Bajang

Sejenis makhluk halus yang dipelihara bagi tujuan tertentu.

Alam Ghaib
Imej:Tiada
Hantu Bajang
Alam:Alam ghaib
Berbentuk fizikal:Ya
Mampu berubah bentuk:Ya
Mampu menyerupai manusia:Tidak
Menghisap darah:Tidak
Dipelihara:Ya
Bermasyarakat :Tidak
Gambaran

Bajang merujuk kepada sejenis makhluk halus, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang dipelihara bagi tujuan memudaratkan musuh. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka.

Bajang merupakan makhluk setan yang dipuja daripada mayat bayi yang mati semasa lahir. Ia merupakan setan jantan yang sering kali menjelma sebagai kucing pole cat. Bajang seringkali menyerang kanak-kanak dan mampu menyebabkan penyakit misteri yang boleh membawa maut kepada mangsanya.

Bajang akan dikawal oleh pemiliknya dan akan disimpan di dalam tabung buluh. Sejenis daun khusus akan digunakan sebagai penyumbat tabungan tersebut dan dikunci dengan tangkal. Bajang hanya dikeluarkan apabila pemiliknya hendak mengenakan musuhnya.

Bajang yang dipelihara itu akan diberi makan telur dan juga susu. Sekiranya tidak dijaga dengan baik dan diberi makan, Bajang yang kelaparan itu akan menyerang tuannya.

Bajang boleh dihindari dengan menggunakan tangkal atau azimat. Tidak ada cara membunuh bajang tetapi biasanya sekiranya tuannya diketahui, dia akan dibunuh atau diusir dari kampung tersebut.

Bajang biasanya perlu diwarisi, dan sekiranya tidak diturunkan kepada waris, tuannya akan menjadi bangkai bernyawa. Tubuhnya mati dan berbau busuk, tetapi apabila hendak dikebumikan, ia akan bangkit seperti hidup. Selain itu, ia akan makan dengan lahapnya apabila diberi makan.

Status

Hantu bajang adalah sejenis makhluk halus yang dipelihara oleh manusia. Ia perlu diberi makanan menurut tempoh tertentu, biasanya setiap bulan penuh. Sekiranya tuannya mati sebelum sempat mencari pengganti, bajang akan hidup liar dan mengganggu penduduk berdekatan.

Matlamat

Hantu bajang biasanya dibela oleh seseorang bagi menjaga keselamatan diri daripada serangan haiwan buas, menjaga ladang daripada serangan perosak tanaman, membuat kerja berat seperti membersihkan kawasan untuk berhuma dan bagi memusnahkan saingan.

Hantu bajang perlu diwarisi, iaitu ia perlu diberikan kepada pengganti apabila seseorang itu hampir mati, biasanya anak atau cucu kepada pemilik asal.

Kelebihan

Bajang biasanya dipelihara bagi tujuan membinasa musuh atau orang yang dibenci pemiliknya.

Kelemahan

Pengamal ilmu sihir hitam atau ilmu sesat ini adalah satu perbuatan syrik dalam ugama Islam. Bajang akan mengamuk sekiranya tidak dijaga dengan baik. Tuannya sukar untuk mati sekiranya tidak ada orang hendak menerimanya.

Penelitian secara ilmiah

Lihat juga hantu dalam masyarakat Melayu.


Tags:

Bajang StatusBajang MatlamatBajang KelebihanBajang KelemahanBajang Penelitian secara ilmiahBajang

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Andai Itu TakdirnyaSenarai Bidang Pengajian Tinggi di MalaysiaSukanMenteri Dalam Negeri MalaysiaMuhammad al-FatihShukri YahayaKota BharuKelayakan UEFA Euro 2024Abang Johari Tun OpengBadli Shah bin AlauddinSyirikUmar bin Al-KhattabDarah yang keluar dari rahim wanitaLionel MessiSabahSains sosialTembikaiJabatan Imigresen MalaysiaAyu RaudhahNegara-Negara Komanwel7 Hari Mencintaiku (musim 3)IpohElly ArifinPertubuhan Bangsa-Bangsa BersatuPertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17Sultan Sharafuddin Idris ShahCik ManggisShazia RozainiMedia sosialAtikah SuhaimePenjajahan Jepun di Tanah MelayuBanserPuteri Gunung LedangMatlamat Pembangunan MampanZara ZyaUniversiti Sains MalaysiaAgama BuddhaAaron AzizNasi tangasLayang Layang PerkahwinanDawoodi BohraF.C. Internazionale MilanoMelakaSejarah MelakaNekbatThe Original GangsterKhairulamingMajlis Raja-RajaAnwar IbrahimPutri ArianiPuchong, SelangorComorosBumiputera di SabahHospital Canselor Tuanku Muhriz UKMNadhir NasarPasukan bola sepak kebangsaan VietnamPersekutuan Tanah MelayuSe7en (filem 1995)BoBoiBoyNombor perdanaPerjanjian HudaibiyahOrang Cina MalaysiaSurah Al-AlaqPeribahasa MelayuMuhamad Akmal SalehMuhyiddin YassinMamat KhalidTengku Zafrul Abdul AzizAlor SetarNombor telefon di MalaysiaAhli Sunah WaljamaahPerkhidmatan awam di MalaysiaRejimen Askar Melayu DiRajaNasabKabupaten Lampung TengahUlar Tedung Selar🡆 More