Badrul Hisham Abdul Aziz

Datuk Badrul Hisham bin Abdul Aziz (1959 – 17 Februari 2012) ialah ahli politik dan wartawan Malaysia berketurunan Melayu.

Beliau merupakan mantan Ahli Parlimen Hulu Langat selama 2 penggal (1995-2004). Selepas menamatkan perkhidmatan selama dua penggal sebagai ahli Dewan Rakyat, Badrul bersara dari politik selepas parlimen dibubarkan pada tahun 2004 dan dua tahun kemudian iaitu pada tahun 2007 kembali menyertai dunia kewartawanan bersama portal berita Agenda Daily sehinggalah beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Datuk

Badrul Hisham Abdul Aziz
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Hulu Langat
Dalam jawatan
1995–2004
Didahului olehBadrul Hisham Abdul Aziz Badrul Hisham Abdul Aziz Lee Kim Sai
Digantikan olehBadrul Hisham Abdul Aziz Badrul Hisham Abdul Aziz Markiman Kobiran
Majoriti3,866 (PRU-10)
30,812 (PRU-9)
Butiran peribadi
Lahir1959
Meninggal dunia17 Februari 2012 (53 tahun)
Hospital Serdang, Subang Jaya
Tempat persemadianBandar Baru Bangi, Kajang
Parti politikBadrul Hisham Abdul Aziz Badrul Hisham Abdul Aziz Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
Alma materUniversiti Kebangsaan Malaysia
ProfesionWartawan

Kehidupan peribadi

Beliau telah berkahwin dengan Noraini Ahmad serta mempunyai lima orang anak termasuk Ilyas Fadzli.[perlu rujukan]

Wartawan

Badrul Hisham pernah menjadi kadet tentera sebelum bekerja di Universiti Kebangsaan Malaysia UKM dan berpindah ke Utusan Melayu.

Beliau lulusan ijazah sarjana muda sastera di UKM (1979—83). Beliau menjadi wartawan kadet di Utusan Malaysia pada 15 Februari 1984. Jawatan terakhir beliau ialah penolong pengarang berita Utusan sebelum berhenti untuk menjadi calon Barisan Nasional (BN) di Hulu Langat. Rakan seangkatan beliau di Utusan ialah Zainuddin Maidin, Datuk Aziz Ishak, Othman Mohamad, Datuk Zaini Hassan Rosli Ismail, Abdullah Hassan, Datuk Sirajuddin Rafia, Nasir Osman Abas dan Rashid Ahmad.

Beliau membuat liputan Konsert Sudirman 1984 di UKM yang dibantah oleh mahasiswa yang disokong oleh parti pembangkang, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) khususnya. Diceritakan[nyatakan menurut siapa?] perihal bagaimana rakan wartawan daripada Utusan, Mohd. Nor A. Samad, ditahan oleh pihak pengawal keselamatan kerana memasuki kawasan kampus tidak mengikuti pintu sewajarnya, sebaliknya pintasan mengikuti padang yang tidak berpagar. Juga mengenai Ketua Jurugambar Syed Agil Syed Jaafar yang ditahan di dalam bilik kebal UKM selama empat jam. Ketika ditahan, Syed Agil sempat melontarkan dua gulung filem yang merakam pelbagai aksi mengenai rusuhan selepas solat Jumaat itu. Pada keesokan harinya, empat keping gambar demonstrasi itu disiarkan.

Beliau bersama yang lain membuat liputan tentang Ketua Menteri Melaka dituduh oleh pihak pembangkang manakala wartawan M. Nor A. Samad telah ditahan. Beliau juga membuat liputan dengan Kamal Zailani untuk menjejaki Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Haji Muhd Taib, yang tiba-tiba menghilang diri setelah kisah perkahwinannya dengan puteri Sultan Selangor, Datin Paduka Hajjah Tengku Puteri Zahariah Bte Sultan Abdul Aziz Shah (Ku Yah) meletup.

Beliau juga turut mengikuti Mufti Istana Negara, Datuk Hassan Din al-Hafidz menjalankan operasi cegah maksiat di ibu kota Kuala Lumpur. Mereka juga melaporkan serbuan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Pada Oktober 1986, Badrul Hisham membuat liputan tentang penawanan dua orang pegawai Universiti Kebangsaan Malaysia di Penjara Pudu. Dr Radzi Jaafar dan Abdul Aziz Majid ditawan oleh Jimmy Chua, bekas inspektor polis Singapura bersama lima orang lagi rakannya. Penawanan selama enam hari itu ditangani oleh pasukan Unit Tindakan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM). Datuk Mohd Zaman Khan dan Ketua Polis Negara Tun Haniff Omar menyelinap masuk ke dalam penjara. Ketua Pengarah Penjara ketika itu ialah Datuk Ibrahim Mohamad.

Pada 1989, Badrul Hisham bersama Ramli Ismail dan Ayob membuat liputan tentang pesawat Flying Tiger 66 terhempas di atas bukit perkampungan Orang Asli, Kampung Batu 14, Puchong. Empat orang dalam pesawat Flying Tiger termasuk kapten dan juruterbang kedua-duanya maut. Dilaporkan ada pihak yang terjumpa tin minuman keras di dalam kokpit pesawat. Berlaku salah maklumat antara Lapangan Terbang Changi, Singapura, Lapangan Terbang Antarabangsa Subang dengan juruterbang pesawat kargo Boeing 747-249F.

Politik

Beliau dinamakan sebagai calon Barisan Nasional/UMNO untuk kawasan parlimen P93 Hulu Langat dalam Pilihan raya umum Malaysia 1995. Dalam Pilihan raya umum Malaysia 1999, beliau mengalahkan pensyarah UKM, Dr Mohd Nor Nawawi daripada Keadilan. Pada tahun 2004, beliau tidak bertanding. Calon BN/UMNO tahun 2004 ialah Datuk Markiman Kobiran.

Meninggal dunia

Pada 17 Februari 2012, beliau yang ketika itu berumur 53 tahun meninggal dunia di Hospital Serdang, berhampiran Putrajaya. Beliau menghidap pelbagai penyakit dan mengadu sesak nafas. Jenazah beliau dibawa ke rumahnya di 12 jln 2/1 Mutiara Bangi, Bandar Baru Bangi. Jenazah beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Tangkas pada 18 Februari 2012.

Rujukan

Tags:

Badrul Hisham Abdul Aziz Kehidupan peribadiBadrul Hisham Abdul Aziz WartawanBadrul Hisham Abdul Aziz PolitikBadrul Hisham Abdul Aziz Meninggal duniaBadrul Hisham Abdul Aziz RujukanBadrul Hisham Abdul AzizHulu Langat (kawasan persekutuan)MalaysiaMelayu

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Slot SakuraSenarai rancangan yang disiarkan oleh TV3One Cent ThiefSolat Sunat RawatibTikTokJabatan Kastam Diraja MalaysiaKi Hadjar DewantaraKaabahPerang Dunia KeduaLaura AnnaPutri JannahFitri HarisHang TuahProton WiraBahasa LampungPilihan raya umum Malaysia 2022Takwim HijrahUniversiti MalayaHukum Kanun MelakaTahun MasihiAiman Hakim RidzaGantangNeelofaKementerian Kesihatan MalaysiaKata namaSenarai Pemenang Keseluruhan Anugerah Juara LaguAisha RetnoProton SagaFranco BaresiAeril ZafrelHamzah bin Abdul MuttalibSabronzoKetumbarMohd Safee Mohd SaliHuminodunMerdeka 118Zul AriffinSaleemBrisbaneNur FazuraGeografi JohorBak kut tehWardina SafiyyahKerajaan SalakanagaraMelayuNur (drama)Julia RaisSayu Yang SyukurPangsapuriNasi lemakTrisha OoiTanam paksaHarris AlifGajahBadarPerakPasukan bola sepak kebangsaan IndonesiaTakbirTengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah7 Hari Mencintaiku (musim 3)Sunan DrajatPendidikan di IndonesiaPertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17Nabi Syu'aib a.s.Petaling JayaOsloQiamullailUmmi NazeeraRuhainiesPolis Diraja MalaysiaPerikatan NasionalFadhli MasootAhmad Zahid HamidiSosialSiti HariesaRadio Televisyen MalaysiaSaifuddin Nasution IsmailPutrajaya🡆 More