Beringin

Beringin (Jawi: ‏بريڠين‎code: ms is deprecated ‎), waringin (Jawi: وريڠين‎) atau jejawi (Jawi: ججاوي‎, nama saintifik: Ficus benjamina) adalah spesies tergolong dalam keluarga pokok ara bertaburan asal di Asia Tenggara dan Asia Selatan sehingga utara benua Australia.

Ia merupakan pokok rasmi Bangkok, Thailand. Ia merupakan pokok yang mencecah 30 m tinggi secara semulajadi, dengan dahan melengkung dan daun berkilat sepanjang 6-13 cm, bujur dengan hujung menjulur (acuminate). Buahnya merupakan sumber makanan burung.

Beringin
Waringin
Beringin
Buah dan dahan beringin
Pengelasan saintifik
Alam:
Divisi:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
F. benjamina
Nama binomial
Ficus benjamina


Penanaman

Dikawasan tropika, pokok Ara Beringin terseragam besar dan indah bagi taman dan keadaan lain seperti tepi jalan. Ia sering ditanam bagi tujuan ini.

pokok Ara Beringin popular sebagai pokok dalam rumah dikawasan serdahana, disebabkan ketahanannya kepada keadaan kurang elok; ia terbaik di bawah pancaran matahari terik, tetapi tahan di tempat teduh. Ia perlu disiram jumlah serdahana pada musim panas, dan hanya perlu dielakkan daripada kering semasa musim sejuk. Ia sensitif kepada sejuk dan perlu dilindungi daripada angin sejuk yang kuat. Apabila ditanam dalam rumah, ia mampu tumbuh besar dan perlu dicantas atau dipindahkan. Daunnya sensitif kepada pertukaran cahaya. Apabila dialih, ia mungkin menggugurkan daunnya dan diganti dengan daun baru apabila menyesuaikan diri dengan cahaya.


Pokok ini amat sesuai sebagai bonsai dalam rumah. Ini kerana ketahanannya dengan persekitaran dalam rumah.

Ancaman Akar

Perkhidmatan Perhutanan Amerika Syarikat [1] dalam Helaian Fakta ST-251 menyatakan "Akarnya tumbuh dengan pantas menguasai taman, menyelit di bawah dan mengangkat pejalan kaki, lambo, dan laluan kereta." Mereka memutuskan bahawa dalam bentuk pokok, ia terlalu besar bagi tanaman kediaman, dengan itu dalam kawasan tersebut spesies ini hanya digunakan sebagai pagar atau halangan pandangan yang perlu dicantas.

Kepercayaan

Beringin 
Pokok beringin

Masyarakat Melayu dahulu mencerap muka terang Bulan menyerupai suatu pokok "beringin songsang"; pohon beringin ini diceritakan kononnya diduduki seorang bongkok tua yang memintal tali kulit t'rap untuk digunakan untuk mengail segala isi bumi.

Beringin mengilham rupa gunungan latar Wayang Kulit Kelantan.

Rujukan

  • Frith, H.J.; Rome, F.H.J.C. & Wolfe, T.O. (1976): Food of fruit-pigeons in New Guinea. Emu 76(2): 49-58. HTML abstract

Tags:

Beringin PenanamanBeringin Ancaman AkarBeringin KepercayaanBeringin RujukanBeringin

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Isteri-isteri Nabi MuhammadMustapha KamalPilihan raya umum Malaysia 2022Nombor dalam budaya CinaFadillah YusofYandex1JamrahSenarai filem Malaysia berdasarkan kutipan terendahSawiAhmad Zahid HamidiFarajKhawarijIndeks Pembangunan ManusiaLiga Super Malaysia 2024–25Hulu Selangor (kawasan persekutuan)Etnik MelayuNegeri-negeri Melayu BersekutuTulisan JawiRamli M. S.Agama di MalaysiaLeftenan KomanderPemancutan maniBatikAiman Hakim RidzaBaby ShimaSultan Sharafuddin Idris ShahJohorLoloqAerofonSenarai peribahasa (A–M)Senarai Surah Al-QuranMeerqeenPukimakSingapura Dilanggar Todak (filem)Piagam MadinahFarah AhmadSenarai mukim di PerakSunan BonangIndonesiaTelefon bimbitPuteri BalqisSenarai Yang di-Pertuan AgongSenarai filem Malaysia berdasarkan kutipan tertinggiMedia sosialTrisha OoiPitt HanifRisteena MunimKerajaan KutaiAisha RetnoLabuanHemoroidKompleks piramid GizaWan SharmilaSenarai kaum di MalaysiaTentera Darat MalaysiaZambry Abdul KadirTuanku MuhrizJamal AbdillahAbdul Hadi AwangAhli Sunah WaljamaahKhir RahmanPuchong, SelangorJep SepahtuGeografi IndonesiaMadinah al-MunawwarahMalayan UnionGabenor Bank Negara MalaysiaMuhammad bin Idris al-SyafiiDaerah di SabahMalaysia MadaniAnwar IbrahimJenis air untuk bersuci dalam IslamSolat jamakPakatan HarapanChacha Maembong🡆 More