanIndiaGolongan kata (bahasa Melayu)Rangka manusiaAli bin Abi TalibSonu SoodAna DahliaLagi-Lagi SenarioShakira (drama)Malaysia MadaniHari Paskah Besar16 PuasaBumiputera di SabahLesen memandu MalaysiaPuchong, SelangorEman MananTengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah🡆 More