Angkatan Tentera Pakistan

Angkatan Tentera Pakistan (Urdu: پاکستان مُسَلّح افواج‎, Pākistān Musāllah Afwāj) adalah angkatan bersenjata negara Pakistan.

Ia merupakan tentera ke-6 terbesar di dunia dari segi keanggotaan aktif dan yang terbesar dikalangan negara Islam. Angkatan tentera ini terdiri daripada empat cabang utama perkhidmatan – Tentera Darat, Tentera Laut, Tentera Udara dan pasukan separa tentera serta dibantu Pasukan Bahagian Pelan Strategik. Rantaian arahan tentera disusun dibawah Pengerusi Jawatankuasa Ketua Turus Bersama (JCSC) berserta dengan ketua turus tentera darat, tentera laut, dan tentera udara. Semua cabang bekerja sama semasa operasi dan misi bersama dibawah Markas Staf Bersama (JS HQ).

Angkatan Tentera Pakistan
Pākistān Musāllah Afwāj
Angkatan Tentera Pakistan
Bendera Angkatan Tentera Pakistan
Diasaskan 14 Ogos 1947
Cabang khidmat * Angkatan Tentera Pakistan Tentera Darat Pakistan
Ibu pejabat Markas Staf Bersama
Rawalpindi
Kepimpinan
Pemerintah Tertinggi Presiden Arif Alvi
Menteri Pertahanan Pervez Khattak
Pengerusi Jawatankuasa Ketua Turus Bersama Jeneral Zubair Mahmood Hayat, PA
Usia masuk tentera 16-23
Pengerahan Tiada
Kakitangan aktif 653,000 (tempat ke-6)
Perbelanjaan
Bajet US$11.4 bilion (2018)
Peratusan KDNK 4.0% (2018)
Industri
Pembekal domestik Senarai Pembekal Negara Utama

  • Air Weapons Complex
  • Heavy Industries Taxila
  • Global Industrial Defence Solutions
  • Defence Science and Technology Organization
  • Karachi Shipyard
  • Khan Research Laboratories
  • National Development Complex
  • Pakistan Aeronautical Complex
  • Pakistan Ordnance Factories
  • Metallurgical Laboratory (Wah)
  • Integrated Dynamics

Pembekal luar Senarai Pembekal Asing Utama

Rencana berkaitan
Sejarah
  • Sejarah ketenteraan Pakistan
  • Misi pengaman PBB melibatkan Pakistan
  • Senarai peperangan melibatkan Pakistan
Pangkat
  • Lencana pangkat Tentera Darat Pakistan
  • Lencana pangkat Tentera Laut Pakistan
  • Lencana pangkat Tentera Udara Pakistan

Semenjak Perjanjian China-Pakistan tahun 1963, pihak tentera telah mempunyai hubungan ketenteraan dengan China, bekerjasama membangunkan pesawat tempur JF-17, K-8, dan sistem senjata yang lain. Setakat tahun 2013, China merupakan pembekal asing kedua terbesar kelengkapan tentera kepada Pakistan. Kedua-dua negara juga bekerjasama dalam membangunkan program nuklear dan teknologi angkasa. Angkatan tentera mereka mempunyai jadual untuk menganjurkan eksesais tentera bersama. Pihak tentera juga mengekalkan hubungan rapat dengan Amerika Syarikat, memberikan Pakistan status sekutu utama bukan NATO pada tahun 2004. Pakistan menerima sebahagian besar kelengkapan tenteranya dari para pembekal domestik tempatan, China, dan Amerika Syarikat.

Angkatan tentera telah dibentuk pada tahun 1947 apabila Pakistan mendapat kemerdekaan daripada Empayar British. Sejak itu, pihak angkatan tentera memainkan peranan penting dalam sejarah Pakistan moden, terlibat dalam perang utama dengan India pada tahun 1947, 1965 dan 1971, dan beberapa kali merampas kuasa kerajaan. Krisis di sempadan membawa kepada penubuhan pasukan separa tentera untuk menangani rusuhan orang awam di Barat Laut dan kawasan sempadan Punjab dan Sindh. Pada tahun 2017, terdapat kira-kira 654,000 anggota aktif di dalam angkatan tentera, tidak termasuk 25,000–35,000+ anggota dalam Pasukan Bahagian Pelan Strategik dan 482,000 anggota aktif dalam pasukan separa tentera. Angkatan tentera mempunyai kumpulan sukarelawan yang besar sehingga askar kerahan tidak pernah diperlukan, walaupun perlembagaan dan undang-undang tambahan Pakistan membenarkan kerahan dibuat jika negara dalam keadaan perang.

Pengiraan bagi 18.5% dari perbelanjaan kerajaan persekutuan pada tahun 2018, selepas pembayaran faedah, tentera Pakistan telah menggunakan sebahagian besar belanjawan negara. Pihak angkatan tentera biasanya sangat diterima dalam masyarakat Pakistan. Semenjak penubuhan negara Pakistan, pihak tentera telah memainkan satu peranan penting dalam menyatukan negara, menyemarakkan semangat kebangsaan dan mempersiapkan rakyat agar tidak mementingkan diri. Setakat bulan Mei 2019, Pakistan adalah penyumbang ke-6 terbesar untuk tugas-tugas pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, dengan 5,083 anggota digerakkan ke luar negara. Aturgerak lain di luar negeri termasuklah anggota tentera Pakistan bertugas sebagai penasihat ketenteraan di negara Afrika dan Arab. Pihak tentera Pakistan mengekalkan divisyen tempur dan briged di beberapa negara Arab semasa perang Arab–Israel, membantu tentera perikatan dalam Perang Teluk pertama, dan mengambil bahagian dalam konflik Somalia dan Bosnia.

Lihat juga

Rujukan

Bacaan lanjut

Pautan luar

Tags:

Angkatan Tentera Pakistan Lihat jugaAngkatan Tentera Pakistan RujukanAngkatan Tentera Pakistan Bacaan lanjutAngkatan Tentera Pakistan Pautan luarAngkatan Tentera PakistanAngkatan tenteraBahasa UrduDunia IslamHierarki arahanPakistanSenarai negara mengikut saiz kekuatan tenteraTentera Darat PakistanTentera Laut PakistanTentera Udara Pakistan

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Piala UEFAProton Holdings BerhadHari BumiRiz AminAnak BapakAl-Masih ad-DajjalPeleNegeri SembilanAgama BuddhaWan Ji Wan HussinKuala Kubu Bharu (kawasan negeri)Perodua KancilTengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin ShahZizi KiranaNegeri PalestinNasi lemakTerengganuEmma MaembongPhilippe CoutinhoMarlia MusaPeristiwa 13 MeiTulisan JawiFasha SandhaSekolah Menengah Kebangsaan LikasSolatHang TuahProton ExoraBahasa InggerisSheikh Muszaphar ShukorLaila NasirRedza RosliUmmi NazeeraPersatuan Bulan Sabit Merah MalaysiaLagi-Lagi SenarioA. R. BadulMerdeka 118Undang-undangAzhar IdrusTuanku MuhrizBaby ShimaHamidah WahabNombor perdanaMasjid Jamek, Kuala LumpurIndera BangsawanM. Hitler ZamiQarinKanun KeseksaanAbang Johari Tun OpengNombor telefon di MalaysiaFrekuensi radio di PahangSalomaNasi kerabuKamparSenarai Saintis IslamSyiahShah AlamPerseikatanCroatia15 Puasa (telefilem)Kelapa sawitElly ArifinYang di-Pertuan Besar Negeri SembilanHun HaqeemSukanLelaki ItuAsiaPasukan bola sepak kebangsaan PolandAsbab al-nuzulFalsafah Pendidikan MalaysiaTanam paksaNoorkumalasariHulu LangatZamarul HishamProton SagaKugiran MasdoMaria Ozawa🡆 More