Tinggal 239 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
Peristiwa
Stonewall Jackson Hindenburg terbakar 1527 : Askar-askar Sepanyol dan Jerman menjarah Rom , dan menandakan berakhirnya Pembaharuan Itali secara simbolik. 1682 - Raja Louis XIV dari Perancis memindahkan pusat kerajaannya dari Paris ke Château de Versailles di Versailles . 1757 - Perang Tujuh Tahun: Prusia menentang Austria dalam suatu pertempuran di Praha. 1863 - Perang Saudara Amerika : Angkatan Tentera Virginia Utara pimpinan Robert E. Lee dan Stonewall Jackson (gambar) mencapai kemenangan muktamad untuk Negeri-Negeri Gabungan Amerika dalam Pertempuran Chancellorsville . 1881 - Kalākaua raja Hawaii singgah di Singapura semasa pelayaran baginda menjelajah dunia, baginda bersua muka dengan Sultan Johor , Sultan Abu Bakar di sini dan di Johor Bahru . 1882 - Presiden A.S. Chester A. Arthur menandatangani Akta Pengecualian Cina, melaksanakan larangan penghijrahan orang Cina ke Amerika Syarikat (hingga 1943). 1910 - George, Putera Wales mewarisi takhta ayahandanya Edward VII dari United Kingdom berikutan kemangkatan raja tersebut. 1937 - Lebih 30 orang mati apabila zeppelin Jerman Hindenburg musnah terbakar (gambar) semasa mendarat di Lakehurst, New Jersey . 1940 - John Steinbeck memenangi Hadiah Pulitzer atas novel The Grapes of Wrath nukilan beliau 1942 - Perang Dunia Kedua : barisan terakhir tentera Amerika Syarikat di Filipina menyerah diri kepada pihak Jepun di Corregidor . 1954 - Di Oxford , Roger Bannister menjadi orang pertama berlari satu batu dalam masa empat minit . 1994 - Terowong Selat , sebatang terowong kereta api sepanjang 50.5 km di bawah Selat Inggeris di Selat Dover , dibuka secara rasmi. 2001 - Paus Ioannes Paulus II menjadi paus pertama menjejakkan kaki ke masjid semasa mengunjungi Syria 2012 - François Hollande terpilih sebagai Presiden Perancis , menggantikan Nicolas Sarkozy . Kelahiran
1501 - Marcellus II , Paus Gereja Katolik (meninggal 1555) 1574 - Innocentius X , Paus Gereja Katolik (meninggal 1655) 1758 - Maximilien Robespierre , negarawan Perancis (meninggal 1794) 1856 - Sigmund Freud , pakar neurologi Austria (meninggal 1939) 1856 - Robert Peary, peneroka Amerika Syarikat (meninggal 1920) 1861 - Motilal Nehru, negarawan India (meninggal 1931) 1868 - Gaston Leroux, wartawan dan penulis Perancis (meninggal 1927) 1918 - Zayed bin Sultan Al Nahyan , amir Abu Dhabi dan Presiden Emiriah Arab Bersatu pertama (mangkat 2004) 1929 - Paul Lauterbur , ahli kimia dan biofizik Amerika Syarikat serta pemenang Hadiah Nobel (meninggal 2007) 1953 - Tony Blair , Perdana Menteri United Kingdom ke-66 1961 - George Clooney , pelakon Amerika Syarikat 1983 - Daniel Alves , pemain bola sepak Brazil 1983 - Trinley Thaye Dorje, agamawan Tibet dan Karmapa Lama ke-17 1989 - Rangga Azof, pelakon Indonesia 1990 - Péter Gulácsi , pemain bola sepak Hungary. 1992 - Byun Baekhyun, pemuzik Korea Selatan menganggotai EXO-K 1998 - Rena Nozawa, anggota grup idola Jepun AKB48 2000 - Bagas Ran , penyanyi dan pelakon Indonesia . 2019 - Archie Mountbatten-Windsor , putera diraja United Kingdom Kematian
850 – Ninmyō, Maharaja Jepun (diputeraan 808) 1540 - Juan Luis Vives pemikir dan pelopor psikologi Sepanyol (lahir 1492) 1859 – Alexander von Humboldt , ahli geografi Prusia (lahir 1769) 1862 – Henry David Thoreau, penyajak dan filsuf Amerika Syarikat (lahir 1817) 1910 – Edward VII , Raja United Kingdom (diputerakan 1841) 1919 – L. Frank Baum, penulis Amerika Syarikat (lahir 1856) 1949 – Maurice Maeterlinck , penyajak Belgium dan pemenang Hadiah Nobel (lahir 1862) 1963 – Theodore von Kármán , ahli matematik dan fizik serta jurutera kelahiran Hungary (lahir 1881) 1952 – Maria Montessori , doktor dan pendidik kelahiran Itali (lahir 1870) 2003 - Ateng, pelawak Indonesia (lahir 1942) 2013 - Giulio Andreotti , Perdana Menteri Itali (lahir 1919) 2015 - Pepeng, artis dan pelawak Indonesia (lahir 1954) 2016 - Patrick Ekeng, pemain bola sepak Ghana (lahir 1990) 2019 - Anuar Abu Bakar , bekas pemain bola sepak kebangsaan Malaysia Rujukan
This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article 6 Mei , which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0") ; additional terms may apply (view authors ). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses. ®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.