Edika Yusof: Pelakon lelaki Malaysia

Mohd Yusof bin Abd Majid (lahir 22 April 1967) yang lebih dikenali sebagai Edika Yusof merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia.

Beliau mencipta nama sebagai pelakon dan model iklan yang popular di era 90an. Meskipun kerap membawa watak anak orang kaya, bongkak tetapi sebenarnya beliau berasal dari keluarga biasa.

Edika Yusof
Kelahiran
Mohd Yusof bin Abd Majid

(1967-04-22) 22 April 1967 (umur 57)
PendidikanSijil Pelajaran Malaysia (SPM)
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif1983—1997
2017—kini
PasanganNorhidayah Yusri
Anak-anak3

Kehidupan awal

Edika Yusof dilahirkan pada 22 April 1967 dan berasal dari Kampung Baru, Kuala Lumpur. Anak sulung daripada 6 beradik, beliau berketurunan Pakistan. Edika ialah bekas pelajar Sekolah Menengah St. John, Bukit Nanas, Kuala Lumpur dan berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Kerjaya

Edika menceburi bidang seni secara tidak sengaja ketika berusia 16 tahun, apabila ditawarkan menjalani ujibakat untuk iklan TV. Ujibakat pertamanya berjaya mendapat watak utama untuk iklan Wrangler Jeans. Pada ketika menunggu keputusan peperiksaan SPM, dia mendapat tawaran untuk Iklan keduanya iaitu Pepsi.

Ketika usianya menjangkau 18 tahun, dia terpaksa menolak tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke tingkatan enam kerana perlu mencari pekerjaan. Ketika itu, dia berhijrah ke Cherating, Pahang dan bekerja sebagai pelayan restoran di daerah itu.

Iklan pertama yang dijayakan oleh Edika ialah iklan Wrangler Jeans bersama Kavita Sidhu. Di antara iklan yang paling popular Dibintanginya ialah Iklan Rokok Kingsway dan diikuti dengan puluhan lagi Iklan TV jenama-jenama terkemuka.

Popularitinya sebagai model iklan komersial juga turut membawa Edika mengembangkan bakatnya dalam cabang seni lakonan apabila ditawarkan untuk berlakon filem Pelumba Malam pada tahun 1989. Bertuah memiliki wajah kacukan, Edika mengorak langkah dalam bidang seni hiburan dengan berlakon sebagai watak utama dalam filem-filem popular era lewat 80an dan 90 an. Selain filem, pada tahun 90an Edika juga pernah memegang watak utama dalam sebuah Cerekarama TV3 bersama aktres ternama Uji Rashid berjudul Abang Muda. Edika menerima pengiktirafan meluas dengan melakonkan wataķ sebagai Karim dalam filem cereka sains XX Ray arahan Aziz M. Osman.

Mengimbas kenangan yang tidak dapat dilupakan ketika meniti zaman popularitinya lebih 20 tahun lalu, Edika menganggap dirinya bertuah kerana mempunyai ramai peminat yang menyokong kerjaya seninya. Meskipun digilai ramai peminat wanita yang tertarik dengan ketampanan wajah dan personaliti yang yang dimilikinya, pelakon yang terkenal dengan sikap rendah dirinya ini tidak pernah mengambil kesempatan atas situasi itu.

Berikutan Krisis ekonomi 1997, Edika turut terkena tempias, lantas dia mengambil langkah memulakan kerjaya dalam bidang penerbangan dengan bertugas sebagai Pramugara seterusnya melibatkan diri dalam bidang seni reka grafik. Sejak itu dia lebih banyak menumpukan pada tugas barunya itu.

Edika mengundur diri dari bidang seni selepas isteri tercintanya lumpuh tiga perempat badan iaitu dari bahagian dada ke bawah selepas melahirkan anak kedua mereka. Atas rasa kasih dan tanggungjawab Edika lebih banyak menghabiskan masa menjaga isteri disamping mengusahakan perniagaan seni reka grafiknya.

Selepas 20 tahun mendiamkan diri, Edika kembali berlakon dengan membintangi drama Hikayat Cinta Si Pematah Hati dengan melakonkan watak sebagai Datuk Syakir.

Kehidupan peribadi

Edika mempunyai dua orang anak hasil pernikahannya dengan isteri dan seorang anak tiri iaitu Fardeen Nasrulhaq, Fereena Nurulhaq dan Nazirul Afiq. Isterinya mengalami lumpuh dari bahagian dada hingga ke bawah selepas melahirkan anak kedua mereka.

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
1989 Pelumba Malam Filem pertama
1990 Driving School Abang
1992 XX Ray Karim Datuk Yahya
1995 Awas Roy
1996 Maria Mariana Jeffri

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
1996 Abang Muda Abang Muda / Doktor Razman TV3
2017 Hikayat Cinta Si Pematah Hati Datuk Syakir Astro Ria
2018 Pengantin 100 Hari Rusdi TV3
Inai Yang Hilang Wan Jamil ntv7
Isteri Dalam Sangkar Tengku Yusuf Hypp Sensasi
2019 Cinta Non Grata Datuk Marzuki TV3
Puteri Yang Ditukar Tuan Malik Astro Prima
2020 Pengantin Satu Malam Dato' Haris TV3
2021 Mencari Kiblat Cinta Tengku Amar TV Okey
Ahli Bapak Bapak Club Eedika Yusof Astro Ria
Saat Kau Takluk Cinta Ini Dato Zhar TV3
2022 Shakira Tuan Rizal
Suamiku Lelaki Pendosa Dato Seri Afnan
Bisik Bisik Gelora Tuan Akalil
Kerana Cinta Itu Ada Dato Tengku Ikmal
2023 Projek: High Council Harun Jasni Astro Ria

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
1993 Layar TV3
2017 Permata Hati Ghulam Rasool Astro First Eksklusif
2018 Sofea Affendi Datuk Imran ntv7
2022 Semua Tentang Kita Hairi TV3
Luruh Faizal TV2

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Edika Yusof Kehidupan awalEdika Yusof KerjayaEdika Yusof Kehidupan peribadiEdika Yusof FilemografiEdika Yusof RujukanEdika Yusof Pautan luarEdika YusofMalaysia

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Plat pendaftaran kenderaan MalaysiaSolat Sunat RawatibProton WajaOrang Cina MalaysiaZaman air batuSyafiq KyleJulia RaisNabi Sulaiman a.s.Kesultanan Melayu MelakaMydinKelantanSolehahSubang JayaPulau PangkorKelantan Darul Naim F.C.Bandar TaipingSiksa KuburArena LieyaUniversiti Utara MalaysiaYasmin NapperPetronasSenarai Akta Parlimen MalaysiaGeografi JohorAbang Long FadilRahsia (filem 2023)Jambatan Angkat Kuala TerengganuHassanal BolkiahJeslina HashimAtikah SuhaimeHelikopter Nuri Terhempas di Genting Sempah 2007Hukum Kanun MelakaBahasa MaduraTauhid RububiyahLGBT dalam IslamKerajaan Bani AbbasiyahBella AstillahKongkekErry PutraAzhar SulaimanSudirman (penyanyi)Senarai Yang di-Pertuan AgongOrang Melayu IndonesiaHamidin Mohd AminSofia JaneBukit TaburSenarai filem Malaysia berdasarkan kutipan terendahSenarai penerima darjah kebesaran negeri Terengganu 2023KOZ EntertainmentNabila HudaSenarai Kementerian di MalaysiaLatSubhanallahSijil Pelajaran MalaysiaMalang Si PuteriNombor perdanaM. NasirMalaysiaPendidikan di MalaysiaJohan GhazaliAdat resam kahwin MelayuHarvey NormanTakbirAmelia HendersonPerjanjian HudaibiyahRomantisismeSherry AlhadadErick ThohirPerkara 153 Perlembagaan MalaysiaJattNajib RazakPeraturan bola jaringAyob Khan Mydin PitchayJata MalaysiaJam 12 jamBendera MalaysiaSultan SelangorZUS CoffeeSepahtu Reunion Live🡆 More