Denise Perrier

Denise Perrier ialah pelakon dan model Perancis yang memenangi pertandingan kecantikan Miss World pada 1953, mewakili Perancis; dan pada tahun yang sama, Perancis juga memenangi pertandingan kecantikan lain Miss Universe melalui Christiane Martel.

Denise Perrier
Denise Perrier
Kelahiran1935 (umur 88–89)
PekerjaanPelakon, model
PangkatMiss World 1953
(Pemenang)
Pemenang pertandingan kecantikan
Pertandingan
utama
Miss World (1953)

Biografi

Miss World 1953

Pada tahun 1953, Miss France memilih Sylviane Carpentier sebagai pemenang, tetapi, beliau digantikan oleh Christiane Martel untuk bersaing di pertandingan Miss Universe dan Denise Perrier untuk Miss World. Keduanya memenangi gelaran.

Kemenangan Perrier sebagai Miss World mencetuskan kritikan dan kekecewaan daripada beberapa peserta, termasuk Miss Egypt, Marina Papaelia yang hanya meraih kedudukan sebagai pemenang tempat ke-2. Dalam sebuah foto yang diterbitkan dalam Daily Mirror menunjukkan foto Perrier yang dinobatkan sebagai Miss World, dengan Miss Egypt yang keihatan berpaling terhadap Perrier. Dalam salah satu wawancara dengan wartawan selepas pertandingan tamat, ketika ditanya mengenai kemenangan Perrier, Papaelia menjawab "I theenk she steenk". Menanggap komen ini, Perrier, ketika diwawancara pada tahun 1976 untuk buku Don Short bertajuk Miss World The Naked Truth, beliau menjawab, "Tentu saja saya sangat malu pada saat itu, tetapi sudah sejak lama saya memaafkannya. Marina hanya tidak terfikir bahawa dia akan kalah."

Kerjaya

Pada awalnya ingin menjadi ahli arkeologi, tetapi akhirnya memutuskan untuk memulakan kerjaya sebagai model dan pelakon. Perrier membuat penampilan sebagai pelakon dalam filem James Bond, Diamonds Are Forever (1971) di mana beliau digandingkan bersama Sean Connery dalam satu adegan tanpa kredit. Dalam adegan tersebut, setelah sedikit pujukan dari James Bond, yang mula mencekiknya dengan bahagian atas bikini, dia menyerah dan mengatakan lokasi penjahat dalam filem tersebut.

Sebaik sahaja meninggalkan kerjaya modelingnya, Perrier aktif di negara asalnya, Perancis. Beliau menjadi salah seorag juri Miss World pada 2005, 2010 dan 2011.

Pada malam pemilihan Miss France 2013, Marine Lorphelin, Miss France 2013 memberikan penghormatan kepada Denise Perrier 60 tahun setelah kemenangannya. Beliau akhirnya menjadi pemenang tempat pertama pada Miss World 2013, menyamai rekord, kerana tiada Miss France yang berada di kedudukan tiga besar pertandinga tersebut selama dua puluh tahun terakhir.

Denise Perrier kini menetap di Falicon, di kawasan bukit Nice.

Filemografi

Rujukan

Pautan luar

Anugerah dan pencapaian
Didahului oleh
Denise Perrier  May-Louise Flodin
Miss World
1953
Diikuti oleh:
Denise Perrier  Antigone Costanda

Tags:

Denise Perrier BiografiDenise Perrier FilemografiDenise Perrier RujukanDenise Perrier Pautan luarDenise PerrierMiss UniverseMiss WorldMiss World 1953Perancis

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Faizal HusseinLapangan Terbang Antarabangsa Kuala LumpurPemancutan maniKhir RahmanJawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan KampungSenarai daerah bagi setiap negeri di Malaysia mengikut populasiSetem (filem)Khairul Azhari SautPersatuan Negara-negara Asia TenggaraKumpulan Wang Simpanan PekerjaTentera Laut Diraja MalaysiaKuala TerengganuPerceraian dalam IslamRazarudin HusainSenarai Akta Parlimen MalaysiaAaron AzizErnie ZakriNur (drama)Tom (penyanyi)Perjanjian HudaibiyahKerajaan Bani AbbasiyahUniversiti Utara MalaysiaJudiGenting HighlandsKerenggaKata sendi (bahasa Melayu)Negeri dan Wilayah Persekutuan di MalaysiaNajis dalam IslamKuala Kubu Baharu (kawasan negeri)Mat KilauYang di-Pertuan Besar Negeri SembilanSlot AkasiaSaleemLeftenan KomanderBani IsraelKucingMarsyal TUDMIkan bandarayaKiblatNaim DanielShaheizy SamRatu SofyaDatuk (gelaran)Parti Islam Se-MalaysiaAppleAndai Itu TakdirnyaAn-Nuayman bin AmrCik ManggisAzhar SulaimanPiala Sumbangsih 2024Fauziah NawiManchester United F.C.P. RamleeMuhammad bin Idris al-SyafiiKajangLencana pangkat TLDMYang di-Pertuan AgongSenarai raja-raja MelayuPutri JannahSheera IskandarSultanah Nur ZahirahZed ZaidiPameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa LangkawiPerkhidmatan awam di MalaysiaJambatan Pulau PinangDa Di DuUniversiti Putra MalaysiaZaki AzemanDarjah kebesaran negeri TerengganuIntegritiProton WajaJabatan Akauntan NegaraKelapa sawitPasukan bola sepak kebangsaan MalaysiaPronoHari Raya AidiladhaNusantara🡆 More