Cinta Masam Manis

Cinta Masam Manis ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2016 arahan Eoon Shuhaini, dibintangi oleh Zamarul Hisham, Izara Aishah, dan Raja Ilya.

Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Akasia TV3 bermula 26 September 2016 menggantikan Lara Terindah.

Cinta Masam Manis
GenreCinta
Ditulis olehShuhadatul Ain Zakaria
PengarahEoon Shuhaini
Dibintangi oleh
Zamarul Hisham
Izara Aishah
Lagu pembukaanHingga Ke Jannah - KRU
Negara asalCinta Masam Manis Malaysia
BahasaBahasa Malaysia
Bilangan episod24 episode
Penerbitan
Tempoh siaran42 Minit
Syarikat pengedaran
Orangetree Production Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalTV3 (Slot Akasia)
Siaran asal26 September 2016 – 3 November 2016
Kronologi
MengikutiLara Terindah
Diikuti oleh7 Hari Mencintaiku

Sinopsis

Mengisahkan cinta antara seorang duda berusia 46 tahun bernama Johan (Zamarul Hisham), dan Sarah (Izara Aishah) yang baru mencecah usia 24 tahun. Pelbagai dugaan yang harus ditempuhi untuk mengukuhkan percintaan mereka berdua.

Johan ialah seorang ahli perniagaan yang sudah bercerai dengan isterinya pada tiga tahun lepas. Walaupun demikian, dia selesa dengan hidup menduda dan membesarkan dua orang anaknya iaitu Hanna (18 tahun) dan Hanis (15 tahun) tanpa bantuan orang lain selepas bekas isterinya meninggalkan mereka untuk pergi ke luar negara.

Ibu dan bapa Johan teringin untuk menjodohkan anak mereka dengan beberapa wanita, namun Johan langsung tidak mempunyai hati untuk berkahwin semula. Sehinggalah pada suatu hari, segalanya berubah dan hati Johan terbuka untuk menerima wanita dalam hidupnya apabila dia bertemu dengan Sarah, seorang gadis jelita dan manja yang berjaya menambat hatinya.

Sarah diperkenalkan kepada anak-anak Johan dan mereka memberikan reaksi yang berbeza terhadap Sarah. Anak sulung Johan, Hanna (Sweet Farhana), membantah hubungan mereka. Selain itu, Hanna juga berprasangka buruk terhadap Sarah. Dia menganggap Sarah hanya mahukan harta ayahnya. Sebaliknya, Hanis gembira buat ayahnya kerana merasakan sudah tiba masanya untuk ayahnya mencari teman hidup baru.

Hubungan Sarah dan Johan bukan menerima bantahan daripada Hanna sahaja, malahan, Faridah (Wan Nor Azlin) iaitu ibu kepada Sarah juga tidak berkenan dengan Johan kerana status dudanya. Faridah mahu anaknya untuk berkahwin dengan anak kepada kawan baiknya, Erman (Shahz Jaszle).

Tidak lama kemudian, bekas isteri Johan, Tasha (Raja Ilya) pulang ke Malaysia dengan harapan untuk memenangi cinta Johan kembali setelah insaf dengan kesilapannya. Akan tetapi, dia amat kecewa apabila mendapat tahu bahawa Johan sedang menjalinkan hubungan dengan Sarah.

Tasha mendapat tahu yang Faridah tidak merestui hubungan Johan dan Sarah, lalu dia mula bersekongkol dengannya untuk memutuskan hubungan mereka. Lebih menarik lagi, anak Johan sendiri bersetuju dengan cadangan ibunya untuk memisahkan Johan dan Sarah!

Pelbagai agenda telah dirancang oleh mereka untuk memusnahkan percintaan Johan dan Sarah. Mampukah mereka berdua mengatasi segala ujian yang akan datang? Adakah Hanna akan merestui hubungan ayahnya dengan Sarah?

Pelakon

Pelakon utama

Pelakon pembantu

Rujukan

Tags:

Cinta Masam Manis SinopsisCinta Masam Manis PelakonCinta Masam Manis RujukanCinta Masam ManisIzara AishahLara TerindahRaja IlyaSlot AkasiaTV3Zamarul Hisham

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Kanun KeseksaanLompat tikamNabi Sulaiman a.s.Kanchan TiranaIntegritiBola tamparNeelofaFauzi NawawiT-araTepung pelitaMeerqeenSSC NapoliHang TuahNabila HudaKementerian Kesihatan MalaysiaKata hubung (bahasa Melayu)Pasukan bola sepak kebangsaan KyrgyzstanFrekuensi radio di SarawakKata namaPemboleh ubahBaju kebayaAaron AzizWak DoyokSenarai kata pinjaman dari bahasa Arab dalam bahasa Melayu dan bahasa IndonesiaBatuk kokolAzazilTV3Hero Seorang CinderellaSiti HariesaS.S.C. NapoliKaabahSumber primerIpohPenanda wacanaSolatSolat Sunat RawatibAzhar IdrusJenis air untuk bersuci dalam IslamTakbirSifat-sifat AllahBubur lambukIsrak dan MikrajBrondongPuasa (Islam)My Lovely DriverSolat Sunat Tahiyyatul MasjidIndiaKulitSaifuddin Nasution IsmailBaby ShimaPerodua MyViLagi-Lagi SenarioPilihan raya umum Malaysia 2022Empayar UthmaniyahSayu Yang SyukurMetamfetaminaBaju kurungKabupaten Lampung TengahSyed Zainal Abidin Syed Mohd TahirRumah teresKabungHalim RadziPenerbangan 370 Penerbangan MalaysiaUnited KingdomBani IsraelAstrolabLesen memandu MalaysiaTunku Abdul RahmanAbdul Razak HusseinAngkatan Tentera MalaysiaNabila RazaliHannah DelishaBola jaringAdnan Abu Hassan (ahli politik)Lembaga Hasil Dalam Negeri MalaysiaPeristiwa Memali 1985Senarai buah🡆 More