Cinta Fitri merupakan sebuah drama lipur lara yang diproduksi oleh MD Entertainment dan ditayangkan oleh SCTV stesyen televisyan swasta pertama di Indonesia, kemudian berpindah ke stesyen Indosiar dengan lagu tema yang berjudul Atas Nama Cinta yang dipopularkan oleh Rossa yang kemudian diganti lagu tema dengan liriknya yang diambil berjudul Cinta Kita yang dipopularkan oleh Shireen Sungkar Feat.
Teuku Wisnu. Selama ini, Cinta Fitri berjaya menjadi drama lipur lara Indonesia yang terlama ditayang di televisyen, dengan 7 musim dan sebanyak 1002 episod yang ditayangkan di televisyen selama 5 tahun, mengalahkan Tersanjung (1998-2005) syarikat produksi Multivision Plus dengan 7 musim dan 370 episod. Cinta Fitri sedang ditayangkan di Indonesia, Malaysia, Singapura dan Brunei di RCTI, MNCTV, Global TV dan SINDOtv di Indonesia, TV9, TV3, Astro Prima dan Astro Ria (Malaysia), MediaCorp Channel 5 (Singapura) serta Brunai International (Brunei).
Cinta Fitri | |
---|---|
Format | Drama |
Pencipta | MD Entertainment |
Ditulis oleh | Sabrina Firdaus (season 1) Hilman Hariwijaya (season 2 - season 3) Lintang Wardani (season 4 - pertengahan season 7) Team MD Entertainment (akhir season 7) |
Pengarah | H. Encep Masduki |
Dibintangi oleh | Shireen SungkarTeuku WisnuAdly FairuzDonitaVerlita EvelynIqbal PakulaDinda KanyadewiSandy SyariefIrene LibrawatiNuri MaulidaLian FirmanMeidiana Hutomo |
Lagu pembukaan | Atas Nama Cinta, Rossa (Season 1 - pertengahan Season 5) Cinta Kita, Shireen Sungkar Feat. Teuku Wisnu (Season 5 - Season 7) |
Lagu penutup | Atas Nama Cinta, Rossa (Season 1 - pertengahan Season 5) Cinta Kita, Shireen Sungkar Feat. Teuku Wisnu (Season 5 - Season 7) |
Negara asal | Indonesia |
Bilangan musim | 7 Musim |
Bilangan episod | Season 1: 200 Episod Season 2: 168 Episod Season 3: 150 Episod Season 4: 115 Episod Season 5: 144 Episod Season 6: 116 Episod Season 7: 109 Episod (jumlah semuanya 1002 episod) (hingga season 7) |
Penerbitan | |
Penerbit | Dhamoo PunjabiManoj Punjabi |
Tempoh siaran | 60 - 90 minit |
Penyiaran | |
Saluran asal | Siaran Dahulu : SCTV (Season 1 - Season 6) Siaran Sekarang : Indosiar (Season 7) Siaran Ulang : MNCTV (Season 1) RCTI (Season 2, Season 5 - Season 7) Global TV (Season 3) SINDOtv (Season 4)
|
Julung kali ditayangkan di | 02 April 2007 |
Siaran asal | |
Status | Tamat |
Catatan: pelakon-pelakon berikut adalah mereka yang benar-benar watak penting dalam Cinta Fitri, mulai dari Season 1 hingga Season 7. Beberapa pelakon pembantu mungkin tidak disebutkan kerana peranan yang dimainkan tidak terlalu mempengaruhi jalan cerita.
Pelakon berikut adalah tunjang utama bagi alur drama lipur lara ini.
Pelakon berikut masih bermain hingga awal musim 7.
Pelakon berikut telah bermain dari, mahupun hanya dalam musim 1 hingga akhir musim 7.
(AKAN DIUBAH KE BAHASA MELAYU)
Negara | Program Siri | Program Siri Bermusim | Saluran Televisyen | Rangkaian Televisyen | Musim Bermula | Musim Tamat | Status | Tersedia |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Indonesia | Cinta Fitri (Indonesia) | Cinta Fitri 1-6 | SCTV (subsidiary of Surya Citra Media) | Salim Group (subsidiary of Elang Mahkota Teknologi) | 02 April 2007 | 28 November 2010 | Secara Langsung | Kebangsaan |
Cinta Fitri 7 | Indosiar (subsidiary of Cakrawala Indosiar Karya Media) | 12 Januari 2011 | 8 Mei 2011 | |||||
Cinta Fitri 1 | MNCTV | Media Nusantara Citra (subsidiary of Global Mediacom) | 1 Januari 2012 | 31 Mac 2012 | Ulangan | |||
Cinta Fitri 2 | RCTI & MNC International | 1 April 2012 | 18 Ogos 2012 | |||||
Cinta Fitri 5-7 | 19 September 2012 | 31 Disember 2012 | ||||||
Cinta Fitri 3 | Global TV | 1 April 2012 | 18 Ogos 2012 | |||||
Cinta Fitri 4 | SINDOtv | 1 April 2012 | 18 Ogos 2012 | |||||
Malaysia | Cinta Fitri (Malaysia) | Cinta Fitri 1 | TV9 | Sistem Televisyen Malaysia Berhad (subsidiary of Media Prima Berhad) | 09 Mei 2011 | 31 Disember 2011 | Antarabangsa | |
Cinta Fitri 2 | TV3 | 1 April 2012 | (TIDAK TAYANG)18 September 2012 | |||||
Cinta Fitri 5-7 | 19 September 2012 | 31 Disember 2012 | ||||||
Cinta Fitri 3 | Astro Prima atau Astro Ria | Astro (subsidiary of Astro Holdings Sdn Bhd) | 1 Oktober 2012 | 31 Disember 2012 | ||||
Cinta Fitri 4 | Astro Pelangi atau Astro Bintang | |||||||
Singapura | Cinta Fitri (Singapore) | Cinta Fitri 1 | MediaCorp TV12 Suria | MediaCorp TV12 (subsidiary of MediaCorp) | 1 Januari 2008 | 7 Ogos 2008 | ||
Cinta Fitri 2 | MediaCorp TV Channel 5 & MediaCorp TV HD5 | MediaCorp TV (subsidiary of MediaCorp) | 1 April 2012 | 18 September 2012 | ||||
Cinta Fitri 5-7 | 19 September 2012 | 31 Disember 2012 | ||||||
Cinta Fitri 3 | Sensasi | StarHub TV (subsidiary of StarHub) | 1 Januari 2010 | 9 Julai 2010 | ||||
Cinta Fitri 4 | Astro Aruna | mio TV (subsidiary of SingTel) | 11 Ogos 2010 | 28 November 2010 | ||||
Brunei | Cinta Fitri (Brunei) | Cinta Fitri 1 | RTB1 National (News) | Radio Televisyen Brunei | 02 April 2007 | 5 November 2007 | ||
Cinta Fitri 2 | RTB4 International (Satellite) | 08 Ogos 2008 | 23 Ogos 2008 | |||||
Cinta Fitri 5-7 | 11 Januari 2010 | 8 Mei 2011 | ||||||
Cinta Fitri 3 | RTB2 National (Entertainment) | 12 November 2008 | 12 April 2009 | |||||
Cinta Fitri 4 | 20 Julai 2009 | 15 November 2009 |
Cinta Fitri sempat menjadi Drama lipur lara dengan kedudukan tertinggi. Di tahun 2007, Cinta Fitri memegang kedudukan tertinggi kedua setelah Drama lipur lara Intan. Di tahun 2008, Cinta Fitri musim 2 mendapat tempat ke-empat, setelah Upik Abu dan Laura, Chelsea dan Cucu Menantu. Di tahun 2009, Cinta Fitri musim 3 merupakan Drama lipur lara tempat tertinggi ini dan belum ada Drama lipur lara lain yang dapat menandinginya.
Cinta Fitri menjadi Drama lipur lara kebanggaan SCTV kerana jalan ceritanya yang padat, menarik, dan tidak menduga apa lanjutan ceritanya. Ini juga menjadi kunci keberjayaan Drama lipur lara Cinta Fitri sehingga boleh bertahan sehingga musim 7 dengan tayangan selama 5 tahun dari 2007 hingga 2011 dan walaupun setelah Cinta Fitri musim Ramadhan selesai tayang beberapa orang mulai mengkritik jalan cerita Cinta Fitri yang terlihat semakin dibuat-buat dan tidak sebaik jalan cerita season-musim sebelumnya , kenyataannya Cinta Fitri musim 5 justru lebih banyak mendapat pujian dan dalam sekejap menduduki rating tertinggi . Ini menandakan bahwa Cinta Fitri memang masih digemari oleh masyarkat Indonesia. Bahkan, Cinta Fitri kini sudah memasuki musim ke-7 pada tahun 2011 yang sudah tamat ditayangkan.
Cinta Fitri | |
---|---|
Bilangan episod | 200 episod |
Penerbitan | |
Tempoh siaran | 60 - 90 minit (8.00 - 9.00 / 9.30 Malam) |
Penyiaran | |
Saluran asal | SCTV |
Siaran asal | Isnin, 2 April 2007 – Isnin, 5 November 2007 |
Kronologi | |
Diikuti oleh | Cinta Fitri musim 2 |
Fitri adalah seorang gadis kampung yang lucu, norak, ceria dan baik hati. Fitri tidak pernah mempunyai prasangka buruk kepada orang lain. Fitri berasal dari kampung Wonogiri dan hanya hidup dengan mak ciknya, kerana ibu bapa kandungnya sudah lama meninggal dunia.
Menjelang hari pernikahannya dengan Firman, Fitri datang ke Jakarta untuk bertemu dengan keluarga calon suaminya. Namun alangkah terkejutnya dia ketika sampai di Jakarta, bukan pernikahan yang ia temui, melainkan pemakaman Firman. Selesai pemakaman Firman, Fitri yang malu kerana menumpang di rumah calon suaminya yang sudah almarhum itu dan berpura-pura hendak pulang ke kampung. Tetapi sebenarnya Fitri mahu tetap tinggal di Jakarta untuk meraih impiannya, dan juga tidak mahu membuat penjaganya kecewa. Malangnya, ketika sampai di terminal bas dompetnya dicuri sehingga semua wangnya habis.
Fitri cuba bekerja di sebuah warung nasi soto milik Maya, yang ternyata adalah anak pertama dari keluarga Pak Hutama yang kaya raya, yang dihalau dari keluarganya kerana menikah dengan Bram, seorang lelaki miskin dan oportunis.
Moza adalah anak dari almarhum sahabat baik Hutama. Kerana itulah Moza dijodohkan untuk menjadi isteri Farrel suatu masa nanti. Padahal cinta Farrel terkubur setelah kekasihnya, Mischa pergi meninggalkannya untuk belajar di luar negara. Sepanjang hubungan Farrel-Fitri, Moza selalu hadir sebagai pengganggu. Tetapi Farrel tidak peduli ketika Hutama mengancamnya untuk memilih Fitri atau warisan syarikat.
Farrel berjaya mengatasi Moza. Tetapi keadaan semakin runsing dengan kedatangan bekas kekasihnya, Mischa, yang membuat hati Farrel kembali ragu. Tetapi cinta membuktikan kekuatannya. Pada akhirnya, Farrel dan Fitri menjadi pasangan yang sangat membuat iri bagi siapa pun yang melihatnya.
Pada akhirnya, Pak Hutama merestui pernikahan Farrel dan Fitri, meskipun ibu dari Lia, isteri Pak Hutama, tidak setuju. Namun sebelum hari pernikahan, Fitri pulang ke kampungnya untuk bertemu Bu Liknya. Tetapi sewaktu sedang telefon Farrel di jambatan menuju ke rumahnya, ia terjatuh dari jambatan.
Cinta Fitri | |
---|---|
Bilangan episod | 168 episod |
Penerbitan | |
Tempoh siaran | 90 minit (8.00 - 9.30 Malam (hingga pertengahan season) 9.00 - 10.30 Malam) |
Penyiaran | |
Saluran asal | SCTV |
Siaran asal | Sabtu, 8 March 2008 – Sabtu, 23 Ogos 2008 |
Kronologi | |
Mengikuti | Cinta Fitri musim 1 |
Diikuti oleh | Cinta Fitri musim 3 |
Setelah Fitri terjatuh dari jambatan di Wongiri, Farrel dan keluarga panik. Bu Lik dan Rini juga kalut. Tetapi untunglah Fitri selamat kerana dijumpai orang-orang kampung. Rancangan pernihakan pun dilangsungkan dengan bahagia. Tetapi kerana masih tinggal bersama, konflik mertua-menantu otomatis muncul. Fitri dan Lia sering terlibat konflik akibat Oma selalu memanas-manaskan Lia. Konflik Aldo-Kayla tidak kalah memanas, Aldo dianggap terlalu sibuk menjaga ibu bapanya dan Norman. Kehidupan rumah tangga Maya dan Bram juga tak menemukan jalan keluar yang baik. Keputusan mereka bekerja dalam satu pejabat yakni syarikat properti milik Emil, jadi bumerang. Pasalnya, Maya dan Bram merahasiakan status mereka sebagai suami isteri. Sehingga Emil yang tidak mengetahui hal itu, malah naksir Maya.
Lain lagi kisah Moza. Vino, partner kerja baru di Retro yang belagu, membuat Moza sebal. Vino mempunyai alasan. Sikap sinisnya pada wanita lahir gara-gara masa lalunya yang buruk soal asmara. Kedua-duanya sering bergaduh. Banyak yang menduga Vino bakal jadian dengan Moza. Tapi nasib berkata beza. Moza malah berjodoh dengan Aldo. Norman dan Yuga tinggal berdua di rumah sewa. Yuga bahagia bertemu kembali dengan Nabila yang kini jadi ibu guru di sekolahnya.
Cinta Fitri | |
---|---|
Bilangan episod | 150 episod |
Penerbitan | |
Tempoh siaran | 90 minit (8.00 - 9.30 Malam) |
Penyiaran | |
Saluran asal | SCTV
|
Siaran asal | Rabu, 12 November 2008 – Ahad(Minggu), 12 April 2009 |
Kronologi | |
Mengikuti | Cinta Fitri musim 2 |
Diikuti oleh | Cinta Fitri musim 4(musim Ramadhan) |
Disaat Fitri positif hamil, Farrel dimasukkan ke penjara dengan tuduhan telah membunuh Bram. Hutama dan Lia kalut, kecuali Maya, yang memang menuntut hal ini. Akhirnya Farrel bebas, namun Mischa terus memanaskan Maya untuk mengambil warisan Hutama dengan alasan untuk Alif. Hasutannya berjaya membuat Maya menguasai harta ayahnya. Hal ini membuat Hutama, Lia, dan Oma semakin tidak tenang. Mereka pindah ke rumah sewa milik Fitri-Farrel dan menemukan kebahagiaan di sana. Diluar dugaan, Kayla koma ketika melakukan donor sum-sum untuk Finza. Hadi berubah sengit pada Aldo dan Moza yang telah menikah. Perang dingin diantara keduanya pun tidak terelakkan lagi.
Suatu hari Fitri terkejut melihat sosok Bram di tempat umum. Semua menganggap Fitri hanya berhalusinasi. Menghilangnya Bram menggiring Mischa menemukan partner baru untuk menggempur kebahagiaan Fitri-Farrel, yakni Faiz yang mengaku putera kandung Hutama yang sesungguhnya, bukan Farrel. Seluruh keluarga Hutama terpukul.
Cinta Fitri | |
---|---|
Bilangan episod | 115 episod (8.30 - 10.00 Malam) |
Penerbitan | |
Tempoh siaran | 90 minit |
Penyiaran | |
Saluran asal | SCTV |
Siaran asal | Isnin, 20 Julai 2009 – Ahad(Minggu), 15 November 2009 |
Kronologi | |
Mengikuti | Cinta Fitri musim 3 |
Diikuti oleh | Cinta Fitri musim 5 |
Melalui perjuangan panjang, putera yang dinanti-nantikan oleh Farrel dan Fitri akhirnya lahir dengan selamat. Farrel meminta Bu Lia memberikan nama untuk anak mereka. Alasannya Bu Lia adalah ibu yang sangat dicintai dan dihormatinya. Dalam keharuan luar biasa, Bu Lia menamai bayi itu Raffa Emeraldi Hutama.
Bu Lia mengingatkan Farrel tentang amanah Hutama sebelum meninggal, untuk menjaga keluarga dan Retro dari apapun juga. Farrel dan Fitri tidak boleh menolak. Mischa dan Faiz terkejut dengan kepulangan Farrel, Fitri, dan Oma ke rumah. Apalagi Bu Lia meminta Farrel kembali bekerja di Retro.
Sementara itu Bram yang selalu merasa diremehkan oleh Mischa dan Faiz berjaya menemukan kaset CCTV ketika Pak Hutama meninggal dunia di Retro. Bram terkejut mengetahui pembunuh sebenarnya adalah Mischa dan Faiz. Namun Bram yang oportunis, bukannya membongkar kedok Mischa dan Faiz malahan memeras mereka demi keuntungannya sendiri. Di lain tempat, Aldo kehilangan Moza yang diculik Tristan pada saat mereka berpindah ke villa. Lewat perjalanan panjang, akhirnya Aldo berhasil menemukan Moza. Namun Moza ternyata sudah menjadi isteri Tristan.
Bagaimanakah usaha Farrel dan Fitri membongkar kedok Mischa dan Faiz? Adakah Mischa dan Faiz akan membiarkan Farrel, Fitri, dan Raffa hidup bahagia? Apakah yang sebenarnya terjadi dengan Aldo dan Moza? Bagaimana pula dengan hubungan Maya dan Bram?
Cinta Fitri | |
---|---|
Bilangan episod | 144 episod |
Penerbitan | |
Tempoh siaran | 90 minit (8.30 - 10.00 Malam) |
Penyiaran | |
Saluran asal | SCTV |
Siaran asal | Isnin, 11 Januari 2010 – Khamis, 3 Jun 2010 |
Kronologi | |
Mengikuti | Cinta Fitri musim 4(musim Ramadhan) |
Diikuti oleh | Cinta Fitri musim 6 |
Musim 5 dibuka dengan kisah Lia yang terlibat dalam runtuhan hotel setelah gempa bumi yang hebat melanda Yogyakarta. Kejadian nahas itu bertepatan dengan terbongkarnya rahsia bahawa Faiz bukan anak kandungnya. Lia dalam keadaan terluka parah, antara hidup atau mati. Mischa dan Faiz yang ketakutan memanfaatkan situasi kejadian tersebut untuk melarikan diri.
Farrel gelisah luar biasa begitu Lia selesai bercakap dan menutup telefon dari seberang sana. Suatu perasaan tidak menyenangkan menyergap dihatinya. Dan itu benar, kerana tidak lama setelah itu Farrel mendapat khabar Yogyakarta dilanda gempa. Farrel jadi cemas dan panik. Apalagi ibunya tidak dapat dihubungi. Ia secepat kilat memutuskan untuk berangkat ke Yogyakarta. Firasatnya mengatakan Lia dalam keadaan bahaya, perlu pertolongan.
Oma sampai terkejut dan dibawa ke hospital selepas mendengar khabar Yogyakarta dilanda gempa dan Lia terlibat dalam kejadian kebangsaan itu. Seluruh keluarga menangis dan terus berdoa untuk keselamatan Lia dan Oma.
Sementara itu, Mischa terus berusaha mencari tahu, memastikan keadaan Lia. Dia berharap Lia meninggal. Meskipun Faiz sudah meminta, bahkan memaksanya untuk lari, Mischa tidak akan meninggalkan Yogyakarta sebelum betul-betul yakin Lia memang sudah meninggal.
Farrel tiba di Yogyakarta, dan dengan susah payah akhirnya ia menemukan jenazah yang mirip Lia. Tepat pada waktu itu, Faiz melihatnya dan mengira bahawa jenazah yang dilihat Farrel adalah jenazah Lia. Faiz pun buru-buru memberitahu Mischa. Mischa girang bukan main dan akhirnya setuju untuk pulang ke Jakarta.
Mischa dan Faiz ternyata salah. Jenazah itu bukan Lia. Allah Maha Besar. Lia ternyata masih hidup, bertahan di tengah puing-puing hotel. Farrel pun akhirnya berhasil menyelamatkan Lia. Namun Faiz dan Mischa yang tidak menyedari kekeliruan ini, terkejut melihat Farrel berjaya membawa Lia pulang dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Sesampainya di Jakarta, keadaan Lia menurun dan berubah koma. Kenyataan Mischa berbohong soal Faiz yang harusnya diungkapkan malah tidak terjadi. Mischa tidak berdiam diri. Ia berusaha menghabiskan Lia di hospital. Ketika usaha Mischa hampir berjaya, tiba-tiba Lia sedar dari komanya. Mischa amat sangat ketakutan dan mencuba untuk melepaskan diri, tapi ia malah tertangkap.
Farrel meledak marah setelah mendengar cerita dari Lia. Mischa dan Faiz akhirnya ditangkap polis. Sidang dilakukan, Mischa dan Faiz didakwa dalam kes penipuan, percubaan pembunuhan, dan pembunuhan berancangan.
Cinta Fitri | |
---|---|
Bilangan episod | 116 episod |
Penerbitan | |
Tempoh siaran | 90 minit (8.30 - 10.00 Malam) |
Penyiaran | |
Saluran asal | SCTV |
Siaran asal | Rabu, 4 Ogos 2010 – Ahad(Minggu), 28 November 2010 |
Kronologi | |
Mengikuti | Cinta Fitri musim 5 |
Diikuti oleh | Cinta Fitri musim 7 |
Setelah Mischa tidak sengaja ditikam, Fitri membawanya ke hospital dengan ambulance. Farrel terus mengejar Handoko, tetapi dia berjaya melarikan diri. Mischa dalam keadaan kritikal, namun Fitri malah menunggui Mischa di sana.
Ketika Oma dan Lia kembali ke rumah, tanpa mereka duga, Handoko ternyata sudah ada di sana, menyandera Raffa dan berniat menghabiskan semua. Lia, Oma, dan Bulik berkonfrontasi langsung dengan Handoko. Untungnya, Lia sempat mengkhabarkan keadaan ini ke Farrel. Farrel bersama polis datang mengepung Handoko. Handoko lari, tetapi Farrel berjaya mengejar dan akhirnya Handoko mengakui semua perbuatannya, sebelum terpeleset jatuh dan meninggal.
Sementara itu, Mischa mulai membaik. Setelah sedar, bukannya berterima kasih, dia malah membuka konfrontasi baru dengan Fitri dan seluruh keluarga Hutama dengan berusaha membawa Farrel keluar dari rumah dan lingkungan keluarga Hutama. Keluarga langsung kesal dibuatnya. Bahkan Lia jadi stress dan akhirnya jatuh sakit. Di tengah keadaan yang menjadi semakin tegang kerana Mischa berjaya menguasai Farrel, kesihatan Lia semakin memburuk dan Lia akhirnya meninggal dunia.
Apa yang akan terjadi kali ini? Dengan keadaan dirinya yang hamil serta di tengah keadaan keluarga Hutama yang kehilangan Lia dan yang lain terpecah belah; Maya yang berjanji akan menikahi Hartawan setelah bercerai tapi mulai merasakan cinta lagi pada Bram, Kayla yang sakit parah dan mulai merasa tidak berguna, dan bahkan Aldo pun sedang tidak boleh membantu Farrel dan Fitri dengan keadaan ancaman kesihatan puterinya, Aliza, bila ia tak mahu menceraikan Mozza dan menikahi Angel. Ikuti terus kisahnya di Cinta Fitri musim 6!
Cinta Fitri | |
---|---|
Bilangan episod | 109 episod (Cinta Fitri Tamat) |
Penerbitan | |
Tempoh siaran | 60 minit (8.00 - 9.00 Malam)(Ditukar pada pukul 9.00 - 10.00 malam) |
Penyiaran | |
Saluran asal | Indosiar |
Siaran asal | Isnin, 17 Januari 2011 – Ahad, 8 Mei 2011 |
Kronologi | |
Mengikuti | Cinta Fitri musim 6 |
Oma kini telah tiada. Di tengah kedukaan keluarga Hutama, Mischa – yang semakin berdendam kepada keluarga Hutama – muncul kembali. Ia yang telah membuat dirinya sendiri menjadi cacat (wajahnya terbakar separuh kerana kemalangan) merasa perlu melampiaskan kemarahannya pada Fitri dan Farrel. Maka Mischa pun membuat rancangan untuk menculik Raffa.
Keluarga Hutama yang sekarang sudah bersatu kembali, setelah Farrel pulih dari lumpuhnya, menjadi risau, terutama kerana Mischa ternyata sempat berjaya masuk kembali ke dalam rumah keluarga Hutama. Fitri tidak mahu mengambil risiko. Ia akhirnya menyetujui usulan Lia Hutama untuk membawa dan menyembunyikan Raffa keluar dari rumah itu.
Rancangan untuk menyembunyikan Raffa pun mulai diperhitungkan. Namun Mischa ternyata diam-diam terus mengawasi keluarga Hutama, sehingga rancangan itu pun akhirnya tercium oleh Mischa. Meskipun keluarga Hutama sudah menghubungi polis untuk melindungi keluarga Hutama dan mengejar Mischa, tapi Mischa yang sekarang begitu licik. Ia tetap boleh menghindar dari kejaran polis dan diam-diam mengikuti Fitri.
Dan ketika Fitri lengah, Mischa pun akhirnya berjaya merebut Raffa dari pelukan Fitri. Mischa membawa pergi Raffa…
Sementara itu, Kayla semakin mendesak Hadi untuk segera menikahi Rita, terutama kerana keadaannya yang semakin lama semakin memburuk. Abel yang tadinya merasa keberatan, akhirnya mengetahui keadaan Kayla dan menyetujui pernikahan Hadi dengan Rita. Namun keajaiban kemudian terjadi. Setelah Rita menikah dengan Hadi, keadaan kesihatan Kayla berangsur-angsur pulih.
Sedangkan Aldo, usahanya ternyata semakin lama semakin membaik. Keberjayaannya mengatasi syarikat yang lain. Otomatis keluarga Aldo jadi bergelimangan harta. Namun hal itu malah merubah Mozza. Mozza menjadi lebih gengsian, terutama dalam hal mendidik Aliza. Ia jadi sangat memanjakan Aliza.
Apakah yang akan terjadi selanjutnya? Adakah Farrel dapat kembali merebut Raffa dari cengkeraman Mischa? Bagaimana Kayla menghadapi Rita sebagai madunya, sementara dirinya semakin lama menjadi semakin sihat? Dan bagaimana tanggapan keluarga Pak Iman melihat perubahan sikap Mozza? Saksikan kelanjutan ceritanya di Cinta Fitri musim 7 hanya di Indosiar.
Tahun | Award | Kategori | Drama | Hasil |
---|---|---|---|---|
2007 | SCTV Awards | Pelakon Lelaki Ngetop | Teuku Wisnu | Menang |
Pelakon Wanita Ngetop | Shireen Sungkar | Tercalon | ||
2008 | SCTV Awards | Program Ngetop | Cinta Fitri Season 2 | Menang |
Pelakon Lelaki Ngetop | Teuku Wisnu | Menang | ||
Pelakon Wanita Ngetop | Shireen Sungkar | Menang | ||
2009 | SCTV Awards | Program Ngetop | Cinta Fitri Season 3 | Menang |
Pelakon Lelaki Ngetop | Teuku Wisnu | Menang | ||
Pelakon Wanita Ngetop | Shireen Sungkar | Menang | ||
Pelakon Lelaki Pendamping Ngetop | Adly Fairuz | Menang | ||
Pelakon Wanita Pendamping Ngetop | Dinda Kanyadewi | Menang | ||
Panasonic Awards | Drama Siri Terfavorit | Cinta Fitri Season 3 | Menang | |
Pelakon Lelaki Terfavorit | Teuku Wisnu | Menang | ||
Pelakon Wanita Terfavorit | Shireen Sungkar | Menang | ||
2010 | Panasonic Gobel Awards | Drama Siri Terfavorit | Cinta Fitri Season 5 | Menang |
Pelakon Lelaki Terfavorit | Teuku Wisnu | Tercalon | ||
Pelakon Wanita Terfavorit | Shireen Sungkar | Tercalon | ||
SCTV Awards | Program Ngetop | Cinta Fitri Season 6 | Menang | |
Pelakon Lelaki Ngetop | Teuku Wisnu | Menang | ||
Pelakon Wanita Ngetop | Shireen Sungkar | Menang | ||
Pelakon Lelaki Pendamping Ngetop | Adly Fairuz | Menang | ||
Pelakon Wanita Pendamping Ngetop | Dinda Kanyadewi | Menang | ||
2011 | Panasonic Gobel Awards | Drama Siri Terfavorit | Cinta Fitri Season 7 | Tercalon |
Pelakon Lelaki Terfavorit | Teuku Wisnu | Tercalon | ||
Pelakon Wanita Terfavorit | Shireen Sungkar | Tercalon |
Situs resmi Cinta Fitri Season Ramadhan di MD Entertainment.net
Forum komentar Cinta Fitri di Komunitas Untuk Semua[pautan mati kekal]
http://www.tv9.com.my/happenings/press_release/Cinta_Fitri.html (Cinta Fitri Season 1 di TV9 Malaysia)
http://www.sctv.co.id/view.php?114,16949,,1179248400,1309619141 (Cinta Fitri Season 1 di SCTV Indonesia)
http://www.sctv.co.id/view.php?114,19969,,1211389200,1309619212 (Cinta Fitri Season 2 di SCTV Indonesia)
http://www.sctv.co.id/view.php?114,21118,,0,1309619284 (Cinta Fitri Season 3 di SCTV Indonesia)
http://www.sctv.co.id/view.php?114,22453,,1271782800,1309618309 (Cinta Fitri Season 5 di SCTV Indonesia)
http://www.sctv.co.id/view.php?187,22831,,1290704400,1309618978 (Cinta Fitri di SCTV Indonesia)
http://www.indosiar.com/sinopsis/88984/cinta-fitri-season-7 Diarkibkan 2011-01-20 di Wayback Machine (Cinta Fitri Season 7 di INDOSIAR Indonesia)
This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article Cinta Fitri, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses.
®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.