Eminem

Marshall Bruce Mathers III (dilahirkan pada 17 Oktober 1972), atau lebih dikenali dengan nama samarannya, Eminem (digayakan sebagai EMINƎM) atau alter egonya, Slim Shady, merupakan seorang penyanyi rap, penerbit rakaman, penulis lirik dan pelakon.

Sebagai tambahan kepada kerjaya solonya, beliau juga ahli kumpulan Hip Hop D12, dan juga duo hip hop Bad Meets Evil bersama rakannya Royce Da 5'9".

Eminem
Eminem
Eminem membuat persembahan pada tahun 2014 di DC
Latar belakang
Nama lahirMarshall Bruce Mathers III
Juga dikenali sebagai
M&M, Slim Shady, Manix dan Ken Kaniff
Kelahiran (1972-10-17) 17 Oktober 1972 (umur 51)
St. Joseph, Missouri, Amerika Syarikat
Berasal dariDetroit, Michigan, Amerika Syarikat
GenreHip hop
PekerjaanPenyanyi rap, penerbit rakaman, penulis lagu , pelakon
Tahun aktif1990–kini
Syarikat rakaman
Aftermath Entertainment (1997-kini)
Interscope Records (1998-kini)
Shady Records (1999-kini)
Bassmint Productions (1990-1992)
FBT Productions (1992-1995)
Web Entertainment (1992-kini)
Mashin' Duck Records (1995)
Pengkarya berkait
Bad Meets Evil, Busta Rhymes, D12, 50 Cent, Dr. Dre, Nate Dogg, Obie Trice, Outsidaz, Proof, Slaughterhouse, Xzibit,
Laman sesawang
eminem.com

Kerjaya

Beliau membuat debut solonya dengan album berjudul "Infinite" pada tahun 1996. Ia dibuat mesra-radio kerana beliau mengharap agar ia dapat disiarkan di stesen-stesen radio di Detroit. Tetapi ia diabaikan kerana dia seorang berkulit putih manakala Hip Hop adalah genre orang kulit hitam. Salah seorang daripada mereka juga mengatakan kepada Eminem "Kau adalah budak kulit putih, mengapa kau tidak masuk sahaja Rock 'n' Roll?". Ini menyebabkan beliau begitu marah dan dari situlah terciptanya alter ego beliau yang terkenal, Slim Shady, yang membawa watak kepada rogol, dadah dan curi serta perkara yang negatif. Beliau memperkenalkan alter egonya melalui album The Slim Shady EP pada tahun 1997 dimana ia mendapat perhatian seorang rapper pantai barat yang terkenal iaitu Dr. Dre. Apabila Dr. Dre mendengar pembantunya memasang CD tersebut untuk beliau, dia berkata "Cari dia(Eminem), sekarang!". Beliau ditandatangani Dr. Dre melaui anak syarikat Interscope Records iaitu Afternath Records. Disitu, Eminem memulakan kerja-kerja penulisan lirik dan rakaman untuk debut komersilnya yang berjudul "The Slim Shady LP". Album tersebut diterbit pada tahun 1999 dengan empat single iaitu Just Don't Give A Fuck, My Name Is, Role Model dan Guilty Conscience. My Name Is mendapat sambutan hangat dan peminat juga mengatakan bahawa ia adalah antara kerja-kerja terbaiknya. The Slim Shady LP telah diiktiraf 7xPlatinum oleh RIAA.

Diskografi

Album Studio

  • Infinite (1996)
  • The Slim Shady LP (1999)
  • The Marshall Mathers LP (2000)
  • The Eminem Show (2002)
  • Encore (2004)
  • Relapse (2009)
  • Recovery (2010)
  • "The Marshall Mathers LP 2" (2013)
  • Revival (2017)
  • Kamikaze (2018)
  • Music To Be Murdered By(2020)

Album Mini

  • The Slim Shady EP (1997)
  • Relapse Refill (2009)
  • Hell: The Sequel (Bersama Bad Meets Evil) (2011)

Album Kompilasi

  • Straight From The Lab (2003)
  • Curtain Call: The Hits (2005)
  • Eminem Presents: The Re-Ups (2006)
  • Shady XV (2014)
  • Curtain Call 2 (2022)


Rujukan

Pautan luar

Tags:

Eminem KerjayaEminem DiskografiEminem RujukanEminem Pautan luarEminemPelakonPenerbit rakamanPenulis lirikRap

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Rujukan kehormatPegawai Waran IProton Holdings BerhadTengku Zafrul Abdul AzizJudiSenarai model kereta ProtonTunku Ismail ibni Sultan IbrahimBukit TaburNabi Muhammad SAWMustika RatuAmy SearchKerajaan Bani UmaiyahAaron AzizFrekuensi radio di JohorAmerika SyarikatGunung KinabaluBahasa CinaNorman HakimChempaka Emalin PahaminNazim OthmanPegawai WaranBendera ThailandKhulafa al-RasyidinKuantanDewan Negeri SelangorPrivate BodyguardUjian dadahZahirah MacWilsonMalaysiaIpohNatasya MahyanPersatuan Negara-negara Asia TenggaraDadahSiti HariesaKata ganti nama (bahasa Melayu)Ab Rauf YusohTanda-tanda KiamatBaby ShimaBarisan NasionalSepahtu Reunion LiveAstro MalaysiaVanny RossyaneLencana pangkat Angkatan Tentera MalaysiaGanjaSyamsul YusofAnugerah AidilfitriPemancutan maniHari BumiMasya-AllahJata MalaysiaFrekuensi radio di Negeri SembilanYang di-Pertuan AgongXPDCSenarai haiwanZaman air batuCibaiAmyra RosliSikorsky S-61A-4 NuriAerofonAsiaFikry IbrahimSenarai sistem badan manusiaKata pemeriIndonesiaAzlan ManSenarai SBP di MalaysiaAfdlin ShaukiPencemaran udaraDaerah LangkawiHospital Canselor Tuanku Muhriz UKMSurah al-FatihahAbang Long FadilJabatan Kastam Diraja MalaysiaShaharuddin ThambyOrang Asli di MalaysiaAlor SetarMelur Untuk Firdaus (musim 2)Saifuddin Nasution Ismail🡆 More