Youri Tielemans

Youri Marion A.

Tielemans (lahir 7 Mei 1997) merupakan seorang pemain bola sepak profesional Belgium yang beraksi di posisi pemain tengah bersama kelab Liga Perdana Inggeris, Leicester City dan pasukan kebangsaan Belgium.

Youri Tielemans
Youri Tielemans
Maklumat peribadi
Tarikh lahir (1997-05-07) 7 Mei 1997 (umur 26)
Tempat lahir Sint-Pieters-Leeuw, Belgium
Ketinggian 1.76 m (5 ka 9 in)
Posisi permainan Pemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Leicester City
Nombor 8
Kerjaya remaja
2002–2013 Anderlecht
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2013–2017 Anderlecht 139 (26)
2017–2019 Monaco 47 (5)
2019Leicester City (pinjam) 13 (3)
2019– Leicester City 75 (9)
Pasukan kebangsaan
2012–2013 Belgium B15 4 (2)
2012–2013 Belgium B16 10 (8)
2013–2016 Belgium B21 14 (6)
2016– Belgium 41 (4)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 23:29, 23 Mei 2021 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 19:55, 17 Jun 2021 (UTC)

Tielemans telah memulakan kariernya di Anderlecht, di mana beliau telah melakukan 185 penampilan rasmi dan menjaringkan 35 gol sepanjang empat musimnya di sana. Beliau turut berjaya meraih dua gelaran liga dan pada tahun 2017, beliau telah dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Belgium. Beliau merupakan pemain Belgium termuda untuk beraksi di pentas Liga Juara-Juara Eropah dengan melakukan penampilan sulungnya pada usia 16 tahun dan 148 hari. Selepas menghabiskan dua musim di Monaco, beliau berpindah ke Leicester pada 2019. Pada mulanya, sebagai pemain pinjaman, namun beliau akhirnya berpindah tetap dengan nilai perpindahan sebanyak 32 juta euro.

Tielemans mewakili Belgium di pelbagai peringkat remaja sebelum melakukan kemunculan sulungnya untuk pasukan senior pada November 2016 iaitu ketika berusia 19 tahun. Beliau merupakan sebahagian daripada skuad Belgium yang merebut tempat ketiga dalam kejohanan Piala Dunia FIFA 2018.

Kerjaya kelab

Anderlecht

Tielemans merupakan lulusan akademi Anderlecht dan menandatangani kontrak pertamanya bersama kelab ketika beliau berusia 16 tahun.

Pada 21 Julai 2013, beliau telah disenaraikan ke dalam skuad senior buat kali pertama dalam pertembungan menentang Genk pada aksi Piala Super Belgium 2013 tetapi beliau tidak beraksi. Selang seminggu kemudian, beliau melakukan penampilan pertamanya pada pusingan pembukaan Liga Pro Belgium menentang Lokeren selepas menggantikan pemain Sacha Kljestan yang tercedera pada aksi 25 minit permainan. Perlawanan tersebut berakhir dengan kekalahan 2–3. Perkembangan ini menjadikan Tielemans sebagai pemain keempat termuda dalam sejarah liga.

Pada 2 Oktober 2013, beliau menjadi pemain termuda Belgium untuk beraksi di pentas Liga Juara-Juara Eropah ketika aksi menentang Olympiakos iaitu semasa beliau berusia 16 tahun dan 148 hari. Beliau kemudiannya beraksi dalam 29 perlawanan untuk Anderlecht sehingga pasukannya itu menjuarai Liga Pro Belgium 2013–14. Salah satu persembahannya ialah ketika beliau menjaringkan gol pembukaan sewaktu menentang Club Brugge pada 6 April 2014. Perlawanan tersebut turut menyaksikan beliau membantu jaringan Cyriac sebelum perlawanan itu berkesudahan dengan kemenangan Anderlecht 3-0. Tielemans meraih anugerah Pemain Muda Terbaik Belgium ketika dua musim pertamanya bersama Anderlecht.

Tielemans berjaya menjaringkan 13 gol dalam 37 perlawanan liga di mana pasukannya merangkul kejuaraan liga pada musim itu. Beliau juga memenangi Anugerah Kasut Ebony 2017 sebagai pemain terbaik keturunan Afrika dan dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Belgium 2016-17. Dalam kejohanan Liga Europa UEFA 2016–17, beliau telah menjaringkan 5 gol dalam 15 perlawanan selain membantu pasukannya melangkah ke peringkat suku akhir. Beliau juga disenaraikan ke dalam Skuad Terbaik Liga Europa pada musim tersebut.

Monaco

Pada 24 Mei 2017, Tielemans menyertai juara Ligue 1 2016–17, Monaco dengan kontrak selama lima tahun melalui perpindahan bernilai 25 juta euro. Beliau melakukan penampilan sulungnya untuk Monaco pada 29 Julai pada aksi Trophée des Champions menentang Paris Saint-Germain dan beliau telah melakukan hantaran kepada jaringan pembukaan Djibril Sidibé. Pada 4 Ogos, Tielemans melakukan penampilan sulungnya di Ligue 1 selepas menggantikan Radamel Falcao dalam aksi menewaskan Toulouse 3-2. Sementara itu, beliau melakukan debut dalam kejohanan Eropah bersama Monaco pula pada 13 September ketika menentang RB Leipzig dalam perlawanan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara. Dalam perlawanan itu juga, beliau menjaringkan gol sulungnya bersama Monaco.

France Football telah menyenaraikan Tielemans sebagai kegagalan terbesar secara separuh pertama musim dan secara keseluruhan musim. Beliau menjaringkan gol pertamanya di Ligue 1 pada 2 September 2018 dalam aksi yang berakhir dengan kekalahan 3-2 kepada Olympique de Marseille.

Leicester City

Pada 31 Januari 2019, Tielemans menyertai kelab Liga Perdana Inggeris, Leicester City secara pinjaman sehingga tamat musim manakala Adrien Silva pula melakukan perpindahan ke Monaco sebagai pertukaran. Pada 9 Mac, Tielemans telah menjaringkan gol sulungnya untuk Leicester semasa menewaskan Fulham 3-1.

Pada 8 Julai 2019, Tielemans telah melengkapkan perpindahan tetap ke Leicester dengan menandatangani kontrak selama empat tahun melalui perpindahan yang bernilai kira-kira 32 juta euro. Beliau menjaringkan gol pada aksi menundukkan Bournemouth 3-1 pada 31 Ogos tetapi beliau dihimpit kontroversi apabila melalukan terjahan ke atas Callum Wilson. Malahan, beliau turut terlepas hukuman walaupun selepas diteliti oleh video pembantu pengadil. Ketua pengadil, Mike Riley menyatakan bahawa ianya bukan satu keputusan tepat dan Tielemans sepatutnya dibuang padang.

Pada 15 Mei 2021, Tielemans menjaringkan gol tunggal perlawanan final Piala FA 2021 melalui rembatan jarak jauh ketika menentang Chelsea sekali gus membolehkan pasukannya merangkul kejuaraan sulung Piala FA. Pada perlawanan itu juga, beliau telah dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan.

Kerjaya antarabangsa

Youri Tielemans 
Tielemans sedang menjalani latihan bersama Belgium pada 2017.

Pada Jun 2015, Tielemans telah dipanggil oleh skuad senior Belgium untuk menghadapi aksi kelayakan UEFA Euro 2016 menentang Wales. Beliau akhirnya melakukan penampilan sulungnya untuk Belgium pada 9 November 2016 dalam aksi persahabatan menentang pesaing jiran, Belanda selepas beliau menggantikan Steven Defour pada minit ke-82.

Tielemans telah disenaraikan ke dalam skuad Piala Dunia FIFA 2018 di Rusia oleh pengurus Roberto Martínez. Beliau telah beraksi dalam empat perlawanan, termasuklah ketika perlawanan penentu tempat ketiga menewaskan England 2-0.

Tielemans menjaringkan gol sulungnya untuk Belgium pada 21 Mac 2019 ketika aksi kelayakan UEFA Euro 2020 menentang Rusia. Beliau telah dipanggil untuk menyertai skuad UEFA Euro 2020 yang ditangguhkan ke Mei 2021.

Kehidupan peribadi

Tielemans telah dilahirkan di Sint-Pieters-Leeuw, Flemish Brabant. Bapa Tielemans berasal daripada keturunan Flemish manakala ibunya pula ialah orang keturunan Congo. Beliau meneruskan pembelajarannya sehingga ke usia 18 tahun, di mana beliau mengagihkan masa untuk belajar dan tumpuan kepada karier bola sepaknya. Beliau telah berkahwin dengan Mendy dan mempunyai dua orang anak perempuan, Melina dan Leana.

Statistik kerjaya

Kelab

    Sehingga 23 Mei 2021.
Kelab Musim Liga Piala Piala Liga Eropah Lain Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Youri Tielemans  Anderlecht 2013–14 29 1 2 1 4 0 0 0 35 2
2014–15 39 6 4 2 8 0 1 0 52 8
2015–16 34 6 2 1 9 0 45 7
2016–17 37 13 1 0 15 5 53 18
Jumlah 139 26 9 4 36 5 1 0 185 35
Youri Tielemans  Monaco 2017–18 27 0 2 0 1 0 4 1 1 0 35 1
2018–19 20 5 1 0 2 0 6 0 1 0 30 5
Jumlah 47 5 3 0 3 0 10 1 2 0 65 6
Youri Tielemans  Leicester City 2018–19 13 3 0 0 13 3
2019–20 37 3 2 0 5 2 44 5
2020–21 38 6 6 3 0 0 7 0 51 9
Jumlah 88 12 8 3 5 2 7 0 108 17
Jumlah kerjaya 274 43 20 7 8 2 53 6 3 0 358 58

Antarabangsa

Pasukan kebangsaan Belgium
Tahun Kmncln Gol
2016 2 0
2017 6 0
2018 11 0
2019 9 2
2020 6 2
2021 7 0
Jumlah 41 4

Gol antarabangsa

# Tarikh Lokasi Pasukan lawan Skor Keputusan Kejohanan
1
21 Mac 2019 Brussels, Belgium Youri Tielemans  Rusia
1–0
3–1
Kelayakan UEFA Euro 2020
2
10 Oktober 2019 Youri Tielemans  San Marino
6–0
9–0
3
15 November 2020 Leuven, Belgium Youri Tielemans  England
1–0
2–0
Liga A Negara-Negara UEFA 2020–21
4
18 November 2020 Youri Tielemans  Denmark
1–0
4–2

Pencapaian

Kelab

    Anderlecht
    Leicester City

Antarabangsa

    Belgium

Individu

Catatan

Pautan luar

This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article Youri Tielemans, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses.
®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.

Tags:

Youri Tielemans Kerjaya kelabYouri Tielemans Kerjaya antarabangsaYouri Tielemans Kehidupan peribadiYouri Tielemans Statistik kerjayaYouri Tielemans PencapaianYouri Tielemans CatatanYouri Tielemans Pautan luarYouri TielemansLeicester City F.C.Liga Perdana InggerisPasukan bola sepak kebangsaan BelgiumPemain tengah

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Irma HasmiePerang PadriNusyuz Berkiblat CintaComorosPerdana Menteri MalaysiaRevolusi PerindustrianNasrizal NgasriPerang Dunia PertamaSolat subuhPeristiwa Bukit KepongLondonHospital Canselor Tuanku Muhriz UKMCendolAnak Perjanjian SyaitanSolozKementerian Dalam Negeri MalaysiaHun HaqeemMohamed Fadzli HassanSetelah Cinta Itu PergiSukanTunku Aminah Maimunah IskandariahGunung KinabaluErry PutraHong KongSlot MegaDramaMaklumatPolitik balas budiAgamaTentera Darat MalaysiaPokok MambuMahkamah MalaysiaNeelofaAyu RaudhahJam 24 jamLiga Super Malaysia 2024–25Sel (biologi)Sarawak16 PuasaNgabuburitBaju kebayaRumah teresGolongan kata (bahasa Melayu)Tahun Baru CinaPuteri BalqisNaim DanielPertubuhan Pribumi PerkasaXPDCSurah Al-QadrAdnan bin SaidiMuhammad al-FatihEmpayar Rom SuciPerang Dunia KeduaElly ArifinSlot LestaryJustin BieberTanda-tanda KiamatLiza AbdullahSibuJenis air untuk bersuci dalam IslamPenjajahan Jepun di Tanah MelayuFasha SandhaSarimah AhmadPerodua MyViKata ganti diriImam MahdiPeroduaMuhamad Akmal SalehTengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin ShahPiala UEFAPuteri Gunung LedangPrivate BodyguardAmira OthmanShideeLengkuasSerembanBatik Air MalaysiaLompat tikamSilat Gayong Malaysia🡆 More