Agama Rakyat Cina

Agama Rakyat Cina (中国传统民间宗教) ialah agama turun temurun bangsa Cina.

Ia sebenarnya adalah satu budaya tradisional yang dituruni dari satu generasi ke satu generasi secara lisan. Lebih-lebih lagi agama ini tidak mempunyai kitab agama dan tidak pula mempunyai institusi yang memeliharanya. Oleh itu ajaran agama ini adalah tidak jelas, dan berbeza-beza dari satu tempat ke satu tempat. Tetapi secara umumnya agama ini mendukung konsep yang baik dibalas baik, yang buruk dibalas buruk.

Agama Rakyat Cina
Imej Kuan Ying. Kuan Ying adalah salah satu dewi dalam agama rakyat china

Secara umumnya, Agama rakyat China melibatkan 3 bentuk penyembahan iaitu:

  • Penyembahan Nenek Moyang
    Penyembahan nenek moyang merupakan intipati dalam agama rakyat china. Ia berkaitan dengan sistem nilai masyarakat china yang memberi nilai yang tinggi kepada sifat "ketaatan kepada ibu bapa".
  • Penyembahan Dewa-dewi

Dewa-dewi yang disembah dalam agama ini adalah sangat banyak. Selain dari dewa-dewi, mereka juga menyembah watak dalam cerita epik, malah tokoh-tokoh sejarah. Dipercayai pemujaan kepada dewa-dewi dapat menjamin “keselamatan kehidupan sehari-harian“(保平安).

  • Penyembahan Datuk Tanah(拜土地公)
    Datuk Tanah dapat diumpamakan sebagai penunggu dalam masyarakat Melayu. Biasanya orang cina akan mengadakan altar untuk datuk tanah di atas lantai.

Masalah pengenalan agama dalam masyarakat Cina

Kemunculan tema "Agama Rakyat Cina" sebenar adalah hasil daripada kesedaran diri masyarakat cina yang sebelum itu telah salah faham mengenai agama mereka. Pada masa dahulu, orang Cina telah salah anggap agama yang dianuti mereka sebagai agama Buddha, sehingga kebanyakan rakyat Cina mengakui diri mereka sebagai penganut agama Buddha. Ini kerana Agama Rakyat Cina ini mempunyai pelbagai unsur terutama dari Khonghucu (Confucianism), Buddhisme, dan Taoisme. Namun sebenarnya agama yang asli berasal dari dalam China adalah Khonghucu dan Tao. Seperti yang kita ketahui bahwa Buddha berasal dari India.

Pautan luar

Tags:

Agama

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Pulau PangkorSharifah AiniMenteri Kesihatan MalaysiaSultan PerakErma FatimaAngkatan Tentera MalaysiaPerodua MyViNabi Musa a.s.Agensi Penguatkuasaan Maritim MalaysiaSenarai kata pinjaman dari bahasa Arab dalam bahasa Melayu dan bahasa IndonesiaAisyah AzizAzad JasminPASKAL (filem)Bangunan Sultan Abdul SamadCerita Rakyat MalaysiaRosyam NorAnna JoblingNadhir NasarBuah kerasZaman air batuPelesitMohd Noor Helmy Abdul HalemMalang Si PuteriUniversiti Sains MalaysiaPeribahasa MelayuJenis darahShah RezzaSiti HariesaKelapa sawitAhmad Zahid HamidiPersatuan Negara-negara Asia TenggaraSepahtu Reunion LiveUthman bin AffanSenarai SBP di MalaysiaRamli M. S.Angel (penyanyi)Aisha RetnoImbuhan kata nama (bahasa Melayu)Hawa RizwanaAiman Hakim RidzaAcryl Sani Abdullah SaniProton Holdings BerhadSistem pernafasanMarsyal TUDMShah IskandarSunan DrajatAmy SearchEmelda RosmilaAdam CorrieProton PerdanaKrisis pencerobohan Lahad Datu 2013Sumpahan JeruneiAlhamdulillahAdat resam kahwin MelayuLaskar Udara KananSolatSuria RecordsProton ExoraTuanku Abdul RahmanSkop ProductionsDaerah di SabahJenis air untuk bersuci dalam IslamKuala Kubu BharuTerlanjur Cinta (drama web)SidratulmuntahaBintara MudaP. RamleeLelaki ItuMuhamad Akmal SalehPegawai WaranNasi goreng (Nusantara)Matlamat Pembangunan MampanOrang Asli di MalaysiaBintara KananSenarai mukim di PerakNabi Ibrahim a.s.Syahadah🡆 More